Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ketibaan Ramadan sememangnya mempunyai rahmat dan keistimewaan tersendiri. Malah berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi dapat melakukan amal ibadah.
Itu yang dirasai seorang wanita warga emas mula tertarik untuk memeluk Islam dan mendalami ilmu agama sejak 66 tahun lalu.
Menurut wanita berbangsa Cina berkenaan, nilai positif yang terkandung dalam ajaran Islam membuatkan dia terbuka hati untuk menerima agama kedamaian itu.
Mula tertarik dengan Islam sejak sekolah lagi
Nur Hidayah Bee Teo bersyukur kerana dapat berpuasa dalam kalangan Muslim selepas memeluk Islam pada 5 Disember tahun lalu.
“Kawan lain sembahyang dan mengaji al-Quran menyebabkan saya tertarik. Saya diam kerana takut keluarga tidak setuju serta marah. Tapi akhirnya tercapai juga walaupun sudah berusia.”
Wanita berusia 74 tahun itu berkata, dia sudah lama pendam hasrat sejak berusia lapan tahun lagi apabila tertarik dengan kelas seorang ustaz mengenai Islam ketika belajar di sebuah sekolah rendah di Besut, Terengganu.
Mengucap bersaksikan rakan baik
Setelah berpindah ke Kelantan, Hidayah berjumpa kembali kawan rapatnya ketika di sekolah yang bekerja di sebuah bank.
Rakannya itu sering bertanya sama ada Chu Bee sudah bersedia untuk memeluk Islam kerana dia tahu wanita berkenaan sangat meminati ajaran Islam.
“Saya kata nanti dulu. Namun pada suatu hari, saya rasa bersedia dan terus mengucap dua kalimah syahadah sambil menangis.”
Chu Bee melafazkan syahadah di sebuah bank iaitu di tempat rakannya bekerja sebelum melakukan perkara sama secara rasmi di Balai Islam Lundang.
Tak sabar nak tarawih buat pertama kali
Katanya, dia memilih nama Nur Hidayah Bee Teo sebagai nama Islam kerana beranggapan dirinya mendapat petunjuk dan pertolongan Allah yang merealisasikan impiannya bagi menerima Islam.
“Saya sebenarnya tiada masalah nak puasa penuh dan tahun ini lebih semangat sebab dah masuk Islam. Saya juga tak sabar nak ke masjid untuk solat tarawih.”
Alhamdulillah, teringat juga kisah Michael Ang yang mimpi masuk dalam Kaabah sebelum peluk agama Islam.
Sumber: BeritaHarian
4 Comments
Itulah pengakhiran yang baik untuk nya setelah sekian lama memendam rasa untuk memeluk Islam. Moga Allah swt permudahkan urusannya kesana nanti.
Curahan rasa Sani @ ..Jualan Tupperware RM233,169 Setahun di Market Ebay Australia!
Subhanallah, semoga beliau terus kekal beriman dengan ajaran Muhammad dan bertuhankan Allah yang esa
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..6 Jenis Mercun Yang Buat Korang Rindu Sambut Raya Zaman Kanak-kanak
Alhamdulillah, 66 tahun pendam ingin memeluk islam akhirnya diberikan hidayah yang besar untuk memeluk islam. Kesabaran dan ketekunan mualaf ini diberi nikmat yang sangat besar.
Curahan rasa Melancong.my @ ..22 Tempat Menarik di Istanbul: Senarai Paling Terbaik Melancong ke Turki
alhamdulillah kembali ke fitrah…mereka ini sebelum masuk islam mengkaji tentang kebenaran..boleh dikatakan mereka lebih faham akan islam jika dibandingkan mereka yang lahir-lahir sudah islam..
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Teknik dan Tips Meningkatkan Jualan Menggunakan Instagram Ads
Comments are closed.