MyDulang buffet Ramadan OLDTOWN White Coffee

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 2 Julai 2013 rangkaian cafe kopi putih terkenal OLDTOWN White Coffee telah membuat pelancaran khas bagi set hidangan MyDulang @ OLDTOWN bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang. Team Denaihati telah dijemput untuk menikmati hidangan istimewa MyDulang tersebut.

MyDulang OLDTOWN White Coffee

Konsep tradisional MyDulang @ OLDTOWN ni cukup menarik di mana pinggan atau dulang kayu digunakan semasa menikmati hidangan makanan. Kebiasaannya dulang akan diisi dengan pelbagai jenis lauk-pauk dan akan dihidangkan untuk dinikmati oleh semua ahli keluarga sebagai tanda perkongsian dan kemesraan.

MyDulang @ OLDTOWN telah direka untuk memperingati serta memberi inspirasi kepada anda untuk mengalami serta menghayati detik-detik indah tersebut bersama ahli keluarga tersayang dan rakan-rakan sempena bulan puasa yang mulia.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/ayam-mydulang-oldtown.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/coffee-oldtown.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/ice-kacang-mydulang-oldtown.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/nasi-mydulang-oldtown.jpg[/imagetab]
[/tabs]

OLDTOWN White Coffee yang baru-baru ini telah mendapat pengiktirafan Status Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menghidangkan MyDulang @ OLDTOWN bermula dari 28 Jun 2013.

Pelanggan boleh memilih untuk menikmati hidangan Rendang Ayam atau Daging dan menjamu selera dengan memesan Set Dulang Individu ataupun Set Dulang Keluarga untuk hidangan 2 – 3 orang.

Set Individu MyDulang @ OLDTOWN

Set Individu MyDulang @ OLDTOWN berharga RM19.90 dengan hidangan berikut:

  • Rendang Chicken / Rendang Beef
  • Chicken Satay with Satay Sauce
  • Fried Lekor
  • Cucumber strips
  • Egg Skin strips
  • Cooked Long Bean
  • Kangkung Sambal Hae bee
  • Nasi Kunyit
  • Lekor Chili Sauce
  • Belacan Chilli
  • 1 Beverage – Rose Nata Selasih / OldTown White Coffee / OldTown Teh Tarik
  • 1 Dessert – OldTown Ice Kacang with Rose Syrup / Ice Kacang with Gula Melaka (Add a scoop of ice cream for RM1)

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”500″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/mydulang-oldtown-white-coffee4.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”500″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/ice-kacang-oldtown-white-coffee.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Set Keluarga MyDulang @ OLDTOWN

Set Keluarga MyDulang @ OLDTOWN berharga RM39.90 dengan hidangan berikut:

  • Rendang Chicken / Rendang Beef
  • Curry chicken with potato
  • Chicken Satay with Satay Sauce
  • Fried Lekor
  • Cucumber strips
  • Egg Skin strips
  • Cooked Long Bean
  • Kangkung Sambal Hae bee
  • Nasi Kunyit
  • Sambal Sotong
  • Lekor Chilli Sauce
  • Belacan Chilli
  • 4 Beverages – 2x Rose Nata Selasih + 2x OldTown White Coffee / OldTown Teh Tarik
  • 2 Desserts – 2x OldTown Ice Kacang with Rose Syrup / 2x OldTown Ice Kacang with Gula Melaka (Add a scoop of ice cream for RM1)

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”500″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/mydulang-oldtown-white-coffee2.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”500″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/oldtown-white-coffee-paradigm-mall.jpg[/imagetab]
[/tabs]

OLDTOWN White Coffee juga akan memberikan baucar RM5 secara percuma dengan setiap pesanan MyDulang @ OLDTWON dan pelanggan akan turut menerima Sampul Duit Raya (Green Pack) OLDTOWN yang eksklusif sekiranya mereka berbelanja lebih daripada RM20 dan ke atas di dalam satu resit bermula daripada 1 Julai – 31 Julai 2013.

Mulai 1 Ramadhan, MyDulang @ OLDTOWN akan dihidangkan dari jam 11.00 pagi setiap hari di semua cawangan OLDTOWN White Coffee. Anda boleh menikmati hidangan Set Dulang Individu pada harga RM19.90 dan RM39.90 bagi Set Dulang Keluarga. Dapat info terkini di FB Old Town White Coffee.

55 Comments

  1. Perghh.. tengok gambo tu memang menyelerakan. Cuma Old Town pernah layan kawe tak bagus sikit dulu. Harap staff kat situ jer tapi tempat lain ok. Nanti kawe check kat KK kalau ada yg offer mcm ni. Boleh gak try nanti.
    Curahan rasa Ismail N @ ..Work From Home Via Job Di RumahMy Profile

  2. wahh…bestnya, makanan pun nampak sedap, harga pun masih boleh diterima, walaupun kedengaran agak mahal, sbb KY tak pernah makan makanan yg mahal heeee…
    Curahan rasa KY @ ..Buat Yang Teristimewa,My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!