Nak elak jammed balik Kelantan, sewa helikopter RM30 ribu untuk balik beraya!

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini, akhbar telah melaporkan bahawa sebanyak sejuta kenderaan dijangka akan memasuki Kelantan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri pada 5 Jun nanti.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata kemasukan kenderaan ke Kelantan berlaku secara berperingkat kerana musim cuti sekolah sudah bermula. Beliau juga turut menjelaskan bahawa pertambahan tersebut akan berlaku secara berperingkat dan tidak akan sekali gus seperti tahun-tahun sebelum ini.

Oleh itu, seorang pemilik syarikat pengurusan Hazmi Dimasyq Group iaitu Hazmi Hanipa, 31, mengatakan bahawa dia telah menyediakan perkhidmatan helikopter buat pertama kalinya tahun ini

Perkhidmatan ini dikenali sebagai ‘Balik Raya Elak Jem’ di musim perayaan nanti. Mana tidaknya, rakyat Kelantan yang pulang dari Kuala Lumpur serta dari negeri lain juga dijangka akan mengalami kesesakan lalu lintas yang agak teruk pada tahun ini.

Menurut Hazmi, sejak tiga tahun lalu, syarikatnya turut menyediakan perkhidmatan helikopter dan jet peribadi yang kebiasaannya menjadi pilihan ahli perniagaan.

Image from Sinar Harian

“Ini merupakan tahun pertama untuk perkhidmatan sempena hari raya. Setakat ini, kita mendapat 11 permintaan di mana paling tinggi adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Penerbangan pertama bermula pada 3 Jun ini dan harga penerbangan ke Kelantan mencecah RM30,000 untuk sehala.”Hazmi Hanipa, pemilik syarikat pengurusan Hazmi Dimasyq Group.

Helikopter yang disediakan pada musim perayaan nanti adalah lebih 20 buah. Manakala pihak mereka juga turut menyediakan penerbangan hari biasa yang melibatkan 6 buah helikopter.

Helikopter yang disediakan mempunyai dua jenis iaitu muatan untuk tiga dan juga enam penumpang setiap penerbangan. Untuk enam penumpang, harganya mencecah RM17,000/jam untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu yang akan mengambil masa selama tiga jam.

Di antara helikopter yang digunakan syarikat itu ialah Robinson R66. Pesawat ini direka terutamanya untuk pengangkutan dan pengawasan peribadi.

R66 mempunyai kapasiti lima hingga enam penumpang dan mempunyai petak kargo yang berasingan dengan kapasiti 140kg.

R66 mempunyai kelajuan pelayaran 204km/h dan jarak kira-kira 640km.

Hazmi mengatakan bahawa dia juga tidak menyangkan bahawa perkhidmatan yang disediakan ini mendapat permintaan yang agak tinggi terutamanya di kalangan ahli perniagaan.

Menurut laporan Sinar Harian, Hazmi menjelaskan, untuk rakyat Kelantan sahaja mereka telah menerima lebih kurang empat penerbangan setakat ini.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!