Most Creative Blog

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, permulaan tahun 2013 memang langkah kanan apabila blog Denaihati telah dipilih sebagai pemenang anugerah “Most Creative Blog 2013” oleh Majlis Sosial Media Malaysia. Kemenangan ini bukan suatu yang perlu diraikan tetapi merupakan satu tanggungjawab berat seberat trofi yang diterima daripada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.

MSMW2013

Most Creative Blog 2013 adalah anugerah kedua untuk blog Denaihati yang diterima daripada Majlis Sosial Media Malaysia setelah pada tahun 2012 menerima anugerah “Best Personal Blog 2012“. Kreatif blog Denaihati mungkin bukan daripada design tetapi lebih kepada aktiviti yang dianjurkan seperti Majlis Sepetang Bersama Blogger 2012 dan 2013 di Hotel Singgahsana.

MSMW2013

Anugerah yang diterima telah mengukuhkan jenama Denaihati dipersada alam maya di Malaysia. Pada tahun 2013 blog Denaihati dua kali telah dijemput untuk program Bisnes Alternatif di Astro Awani dan sekali mendapat liputan dalam berita Astro Awani. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 juga mendapat liputan di RTM dan beberapa surat khabar arus perdana.

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pembaca setia blog Denaihati kerana tanpa anda blog Denaihati tidak akan mencapai ketahap ini. Perjalanan masih terlalu jauh untuk 2014 semuga bertambah pembaca setia dan memberi manafaat kepada seramai pembaca yang boleh. Semuga pencapaian ini menjadi motivasi kepada semua Rakan Blogger. Ingat semua yang berjaya bermula dari bawah dan jangan sesekali cepat kecewa serta merajuk dalam dunia blog ini kerana peluangnya terlalu luas tiada sempanan. Blog boleh menjadi tapak online untuk berbagai aktiviti kepada mereka yang pandai mengambil peluang.

Terima kasih kepada Majlis Sosial Media Malaysia yang memberi kepercayaan kepada blog Denaihati. Terima kasih tidak terhingga juga kepada team Denaihati dan Rakan rapat Blogger yang sentiasa membantu, menegur dan berkongsi idea untuk meningkatkan mutu blog Denaihati. Pendapat dan pandangan daripada semua rakan sentiasa dialu-alukan.


Spread the love

68 Comments

  1. Assalamualaikum…..

    Tahniah…..!!! Tidak perlu dipertikaikan lagi blog no1 popular di Malaysia. Kita semua sentiasa menyokong untuk segala-galanya demi memartabatkan nasib blogger supaya terbela, diikftiraf, dihargai, dinilai, dipuji, disanjung sebagai salah satu media bebas berkarya dgn tidak melanggar tatasusila sebagai blogger apa yg telah termaktub di SKMM.

    Dengan anugerah ini yang diberi terhadap blog Denaihati, sedikit sebanyak memberi nilai positif terhadap blogger lain agar lebih berusaha agar lebih baik lagi. Ini sudah semestinya menjadi motivasi kepada blog lain untuk sama-sama mencari alternatif dan tranformasi ke arah kebaikan dan tidak mengabaikan kualiti penyampaian dalam setiap artikel/entri.

    Semoga blog Denaihati akan lebih popular dan berjaya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pastinya ada award akan dipertandingkan untuk peringkat yg lebih tinggi iaitu Asean dan Asia. Seingat saya award ini dah tentunya dianjurkan oleh Nuffnang spt Nuffnang Asia Pasific Blog Awards.
    Curahan rasa Kamil Salleh @ ..1st Give Away By Pingje.OrgMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!