“Jika Berpeluang, Saya Nak Berjumpa Dengan Ustaz Ebit Lew”

Spread the love

Jika ada peluang walaupun sekejap, saya teringin sangat jumpa pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan Ustaz Azhar Idrus, lebih-lebih lagi pada Ramadan mulia ini.

Begitu kata Woo Sheng Xiang atau nama baharunya, Ahmad Fauzan Woo Abdullah yang baharu memeluk Islam sejak lebih sebulan lalu.

Baca : Sering Mimpi Mengaji, Lelaki Ini Memeluk Islam

Pemuda berbangsa Cina lebih mesra dipanggil Mad itu berkata, sejak memeluk Islam di Pejabat Agama Marang, 24 Mac lalu, hatinya semakin dekat untuk berjumpa dengan dua pendakwah tersohor itu.

Sejak sebulan lalu saya kerap berdoa agar suatu hari nanti dapat bersemuka dengan dua tokoh yang saya kagumi ini.

Ini kerana sebelum saya memeluk Islam, saya selalu mendengar ceramah pendakwah ini menerusi YouTube.

Pendekatan dakwahnya bersahaja tapi memberi kesan cukup mendalam kerana mudah difahami. Saya harap beliau dapat memenuhi permintaan saya ini,” katanya.

Mad yang kini bekerja sebagai jurulatih penyelam di Pulau Redang terharu kerana dipilih Allah SWT untuk memeluk Islam ketika berusia 19 tahun.

Anak sulung daripada tiga beradik itu mendapat hidayah selepas kerap kali bermimpi mendengar suara bacaan al-Quran, selain bermimpi mengaji ketika berusia 16 tahun sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Baca : Kita Tak Pernah Terlepas Daripada Buat Dosa, Tapi Itu Bukan Alasan

Bekas penyerang pasukan kelab, Terengganu City Football Club (TCFC) itu berkata, tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu susulan negara berdepan COVID-19 bagaikan memberi makna mendalam hingga membuat keputusan terbaik apatah lagi hasratnya mendapat restu keluarga.

Saya berdoa dan berharap menjadi Muslim taat kepada perintah Allah SWT,” ujarnya.

Semoga Allah menjaga dan pelihara saudara baru kita ini. Jom kita doa sama-sama semoga lebih ramai lagi kawan-kawan kita di luar sana memeluk Islam. Insyallah 🙂

Semoga bermanfaat. Jangan lupa share.

Baca : Biodata Ustaz Ebit Lew

sumber : Hmetro


Spread the love

4 Comments

  1. alhamdulillah. seorang lagi saudara kita.

    moga hajat dia bertemu ustaz ebit lew makbul. mungkin persamaan budaya buatkan dia senang dengan ustaz ebit.

    cara ustaz santuni masyarakat pasti buka mata saudara kita ni.

  2. Assalaamu’alaikum,
    Saya berpendapat bahawa pendakwah2 harus cuba pendekatan inklusif dalam berdakwah. Maksudnya menggunakan kaedah yg lebih berkesan dalam menyampaikan dakwah kepada golongan non-Muslim di samping mengutamakan masyarakat Islam.
    Setakat ni sering mendengar yg telah memeluk Islam kerana mimpi, belajar sendiri, minat sendiri ataupun kerana perkahwinan.
    Ini adalah pandangan marhaen saya yg daif dlm berdakwah tetapi saya percaya golongan bijak pandai dan penerus usaha Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam akan beroleh kejayaan terhadap umat Islam dan bukan Islam. Wallahu’lam
    JazakAllah

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!