Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, permulaan tahun 2013 memang langkah kanan apabila blog Denaihati telah dipilih sebagai pemenang anugerah “Most Creative Blog 2013” oleh Majlis Sosial Media Malaysia. Kemenangan ini bukan suatu yang perlu diraikan tetapi merupakan satu tanggungjawab berat seberat trofi yang diterima daripada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.
Most Creative Blog 2013 adalah anugerah kedua untuk blog Denaihati yang diterima daripada Majlis Sosial Media Malaysia setelah pada tahun 2012 menerima anugerah “Best Personal Blog 2012“. Kreatif blog Denaihati mungkin bukan daripada design tetapi lebih kepada aktiviti yang dianjurkan seperti Majlis Sepetang Bersama Blogger 2012 dan 2013 di Hotel Singgahsana.
Anugerah yang diterima telah mengukuhkan jenama Denaihati dipersada alam maya di Malaysia. Pada tahun 2013 blog Denaihati dua kali telah dijemput untuk program Bisnes Alternatif di Astro Awani dan sekali mendapat liputan dalam berita Astro Awani. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 juga mendapat liputan di RTM dan beberapa surat khabar arus perdana.
Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pembaca setia blog Denaihati kerana tanpa anda blog Denaihati tidak akan mencapai ketahap ini. Perjalanan masih terlalu jauh untuk 2014 semuga bertambah pembaca setia dan memberi manafaat kepada seramai pembaca yang boleh. Semuga pencapaian ini menjadi motivasi kepada semua Rakan Blogger. Ingat semua yang berjaya bermula dari bawah dan jangan sesekali cepat kecewa serta merajuk dalam dunia blog ini kerana peluangnya terlalu luas tiada sempanan. Blog boleh menjadi tapak online untuk berbagai aktiviti kepada mereka yang pandai mengambil peluang.
Terima kasih kepada Majlis Sosial Media Malaysia yang memberi kepercayaan kepada blog Denaihati. Terima kasih tidak terhingga juga kepada team Denaihati dan Rakan rapat Blogger yang sentiasa membantu, menegur dan berkongsi idea untuk meningkatkan mutu blog Denaihati. Pendapat dan pandangan daripada semua rakan sentiasa dialu-alukan.
68 Comments
Semoga terus maju pada tahun mendatang tuan.. kami terus akan menyokong blog yang kreatif seperti blog tuan ni.. Good luck
Curahan rasa myvitrd @ ..Ultraman Lagenda Dulu Kini Dan Selamanya
Sekalung tahniah buat Tn. Denaihati. Semoga terus kukuh dengan misi yang ingin dibawa 🙂
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Cyst dan Fibroid Ketakutan Pada Wanita
Tahniah ya bro ! keren websitenya antum… 😀
Curahan rasa 52ask @ ..Designing an Elegant Home Office
Kawe tumpang bangga jugak tengok bro berjaya. Well done. Semoga blog Denaihati terus meraih kejayaan di masa hadapan.
Curahan rasa Brader Sports @ ..Match-Fixing – Getting To The Bottom Of It Will Be A Mountainous Task
semoga lepas nih akan lebih cemerlang dan gemilang…:)
Curahan rasa papa mifz @ ..Kaki Anderson Silva Patah Terkulai
tahniah kerana menang! Yehh!
Curahan rasa ohcikgu @ ..Panduan Jana Wang di rumah untuk Cikgu Wanita.
and alayak menerimanya… tahniah
DH role-model bloggers malaysia 🙂
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Testimoni Ephyra selepas 3 minggu pengambilan
Buat denaihati jutaan Tahniah sekali lagi
Curahan rasa weschairs @ ..Garam diperbuat dari airmata
Tahniah bro. Blog denaihati.com memang layak selayaknya untuk terima anugerah Most Creative Blog!
Curahan rasa fahmimustakim @ ..Pengalaman Menggunakan iPhone 5S
Tahniah. 2014 mesti banyak kejutanya ni.
memang layak selayaknya 😉
moga 2014 kejayaan semakin berganda
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kembara Palestine Menjejak Makam Nabi Syu’aib a.s.
Blog Tuan Denaihati memang MOST CREATIVE !!!
TAHNIAH..
Curahan rasa Si Galah Panjang @ ..Contest SEO Eridy
penamat 2013 yang sangat manis kan?
Tahniah! 🙂
Curahan rasa tips @ ..Teater Bahayanya Wanita Istana Budaya
Saya percaya, pencapaian blog denaihati di tahun depan akan terus meningkat. Semoga…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Dome of The Rock Ternyata Bukan Masjid Al Aqsa
Blog dawaihati pulak bila lagi? 🙂
Curahan rasa Barzrul @ ..Enjoy FREE Celcom 4G LTE Access for a Whole Year
Comments are closed.