Dimanakah Kedudukan Kita Selepas Ramadan?

Spread the love

Memasuki fasa terakhir dalam bulan Ramadan, bererti semakin hampir umat Islam akan menamatkan kem latihan Ramadan.

Namun, apakah pesta ibadah dan kemeriahan yang dirasakan dalam bulan ini akan berakhir di kala satu Syawal menjelma?

Biarpun, Ramadan masih belum melabuhkan tirainya, wajarlah bagi kita untuk memeriksa kembali perjalanan Ramadan yang telah dilalui pada tahun ini agar masa yang masih berbaki ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

baca : Dalil Mengenai Fadilat Puasa Dan Bulan Ramadan

Inilah saatnya kita memecutkan momentum ibadah yang telah dilaksanakan, agar matlamat sebenar daripada tarbiyah Ramadan ini dapat digapai dengan sempurna.

Ayuh, kita muhasabah diri bersama. Ketaqwaan sebagai manifestasi akhir latihan dalam bulan Ramadan. Apakah Ramadan ini berhasil untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita selepas ini?

Apakah mampu, momentum ibadah dalam bulan mulia ini dapat diteruskan untuk bulan-bulan yang akan datang?

Atau ia akan berakhir begitu sahaja setelah bergemanya takbir Hari Raya sebagai tanda kemenangan?

Berpuasa bukan sekadar kita memelihara perkara yang dilarang secara fizikal serta menjaga adab-adab berpuasa tetapi juga menuntut kita berjuang memelihara daripada aspek rohani.

Baca : Kisah 10 hari terakhir Ramadan, pecutan untuk bekalan akhirat berkali ganda

Jadi, kedua-dua aspek ini perlu disatukan untuk menjadikan Ramadan ini sebagai satu madrasah dalam mendidik hati kita untuk bulan-bulan seterusnya.

Sewajarnya, kita tidak mahu beranggapan bahawa Ramadan ini sebagai bulan untuk mengikat nafsu hanya buat sementara waktu tetapi apabila Ramadan telah berlalu pergi, nafsu yang dikekang tersebut terus kembali bermaharajalela.

Sungguh Nabi Muhammad SAW pernah memperingatkan umatnya tentang kepincangan puasa yang bermaksud:

Berapa ramai orang yang berpuasa, namun tidak mendapatkan apa-apa selain lapar, dan berapa banyak orang yang solat di tengah malam tidak mendapatkan apa-apa, selain berjaga malam sahaja.”

Sudahkah kita berjaya menamatkan separuh masa pertama dengan pengisian yang terbaik?

Mengekang nafsu, memperjuangkan semangat yang berkobar-kobar dalam mengerjakan solat fardhu, terawih serta solat-solat sunat yang lain?

baca : Keutamaan bersedekah di bulan Ramadan

Atau, adakah ia hanya sekadar ikut-ikutan yang mahu memeriahkan Ramadan.

Tepuk dada, tanya iman. Wallahu’alam.

Sumber : iluvislam


Spread the love

3 Comments

  1. Semoga amalan dan aktiviti Ramadan kita kekal sampai bulan bulan yang lain, malah dipertingkatkan kualitinya.

  2. sebaik-baiknya kekalkan tabiat masa bulan Ramadan.

    sebab bulan ini menjadi tarbiah kepada kepada rutin harian yang menjurus hidup ke arah takwa Allah

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!