Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah dapat memenuhi jemputan peribadi melalui twitter dari Founder dan Bos Majlis Sosial Media Malaysia, Bro Shahul ke majlis World Bloggers and Social Media Summit 2013 yang diadakan di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.
@shahuldawood : Slm bro,how are you.Would like 2 extend my personal invitation to u to attend #msmw2013 on the 27 -28th feb at berjaya times sq. C u bro.
Hebat majlis lebih hebat daripada MSMW2012 tak terlawan SBB2013 tetapi banyak yang boleh dipelajari untuk penganjuran Sepetang Bersama Blogger yang akan datang. Kali lebih ramai panel dari 10 buah negara yang berkongsi ilmu dalam berbangai bidang dan tajuk paling menarik tajuk PENJENAMAAN dan bagaimana untuk memastikan pembaca terus melekat. Seminar untuk MSMW2013 berlansung selama dua hari dan diikuti bengkel pada hari ke tiga. Dari pengalaman MSMW2012 bengkel lagi bagus sebab peserta boleh berkomunikasi sesama peserta dan panel.
Dewan memang penuh walaupun tak ramai Blogger dikalangan Rakan Denaihati mungkin sibuk dengan urusan lain tapi macam rugi sahaja kerana selain daripada ilmu boleh juga kita mengembangkan network dikalangan aktivis sosial media dari kelompok lain. Seperti kata salah seorang panel iklan yang paling tinggi kreadibilitinya adalah perkongsian cerita oleh kawan-kawan dan orang asing yang baru kita kenali.
Biasalah bila nak pergi majlis mesti pening fikir nak pakai baju apa tapi tidak untuk Denaihati yang sudah ada baju korporat. Nampaknya strategi penjenamaan pakai baju korporat memang berjaya kerana ramai yang kenal jenama Denaihati jadi tak perlu lagi nak kenalkan diri. Ramai juga yang datang salam dan bertukar bisnis kad terasa pulak macam bakal wakil rakyat.
Bila salam dengan DS Najib Razak teringat entri INI video komen Denaihati balasan PM. Maaflah gambar bersama DS Najib Razak tak berapa jelas sebab wartawan yang mengambil gambar tak guna iPhone 5. Tapi untunglah wartawan INI kena interview dengan Bernama TV setelah Blogger INI kecut hati nak diinterview takut ranking meningkat cemburu pulak isteri tersayang. Famili Blogger INI lagi untung gambar terpampang di instagram DS Najib Razak yang baru dilancarkan. PM macam tahu je Denaihati pun baru promosi akaun instagram di SINI joom join kepada yang ada akaun instagram.
Kepada semua Rakan Blogger rancang jadual cuti dan masukan MSMW2014 dalam diari 2014 kerana ini adalah majlis yang wajib dihadiri kalau kita ada hasrat untuk menjadi Blogger Profesional. Kalau boleh dua hari ini kita ketepikan semua program lain kerana ILMU boleh mengantikan segala aktiviti yang lain dan dengan ILMU juga kita boleh mendapat rezeki yang berlipat ganda.
82 Comments
tak sangka PM ambik gambar sha dgn kak Jie tu… kita ke depan nak amik gambar beliau ! hehehe rezeki2 masuk instagram DS Najib
Curahan rasa sha @ ..HUGGIES DRY PANTS ‘CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE’ ROADSHOW
tu lah rezeki siapa sangka kan
Curahan rasa Denaihati @ ..Life of Pi hidup jangan pernah putus asa
wah, mmg best klu dpt jadi professional blogger mcm bro..
dpt jmpa vvip tue.. 🙂
Curahan rasa zul @ ..6 tips – To improve your Page Rank & SERP place
wah terbaek tu.. tapi tak sanggup plak nak ke KL tu..
Curahan rasa zool @ ..Projek e-Novel – Terhenti Seketika
erm, bagi blogger professional tinggal di sekitar KL, memang mudah untuk hadiri event. Bagi blogger professional yang menetap di Sabah dan Sarawak, menghadiri event memakan kos juga apatah lagi jika jarak antara setiap event dekat-dekat.. Tapi untuk meraih ilmu, biar bersusah-susahlah dahulu.
dah nampak dah muka calon PRU ni. hohoho
Curahan rasa arelan @ ..HeaLTH eNGiNeeRs
Bro DH PRU ni boleh jadi calon la nampaknya
sah blogger sokong punya 🙂
Curahan rasa auc @ ..Gerakan Mencari 4 Pemancing Hilang Diteruskan
dah macam wakil rakyat semua nya.
ok tahun depan gambar saya pula ye.
he he
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Masa Untuk Bercuti
Wah nampak meriah suasan MSMW2013. Selamat semuanya.
Curahan rasa akubiomed @ ..Contest Kaca Mata PapaMifz.com
teringin nak pergi, tapi mana nak letak askar.. tak pelah, tunggu besar sikit, nanti boleh join byk2..
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Makan Cendol di Acu Sup Utara
wah askar ke. bestnye
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Masa Untuk Bercuti
Bestnya DH dapat hadir. Tengok memang gempak sampai DS Najib pon datang.
Curahan rasa Qashmere @ ..Resipi Seafood Spaghetti Aglio Olio
tahniah @denaihati.
fuh! dapat salam dengan PM tu, dkna keje dah berkurun pon tak pernah face to face dengan PM 🙂
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Jumpa Anuar Zain Di Karnival Wow Putrajaya
Saya belum layak di panggil ‘blogger’ tapi seronok jugak tengok event2 macam ni. May be someday. 🙂
Curahan rasa Elieza @ ..Pekerja balik lewat = Pekerja rajin VS 9 to 5 = 4 working hours.
aahh cemburunya di hati ni, hehe. Semoga terus berjaya yer tuan. Denaihati memang terbaik 🙂
bertuahnya…sangat jeles. tapi akan daya. komitmen kerja.
Curahan rasa fyna @ ..T-SHIRT RUNNINGMAN MALAYSIA FAN MONDAY COUPLE
mesti glamer habis dapat salam PM …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Update on ZigZag Forex
Comments are closed.