MyKad ganti dan semak online dan SMS

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tertarik baca entri “Ganti MyKad Online” di blog Kak Jie membuatkan aku teringat kepada seorang. Kawan aku ni entah dah berapa kali terhilang Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (MyKad) akibat kecuaian sendiri.

Kalau dulu bila hilang MyKad kena report polis tapi setelah ramai sangat hilang MyKad, Polis pun dah tak larat nak simpan laporan. Sekarang tak perlu report cuma kena denda kehilangan MyKad kali pertama denda RM100, kali kedua denda RM200 dan kali ketiga denda RM300. Kalau hilang kali ke empat aku syor baik tuan Mykad tu terjun lubuk sebab tak pandai jaga dokumen sepenting MyKad.

Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (MyKad) - Sumber google

Semenjak dua menjak ni heboh pulak kualiti MyKad rendah dan chip banyak yang tak berfungsi yang boleh guna hanya fasiliti Smart Tag yang lain seperti MEPS CASH dan perolehan data peribadi tak berfungsi. Jangan ada Pegawai JPN songlap duit dah lah sehingga kualiti Kad pengenalan bermutu tinggi jadi Kad pengenalan bermutu rendah.

Kalau fikir nak buat baru atau tukar Mykad ni memanglah malas sebab kena menunggu di pejabat JPN hampir seharian, ramai tu manusianya. Terima kasih lah Kak Jie setelah baca entri baru tahu sekarang dah boleh memohon ganti MyKad secara online di http://mykadganti.jpn.gov.my dan periksa status permohonan MyKad di http://www.jpn.gov.my/semakic.

Nak semak permohonan MyKad secara SMS pun boleh hanya perlu taip JPN MyKad <no ic> kirimkan sms ke 15888.

Mudahkan tapi ingat wahai teman ku ini bukan lesen besar untuk suka-suka hilangkan MyKad. Ramai juga yang belum ambil MyKad ni [ Senarai ].

Nota : Di Indonesia MyKad dikenali sebagai KTP. Apa maknanya tu kena tanya Bang Iwan.


Spread the love

40 Comments

  1. Kemahuan kita untuk mencontohi mereka yang telah mendahului dari segi mempelopori MyKad ni memang baik. Tidak lain ia memudahkan. Tak perlu bawa terlalu banyak kad. Sampai kembung ‘wallet’ atau ‘purse’ kita. Namun kalau timbul hal asyik rosak saja, tertanya-tanya pula kita hanya contohi ‘style’ sahaja tapi bukan ‘quality’.

    Kalau benar hilang cerita lain. Kalau asyik hilang saja macam ada masalah aje dengan pemilik kad tu. Di sini bimbang masalah keselamatan pula. Sebelum ni ada kes kad disalahguna pula oleh orang tak bertanggungjawab. Dah segalanya disitu, bimbang juga. Saya pun belum lagi buat MyKad. Purse tak kembung mana pun. Hidup biasa-biasa aje.

  2. 2 dari 3 anak Kak Jie kena tukar MyKad baru bila nak berurusan dgn bank…jadi peratusnya 66.667% kerosakkan..seorang lagi anak belum ada Mykad.

    tang urusan tukar online, tak tahu prosesnya macam mana, belum cuba.
    Curahan rasa Kujie @ ..Ganti MyKad OnlineMy Profile

  3. baguslah dah boleh ganti mykad online je..tapi tak tahu lagi usaha yg dibuat untuk memudahkan org ramai tu benar2 akan memudahkan atau pun sebaliknya..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!