Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara Denaihati ke merata dunia”.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sejak lapan Tahun lepas Abang lebih banyak duduk rumah, buat bisnis pun dari rumah. Sesekali je keluar dari rumah untuk ngopi bisnis dan meeting bisnis selain tu semua bisnis beroperasi dari rumah. Prestasi bisnis gitu gitu je tak seperti yang dimisikan dan divisikan.Kawan-kawan bisnis semakin sukses dan jauh meninggalkan. Abang sangat tidak berpuas hati dengan prestasi bisnis.
Awal tahun 2018 Abang minta nasihat dari sahabat Maulana apa yang perlu Abang lakukan untuk mencapai misi yang diimpikan dalam bisnis.
Kata Maulana Abang kena contohi para sahabat, nak berjaya dalam agama mesti keluar dari rumah begitu juga berniaga.
Formula bisnis dari rumah boleh juga tapi untuk bisnis kecil-kecilan dan jangan harap nak berjaya luar biasa. Macam solat fardu di rumah dan solat fardu di masjid kan berbeza pahalanya. Nak sukses luar biasa kita kena contohi para sahabat.
Akhir bicara Maulana kata lelaki ini perjuang dan perjuang mesti ada di medan peperangan bukan di rumah. Kerja rumah biar isteri uruskan, nak tolong isteri sangat bagus tapi jangan ambil alih tugas isteri.
Abang senyum mendengar nasihat Maulana. Nasihat orang alim memang penuh dengan kebaikan mengikut kehendak Islam.
Memang logik apa yang Maulana nasihatkan. Pengalaman sendiri dulu sebelum Abang berniaga dari rumah, abang berniaga memang tak duduk rumah setiap hari berada di lapangan dan outstation dalam dan luar negara berjumpa dengan pengguna, rakan niaga dan persaing hasilnya lain macam pergi bisnisnya.
Cuma kali ni formula bisnis sudah tak sama macam dulu nak kena ubah ikut perubahan teknologi dan trend terkini. Itu yang sepanjang tahun 2018 Abang banyak keluar negara mencari idea baru ekonomi digital yang orang Malysia tak buat lagi.
Insyaallah ilham dah dapat. Semuga ALLAH temukan dengan support team yang satu hati, satu misi, berdisiplin dan pantas untuk melaksanakan idea-idea baru dalam bisnis. Home based business masih menjadi asas tetapi akan lebih banyak berada di lapangan untuk mengerakkan bisnis online yang sudah lama dibagunkan.
Doakan.
Terima kasih kepada sokongan sahabat-sahabat.
Lyna Noh : Orang Yahudi diusir je dari mana-mana tempat di dunia ni tapi sekarang mereka yang pegang kekayaan paling banyak di dunia.
Othman A. Mughni : Biasanya jemaah mmg lebih ramai d luar rumah. Panduan yg diberi oleh Rasulullah rupanya bukan hanya terpakai untuk solat tapi juga dalam perkara lain termasuk bermuamalat…Erti kata lain Membawa solat d luar solat.. terima kasih atas perkongsian sahabatku Amir Hassan
Sabda Rasulullah s.a.w kepada Huzaifah bin Al-Yaman r.a :
“ Kamu hendaklah bersama-sama jemaah muslimin dan imam mereka ”
(Hadith riwayat Al-Syaikhan dan Abu Daud)
Mohd Amin Hassan : Sapa keluar utk agama ..semua urusan agama family bisnes…yg jauuuuuuhuhhhhhhhhh lebih penting berjaya akhirat.
35 Comments
Formula bisnes memang sudah tak sama macam dulu dan kita nak kena ubah ikut perubahan teknologi dan trend terkini.
betul tu. harap teknologi dapat memudahkan smua keperluan kite dan membantu utk mempercepatkan kerja2 harian
Saya suka baca phrase ni “Formula bisnis dari rumah boleh juga tapi untuk bisnis kecil-kecilan dan jangan harap nak berjaya luar biasa.”
nak berjaya dalam agama mesti keluar dari rumah begitu juga berniaga.. ini sangat benar. Bisnes online tak semestinya ngadap laptop di rumah shj juga kan
Betullah tu… Saya pun setuju sangat dengan pendapat Maulana.. nak berjaya dalam bisnes kena rajin keluar rumah.. rajin jumpa orang.. rajin bina network
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Betul cakap Maulana tu. Nak berjaya lebih, kena la spend masa lebih di luar rumah. Analogi sembahyang solat di rumah dan jemaah di masjid sangat tepat.
Saya teringin nk kerja di rumah je tapi hasil lumayan, buat masa ni part time je mampu sebab masih belum cukup untuk kerja di rumah secara full-time
seperti kata Abang di atas, boleh je kan kerja dari rumah. Cuma kalau nak lebih berjaya, kena keluar rumah..good luck
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
beberapa hari ni memang dah terfikir keluar negara untuk menambahkan ilmu bisnez, tapi banyak sangat berfikir jadi macam tak jadik pulak tapi bila baca entry terus lah semangat kembali..
Ada ilmu yang boleh dituntut secara online dan ada yang dalam negara sahaja, terpulanglah ikut bajet masing masing.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Mulakan Bisnes Printing Dengan Mudah
Berbisnes memang perlukan motivasi dan pembacaan yang bersemangat macam artikel ini kan. Good luck!
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
kalau langsung tak keluar rumah memang tak best juga…
kalau setiap hari keluar dari rumah pun tak juga best…
apa yang sepatut ..
buat apa yang patut
paling tak best jika duduk di dalam rumah sahaja. Lama-lama kepala pun pening, tak berkembang pemandangan. kan?
Duduk di rumah lama lama, boleh jadi benak dibuatnya sebab pemandangan yang sama menyebabkan hasil yang tak ke mana.
Kenalah amik angin sesekali kan. Terperap sepanjang masa dalam rumah memang tak elok. Lemau badan. At least, pergilah jogging kan
haha btol tu kid tak berkembang pemandangan. Asyik tengok dinding & skrin laptop.. tapi kalau google pemandangan lain, tgk image, ok tak?
kena seimbangkanlah macam tu. sesekali keluarlah rumah..kalu asyik terperap pun tak best gak
Rasanya dah kena kluar dari rumah jugak ni. Otak tepu kalau asyik duduk dalam rumah je berbisnes
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Kecutkan Jerawat Dengan Mudah. Remaja Perlu Tahu
betul tu. adakalanya nak kena keluar negeri atau negara. jauh perjalanan memang terbuka minda. cubalah!
Memang kena keluar untuk berkembang. Saya juga dapat nasihat yang sama supaya dapat pergi lebih jauh insyaallah
lihat saja mereka yang terlah berjaya dan kaya. lihat ke mana mereka pergi ke serata dunia.
mereka menjelajah untuk mencari peluang baru. Mencari kelainan. Juga mencari networking yang lebih baik
Keluarlah berjumpa dengan mereka yang hebat, alami pengalaman baru yng mngajar ttg bisnes dan hidup..
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
Terima kasih tuan kongsikan tip nie, dah kene mulakan langkah keluar dari comfort zone sebab saya pun jenis suka bisnes duduk di rumah saja. Keluar pun masa nak buat penghantaran barang 😅
Ok gak tu walaupun keluar untuk buat penghantaran. At least dapat gak tengok pemandangan yang lain sikit
Wow dapat idea baru, thank you abang sebab sudi kongsi ilmu baru nj, selalu orang ajak buat bisnis dari rumah saja.
Bisnes dr rumah pun ada potensi.. tapi tu la still kena keluar rumah untuk cari peluang dan kawan baru
Selain kena keluar dari rumah untuk sukses dalam bisnis, amalan sedekah juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan keyakinan terhadap rezeki kurniaan Ilahi.
Walau pun buat bisnes dari rumah, harus keluar dari rumah untuk tambah kenalan dan tambah ilmu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Bisnes Di Shopee
setuju tu tuan. Tambah kenalan atu networking ni sangat penting. Barulah boleh pergi jauh
Dalam alQuran juga Allah memerintah manusia untuk solat kemudian selepas itu bertebaranlah di atas muka bumi untuk mencari kurnia Allah.
Kurnia Allah memang ada di luar. Setuju yang rumah hanyalah tapak bisnes.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Teringin Nak Buat Bisnes Di Shopee, Tapi Tak Tahu Nak Jual Apa? Hah!…Ini Caranya…
Comments are closed.