11 penjara khas bagi tahanan ingkar PKP

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan 11 penjara sementara bagi tahanan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), setelah mendapat nasihat Pejabat Peguam Negara, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kredit: FreeMalaysiaTooday

Dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini, Ahli Parlimen Bera itu berkata, penjara berkenaan akan beroperasi bermula 23 April ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membantu menyediakan petugas kesihatan.

“Seperti yang saya umumkan baru-baru ini kerajaan akan mewujudkan penjara khas untuk tahanan yang ingkar PKP. Sehingga hari ini, kerajaan melalui KDN telah pun mewartakan 11 penjara sementara,” katanya lagi.

Mengenai statistik harian PKP, beliau berkata, 1,111 individu berbanding 1,565 individu hari sebelumnya, kerana ingkar PKP, merangkumi 997 individu yang direman dan 114 individu dijamin polis.

Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 18 April 2020 (semalam), tambah beliau, adalah sebanyak 14,750 individu.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, 820 sekatan jalan raya di seluruh negara, melibatkan pemeriksaan ke atas 451,487 kenderaan, dan 51,706 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 5,861 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

Dalam perkembangan berlainan, Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk mengedahkan operasi mesin pengeluaran wang (ATM) antara pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

“Ramai telah memberikan alasan untuk keluarkan wang kerana ATM beroperasi 24 jam. Jadi ramai keluar lebih daripada waktu ditetapkan… hingga tengah malam pun keluar, ada emergency (kecemasan) katanya.

“Jadi hari ini mesyuarat buat keputusan, operasi ATM dihadkan daripada 8 pagi sehingga 8 malam sahaja. Tidak ada lagi alasan keluar tengah malam untuk pergi keluarkan wang,” katanya lagi.

Sumber: Awani

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!