Murtad kerana miskin dan penyelesaiannya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia.

Murtad isu sensitif yang sudah berpuluh tahun yang sudah menjadi barah di Malaysia. Syukur serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama menjadi titik cerah penyelesaian walaupun masih jauh. Murtad ada banyak sebab antaranya cinta, kejahilan dan kemiskinan.

Aku nak fokus Murtad kerana kemiskinan. Melalui komen di entri Murtad dan feedback rakyat Malaysia di media masa banyak yang mempersoalkan peranan Zakat dalam membantu umat Islam dan Mualaf  yang miskin.

Tertarik aku dengan komen Izwan yang mempersoalkan fungsi Masjid dan Surau dalam masalah ini. Kenapa Masjid dan surau tidak berperanan seperti Gereja yang boleh membantu masyarakat. Apa yang berlaku Masjid dan Surau kaku hanya menjadi tempat solat fardu 5 waktu yang datang pun hanya beberapa oarang sahaja. Banyak Masjid daan Surau dikunci setelah solat fardu dengan alasan takut dimasuki pencuri.

Masjid dan Surau sepatutnya menjadi pusat menyelesaikan berbagai masalah umah setempat terutama kepada golongan miskin dan mualaf. Sudah pasti pemimpin Islam setempat lebih memahami sosio ekonomi umah setempat sehingga setiap aduan kemiskinan bukan aduan palsu. Masjid dan Surau boleh dijadikan pusat kepada wakil Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk lebih dekat dengan umah.

Transformasi yang drastik mesti dilakukan bagi mengubah fungsi Masjid dan Surau dari hanya sekadar menjadi tempat Solat Jumaat, Solat Fardu dan Ceramah Agama kepada Pusat Islam yang dapat membantu umah setempat.

Transformasi paling utama yang perlu dilakukan adalah mengubah pentadbiran Masjid dan Surau dengan melantik pertugas sepenuh masa yang sentiasa ada di Pejabat Masjid dan Surau.

Jangan jadikan Masjid dan Surau yang tersergam cantik hanya gajah putih yang tiada manafaat kepada umah yang miskin dan susah.

Jabataan Agama Islam, Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat mesti menjadikan Masjid dan Surau lebih hebat dari Gereja dalam usaha membantu umah yang memerlukan bantuan.

Kalau kita sayangkan ALLAH SWT dan sayangkan umah jangan jadikan Masjid dan Surau sebagai tempat perpecahan hanya kerana perbezaan perjuangan politik.

Kalau kita tidak berani melakukan transformasi fungsi Masjid dan Surau maka masalah Murtad akan terus menghantui Islam di Malaysia. Individu Murtad seperti Makcik Hajjah Sitt AlWuzara dan Benjamin Stephen akan lebih berani menghina Islam kerana mereka tahu islam itu lemah.


Spread the love

55 Comments

  1. Apa maksud awak Islam itu lemah??? Islam TAK lemah… yg lemah ialah keimanan penganutnya hasil sekularisme yg berleluasa sekrg… adoi aii…

  2. aku rasa,pemimpin setempat seperti Ketua Kampung,Penghulu@Imam&AJK Masjid@Surau yg mesti memainkan peranan lebih..kerana mereka sepatutnya lebih mengenali atau paling hampir dengan masyarakat atau penduduk setempat didalam kawasan komuniti mereka.masalahnya ada dikalangan pemimpin2 ini yang tidak menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan jujur&amanah.adakala lantikan mereka ini bersifat kronisme.pelaksanaan yang kurang berkesan ini yang menjadikan banyak maklumat2 yg penting berkaitan umat yg miskin yg sepatutnya memang layak untuk menerima bantuan telah terhalang&tidak kesampaian.tetapi apabila keluar di media massa,pelbagai bantuan yang datang bagaikan hujan.ada yang benar2 ikhlas serta ada yang hanya ingin menonjolkan diri atasa kepentingan pihak2 yang tertentu.kalau kita benar2 mahu mengetahui masalah sebenar.kita harus sama2 turun padang.jangan hanya mengharapkan pihak2 AJK Masjid@Surau sahaja.Menghukum lebih mudah dari mendidik.

  3. 2 kes yang berbeza…..kes murtad dan kes terima bantuan dari badan bukan islam…..pasal terima bantuan dari badan bukan islam ni, kecewa dengan apa yang berlaku….lebih kecewa insan yng menerima bantuan tu dihina…..tanya la pada diri kita semua, menagapa perkara tu berlaku???kalau bukan kerana terpaksa rasanya perkara tu tak kan berlaku, merek ajuga tahu malu kalau terima bantuan daripada badan bukan islam ni………..dalam hal ni….yang perlu kita fokuskan adalah dimana fungsi baitumal??dimana wang2 zakat tu pergi…..lebih menyedihkan, ada yang saya dengar pemohon bantuan yang datang memohon diherdik dihina konon tak layak terima bantuan.apa semua ni???tak perlu dihina diherdik, sebaiknya buatlah kaji la dulu latar belakang si permohon, kalau betul tak layak cakap la baik2.Tak lain dan tak bukan….duit zakat tu masuk poket persendirian.sedih.
    Curahan rasa Amry @ ..Tips Up Ranking Blog | Bounce RateMy Profile

    1. Memang biasa dengar staff Jabatan Agama dan Pusat Zakat yang sombong dan mereka rasa lebih baik daripada yang lain sehingga ramai yg takut nak pergi Jabatan Agama dan Pusat Zakat. Bila dah orang susah dan bermasalah tak nak pergi maka jadilah staff kedua jabatan ni terkangkang je kat pejabat tak buat apa dan boleh keluar masuk ofis bila2 masa. Rakyat perlukan transformasi drastik pejabat agama ni.
      Curahan rasa denaihati @ ..Datuk Dr Hasan Mohd Ali aku di belakang anda dan mungkin ramai lagi My Profile

  4. Saya baca tulisan Dr Mohd Asri bertajuk ‘Serangan JAIS’ Ke Atas Gereja: Tanya Diri Kita Dulu!
    Memang itulah yang berlaku hari ini.. zakat yang dikumpul setiap tahun digunakan untuk tujuan apa sebenarnya sehingga terlalu ramai golongan fakir yang tidak mendapat hak mereka dan mendorong mereka ke arah murtad.

    Petang tadi masa balik dari kerja, saya singgah di bazaar Ramadan. Terpandang sebuah van yang bertulis “Sumbangan Pusat Zakat…”. Van tu sedang dipandu oleh seorang lelaki.. ada kanak2 dalamnya.. sedang digunakan untuk tujuan peribadi.. Persoalan yang timbul: Adakah van itu dibeli dengan menggunakan wang zakat? kalau bukan, baguslah.. mungkin pusat zakat ada peruntukan lain untuk beli van dan buat sumbangan. Jika Ya, maknanya zakat yang dikumpul tu memang jadi sia-sia sebab digunakan untuk kepentingan peribadi oleh mereka yang tidak layak menerimanya..
    Curahan rasa kulanz @ ..Adakah Memberi Informasi Secara Percuma Itu Teruk?My Profile

  5. seharusnya badan zakat yg pergi mencari golongan yg memerlukan bantuan namun sebaliknya berlaku.mereka ada segala kemudahan untuk bergerak,menanti fakir miskin datang isi borang mohon bantuan.kenapa tidak buat van bergerak.singgah di masjid dan surau secara berkala bagi mencari mereka yg memerlukan..

    ada cerita kurang enak didengar bahawa ada pihak tertentu menggunakan wang zakat untuk kepentingan duniawi dan bukan untuk asnaf yang layak.wallahualam
    Curahan rasa izwannizam @ ..Facebook Page Izwannizamruslim[dot]comMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!