Hospital ke taman tema? Sangat kreatif ‘Interior Design’ di Hospital AVISENA baru ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak kecil, kita sering dimomokkan dengan akibat tak nak makan ubat lalu sakit, kemudian dimasukkan ke hospital. Di hospital, doktor berkot putih dengan muka bengis, datang datang terus bagi suntikan yang amat menyakitkan. Kita yang mendengar “ugutan” itu pun, akan berasa takut dan seram.

Akibatnya, ada anak-anak yang fobia atau trauma. Pantang mendengar perkataan “hospital”, menggigil satu badan. Seolah-olah, hospital adalah satu tempat yang menyeramkan, doktor yang tidak mesra dan dipenuhi dengan jururawat-juruwarat yang garang.

Itulah antara strategi ibu ayah untuk memaksa anak-anak makan ubat, suatu ketika dahulu.

Seiring dengan peredaran masa, strategi sebegitu sudah tidak relevan lagi hari ini.

Kenapa kami berkata sebegitu?

Jom ikuti perjalanan kami sebuah tempat yang dipanggil “hospital”, tetapi persekitarannya persis hotel 5 bintang dan taman tema!

Pertama kali menjejak kaki ke Avisena Women’s and Children’s Specialist Hospital (AWCSH) di Shah Alam, mata kami tidak berkelip melihat “interior design” di setiap sudut bangunan setinggi 19 tingkat ini.

Lobi utama yang terletak di tingkat paling bawah persis lobi hotel 5 bintang. Seterusnya, kami ke tingkat-tingkat lain yang menempatkan wad ibu dan wad kanak-kanak. Tidak langsung berasa seperti kami sedang berada di hospital.

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, Shah Alam

Avisena Women’s and Children’s Specialist Hospital merupakan hospital pakar swasta yang pertama di Malaysia memfokuskan secara eksklusif dalam penjagaan primer dan rawatan bagi wanita dan kanak-kanak.

Hospital butik ini mempunyai kemudahan katil sehingga 130 buah, selain kemudahan 3 Dewan Bedah, 3 Unit Rawatan Rapi, 4 Unit Rawatan Rapi Neonatal, 9 Unit Separa Rapi dan 5 Unit Jagaan Harian.

AWCSH ini adalah hospital kedua di bawah jenama ini selepas Avisena Specialist Hospital, terletak tidak jauh dari AWCSH ini.

Keunikan “Interior Design” Di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital

Dari lobi, kami menuju ke tingkat yang menempatkan wad kanak-kanak. Sebaik pintu lif terbuka, kami teruja. Kami tertanya-tanya, adakah ini sebuah hospital atau taman tema kanak-kanak ?

Tidak pernah terfikir di fikiran kami untuk mentransformasikan hospital dari tempat yang digeruni anak-anak, menjadi satu tempat kegemaran kepada mereka.

Anak-anak pasti sukakan tema taman tema yang dipadankan di setiap sudut ruangan wad kanak-kanak. Ini pastinya menjadi terapi terbaik untuk pesakit kanak-kanak sembuh dengan lebih cepat.

Untuk bilik Standard & Double, 4 tema disediakan iaitu tema Rainforest, Carnival, Ocean & Flower.

Bilik Double Tema Ocean
Bilik Single Tema Carnival

Perasan tak baby cot di AWCSH in lebih Panjang daripada biasa?

Ianya direka khas mengikut size orang dewasa. Agak-agak kenapa? Semestinya AWCSH mementingkan keselesaan dan hubungan rapat antara ibu dan anak. Jadi, ibu tetap boleh membelai dan Bersama anak tersayang walaupun di hospital.

Klinik Gigi Dinosaur!

Teringat sewaktu kecil dulu. Seboleh mungkin nak mengelak daripada berjumpa dengan doctor gigi. Tak ramai anak-anak yang sukakan doctor gigi. Tengok peralatan mencabut gigi seperti ‘playar’ pun sudah mengerikan. Apatah lagi apabila disuruh berbaring di kerusi untuk mencabut gigi.

Tetapi, apabila kelengkapan dan peralatan yang comel comel digunakan di klinik gigi, kami pasti ketakutan anak-anak akan lenyap begitu sahaja. Serius, lain daripada lain reka bentuk Paediatric Dental Clinic yang terletak di Level 11 Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital.

Servis Terbaik di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital

Bercerita tentang Hospital Pakar Wanita Dan Kanak-kanak, kepala mesti dok fikir hal beranak saja kan. Di AWCSH ini, bukan setakat hal bersalin sahaja mereka handle, banyak lagi servis-servis lain yang ada kaitan dengan wanita & kanak-kanak disediakan di sini.

Tapi ini bukan bermakna, kaum Adam tak boleh datang ke AWCSH ini, boleh sahaja. Habis tu siapa nak teman isteri semasa mereka sakit dan dirawat di sini kan?

Antara servis lain yang ada di sini adalah Paediatric Service, Pusat Perkembangan Kanak-kanak (CDC) dan Servis Aestatik dan Plastik. Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan info daripada website AWCSH.

Selain wad-wad kanak-kanak mengikut tema yang ceria, bilik-bilik rawatan juga disediakan dengan fasiliti penuh selesa.

Di bawah ini kami kongsikan gambar-gambar bilik dan fasiliti yang ada di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital

Bilik Singe Tema Carnival
Bilik air persis bilik air hotel mewah
Premier Suite
Bilik Tema Flower

Miami Valley Concept

Pernah dengar tentang “Miami Valley Concept”?

Pasti ramai yang pertama kali mendengar konsep ini.

Di Avisena Women’s &Children’s Specialist Hospital, mereka menyusun atur kedudukan katil pesakit berkonsepkan Miami Valley. Macam mana tu?

Kebanyakan wad di hospital, apabila pintu bilik wad dibuka, kaki adalah bahagian badan yang pertama yang akan dilihat. Pendek kata, buka sahaja pintu, akan Nampak kaki pesakit yang sedang berbaring.

Berlainan dengan konsep ini, jururawat atu pelawat yang membuka pintu, akan terus bertentang mata dengan pesakit yang sedang berbaring di katil empuk. Cuba bayangjan, mata bertentang mata dengan orang tersayang, pastinya timbul keceriaan yang diperlukan oleh si dia yang sedang terbaring tidak sihat kan.

Konsep ini pertama kali dipraktikan di hospital di Malaysia dan dipercayai boleh memberi aura positif dan membantu menyembuhkan pesakit dengan lebih cepat.

Selain Miami Valley Concept yang pertama kali di Malaysia, hospital ini juga bakal membenarkan seorang penjaga menjaga pesakit di ICU setiap masa (24 jam).

Belum pernah lagi kami mendengar hospital memberi kebenaran sebegini. Pastinya pesakit dan keluar pesakit akan berasa lebih selesa dengan kemudahan sebegini.

Pakej Bersalin di AWCSH

Kami ada membaca pengalaman bersalin di Hospital Avisena oleh beberapa orang ibu. Rata-rata berpuas hati dengan pengalaman yang mereka alami. Sama ada dari sudut kepakaran dan kemesraan doktor yang menjaga mereka, fasiliti wad yang selesa, makanan di wad seperti di restoran mewah dan juga kemesraan staf Hospital Avisena, sangat berbaloi dengan harga yang dibayar.

Berapa sebenarnya kos bersalin di Avisena Women’s &Children’s Specialist Hospital ?

Memang sakit bersalin tu sama sahaja di mana-mana, tetapi keselesaan bersalin akan membantu si isteri berasa tenang. Apalah sangat dengan nilai ringgit yang dibayar demi memastikan isteri selesa di saat mereka bertarung nyawa melahirkan zuriat kita.

Betul tak?

Ruang parkir yang banyak

Masalah biasa perlu ditempuhi oleh pelawat atau keluarga pesakit di kebanyakan hospital adalah kekurangan parkir. Dua tiga kali tawaf ruang parkir pun, belum tentu lagi jumpa parkir kosong.

Ini tidak akan terjadi Avisena Women’s &Children’s Specialist Hospital kerana lebih 550 petak parkir disediakan di parkir bertingkat. Sekiranya masih juga penuh, jangan risau, ruangan parkir terbuka ada disediakan bersebelahan dengan hospital ini.

Kalau nak tahu pakej-pakej dan kos rawatan di sini, boleh ke website AWCSH atau Media Sosial AWCSH. Mana tahu ada peluang, ada rezeki bolehlah melalui pengalaman bersalin di hospital terbaik dengan layanan terbaik.

Kos di sini pun tidaklah semahal seperti yang disangka. Paling penting, ianya berbaloi!

FB: AWCSH

INSTAGRAM: AWCSH

WEBSITE: http://avisena.com.my/awcsh/

6 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!