Assalamualaikum dan salam 1Dunia.
Murtad isu sensitif yang sudah berpuluh tahun yang sudah menjadi barah di Malaysia. Syukur serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama menjadi titik cerah penyelesaian walaupun masih jauh. Murtad ada banyak sebab antaranya cinta, kejahilan dan kemiskinan.
Aku nak fokus Murtad kerana kemiskinan. Melalui komen di entri Murtad dan feedback rakyat Malaysia di media masa banyak yang mempersoalkan peranan Zakat dalam membantu umat Islam dan Mualaf yang miskin.
Tertarik aku dengan komen Izwan yang mempersoalkan fungsi Masjid dan Surau dalam masalah ini. Kenapa Masjid dan surau tidak berperanan seperti Gereja yang boleh membantu masyarakat. Apa yang berlaku Masjid dan Surau kaku hanya menjadi tempat solat fardu 5 waktu yang datang pun hanya beberapa oarang sahaja. Banyak Masjid daan Surau dikunci setelah solat fardu dengan alasan takut dimasuki pencuri.
Masjid dan Surau sepatutnya menjadi pusat menyelesaikan berbagai masalah umah setempat terutama kepada golongan miskin dan mualaf. Sudah pasti pemimpin Islam setempat lebih memahami sosio ekonomi umah setempat sehingga setiap aduan kemiskinan bukan aduan palsu. Masjid dan Surau boleh dijadikan pusat kepada wakil Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk lebih dekat dengan umah.
Transformasi yang drastik mesti dilakukan bagi mengubah fungsi Masjid dan Surau dari hanya sekadar menjadi tempat Solat Jumaat, Solat Fardu dan Ceramah Agama kepada Pusat Islam yang dapat membantu umah setempat.
Transformasi paling utama yang perlu dilakukan adalah mengubah pentadbiran Masjid dan Surau dengan melantik pertugas sepenuh masa yang sentiasa ada di Pejabat Masjid dan Surau.
Jangan jadikan Masjid dan Surau yang tersergam cantik hanya gajah putih yang tiada manafaat kepada umah yang miskin dan susah.
Jabataan Agama Islam, Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat mesti menjadikan Masjid dan Surau lebih hebat dari Gereja dalam usaha membantu umah yang memerlukan bantuan.
Kalau kita sayangkan ALLAH SWT dan sayangkan umah jangan jadikan Masjid dan Surau sebagai tempat perpecahan hanya kerana perbezaan perjuangan politik.
Kalau kita tidak berani melakukan transformasi fungsi Masjid dan Surau maka masalah Murtad akan terus menghantui Islam di Malaysia. Individu Murtad seperti Makcik Hajjah Sitt AlWuzara dan Benjamin Stephen akan lebih berani menghina Islam kerana mereka tahu islam itu lemah.
55 Comments
kefakiran sangat dekat dengan kekufuran…
Curahan rasa Dadan @ ..Lowongan Kerja Dosen Kontrak FISIP UNDIP Semarang
Kita harus banyak” bersyukur kepada ALLAH SWT.
Kunjungi Blog saya ya
salam…
mudah2an kita selalu diberikan oleh Allah rezeki sehinnga bisa turus dan terus bertambah rasa syukur nie, dan isa beribadah lebih baik lagi, amin….
Curahan rasa elgehady @ ..Sumur Zam Zam dan Fakta Dibalik nya
saya pertama melihat kejadian ini sungguh begitu miris karna keimanan mereka sebagai umat muslim di tukar dengan harta keduniawian…
Curahan rasa obat herbal nyeri sendi @ ..Obat Herbal Darah Tinggi
Karena hakekatnya kita telah jauh dari ajaran quran dan sunnah
Curahan rasa Eby @ ..Video : Bagaimana Yusuf Estes menjadi Muslim
selain itu peyaluran bantuan jgn terlalu formal..kekadang golongan yg sangat memerlukan kena isi borang itu ini,wang zakat tu kena agihkan segera dan cara kerja sebegini juga boleh memberi peluang kpd golongan agama lain utk mengatur strategi dakwah mereka..Semoga Allah SWT senantiasa melindungi dan memelihara iman kaum muslimin wal muslimat..amiinnn
Curahan rasa Shack @ ..LEGOLAND Malaysia Dibuka Pada 2012
Sudah seharusnya
Speedrevenue
Curahan rasa masaiyk @ ..Biaya Penyakit Dengan Biaya Termahal
itu kita nampak dengan jelas. banyak lagi kat luar tu yang nama je Islam tapi perangai…Tuhan je tahu. arak…judi…dan banyak lagi. dunia nak kiamat beb. ingat ingat hari akhirat.
nie krjaan prlu mainkan pranan….
Curahan rasa amie7834 @ ..Tips menaikkan Berat Badan Secara Sihat
Jangan asyik menunding jari, salahkan pemimpin, masjid, surau , zakat etc. Tanya diri sendiri, anda sudah menderma? Setiap wang yang diterima perlu disedekahkan sedikit. Jangan hanya keluar wang utk bayar zakat shj.
Curahan rasa gal 2derma @ ..Plugin Waktu Solat WordPress dan Blogspot dilepaskan
sebab tu nabi SAW pernah bersabda yg mafhumnya ” hampir2 umatku jatu kpd kekufuran disebabkan oleh kefakiran”
Curahan rasa manmala @ ..Serpihan satelit NASA mungkin ke Kanada, Afrika, Australia
Betul kata DH, kenapa masjid tak dijadikan tempat penyebaran ajaran islam yg sebenar.Bukan sekadar tempat solat 5 waktu sahaja. Apa hebatnya gereja jika dibandingkan dgn masjid. Walhal masjid adalah tempat yg suci bagi org islam menegakkan syair islam.Yang menjadi masaalah adalah AJK surau atau masjid itu sendiri perlu memainkan peranannya. Islam itu indah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cabaran Malaysia #Merdeka54
setuju ngan anda. dan lagi satu fakta wa pernah tahu akan protokol zionist ialah mewujudkan kemiskinan di kalangan manusia supaya mereka terpaksa berpaling n bergantung ke pihak yg boleh menawarkan si miskin bntguan n pertolongan. gereja juga salah satu medianya, bukankah zionist n kristian itu bersekongkol asalkan islam jatuh. pihak masjid n phk yg ada autoriti serta masyarakat islam sendiri patut memainkan peranan mmbntu d menawarkan pertolongn kpd golongan ini. apa guna masjid2 gah indah memukau dibina ngan belnja berjuta2 rm tp x berfungsi menyelamatkan akidah umat islam
Shalom.
Kalau sudah temui kebenaran maka mereka ini mengakui kebenaran. Bukan kerana disogok oleh wang.
Kalau Islam di Malaysia mengislamkan bumiputera sabah dan sarawak serta orang asli di semenanjung dengan memberi bantuan yang kebanyakannya adalah orang Kristian adakah hal ini dipersoalkan?
Lihat sahaja contoh ada orang asli di pahang yang termakan pujukan rumah dan kemajuan diislamkan manakala yang menolak masih duduk di rumah yang lama.
Walaubagaimana pun jumlah orang Melayu yang memeluk Kristian di Malaysia semakin bertambah tahun demi tahun.
Semua kerana Tuhan mahu menyelamatkan jiwa semua manusia dari neraka dan memberi hidup yang kekal.
Tuhan memberkati.
Comments are closed.