Bagaimana Hendak Membezakan Antara Istidraj Dengan Kurniaan Allah SWT?

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ada orang yang banyak melakukan dosa dan kesalahan, namun masih lagi dikurniakan nikmat kekayaan dan juga kesihatan. Ada insan yang tidak solat, namun popularitinya masih lagi melonjak sehingga terus-menerus diagungkan manusia.

Dalam Islam, ia digelar sebagai istidraj. Ia merupakan hukuman yang diberikan Allah kepada hambaNya namun dalam keadaan tidak sedar dan merasa senang dengan nikmat ‘hukuman’ tersebut.

Dalam erti kata lain, Allah memberikan nikmat yang melimpah ruah kepadanya sehingga menjauhkannya daripada kasih sayang Allah.

Nak dapatkan kesihatan yang terbaik, boleh baca Saintis bongkar rahsia kunyit hitam!

Namun, dalam kalangan kita ada yang diuji dengan pelbagai pemberian nikmat, namun dirinya terus bergelumang maksiat serta melanggar perintah Allah.

Allah SWT berfirman di dalam Surah al-An’am, ayat 44 :

Maksudnya : “Ketika mereka tidak mengambil pelajaran dari kemiskinan dan sakit yang Kami timpakan kepada mereka, Kami uji mereka dengan rezeki yang banyak. Kami bukakan semua pintu untuk memperoleh rezeki tersebut. Hingga, pada saat mereka senang dan tidak bersyukur dengan apa yang Kami berikan kepada mereka, datanglah azab dengan tiba-tiba. Maka mereka lalu bingung, putus asa, dan tidak mendapatkan jalan keselamatan.

Itulah yang dinamakan istidraj. Pemberian itu sebenarnya tidak diredai Allah SWT. Manusia yang diuji dengan istidraj akan memperoleh pelbagai nikmat dunia sama ada dalam bentuk kekayaan, kejayaan, pangkat dan gelaran, pengiktirafan dan sanjungan.

Namun semua itu tidak menjadikan mereka hamba-Nya yang bersyukur, sebaliknya terus jauh daripada Allah SWT. Mereka menyangka Allah SWT memberi segala-galanya meskipun mereka ingkar kepada-Nya.

Jika anda merasa terlalu senang dan lapang dengan kehidupan dunia dan menyangka bahawa hidup anda tidak banyak dengan ujian, ketahuilah bahawa ia juga merupakan sebuah ujian, sama ada istidraj atau tidak, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Namun, sebagai manusia yang sedar akan perkara ini, sentiasalah meminta kepadaNya agar hati anda sentiasa terikat di jalanNya.

Sumber : MuftiWP


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!