Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, daripada berita terkini kehilangan pesawat B777 penerbangan MH370 masih menjadi misteri. Bukan sahaja keluarga mangsa dari 15 buah negara malahan dunia menanti-nanti apa sebenarnya berlaku. Tekanan yang amat sangat kepada pasukan penyelamat kerana ramai yang mengharap keajaiban akan berlaku walaupun sudah lebih empat hari kehilangan berlaku.
BREAKING NEWS : KENYATAAN AKHBAR PM NAJIB RAZAK PENGESAHAN KEHILANGAN MH370 DI LAUTAN HINDI.
Aku dan pasti ramai pembaca sangat pelik dengan sikap fanatik politik yang bagaikan tiada sensitiviti dengan tragedi apabila tidak dapat memisahkan dengan komen-komen politik. Tak terfikirkah mereka perasaan keluarga mangsa dan pasukan penyelamat yang bekerja siang malam bersengkang mata tetapi kita sesuka hati berkongsi idea bodoh di sosial media.
Apa perasaan mereka yang ada kaitan dengan tragedi misteri MH370 apabila membaca komen mengutuk seperti berikut :
[box type=”shadow”]Sebaik saja Anwar Ibrahim dihukum secara zalim dalam suatu perbicaraan hanya untuk mensabitkannya supaya boleh dipenjarakan, maka terjadilah mala petaka ini. Orang Islam boleh membaca dengan mudah isyaraat ini: Kejadian ini menunjukkan bahawa inilah akibat kezaliman pemerintah untuk menjadi peringatan kepada orang ramai bahawa balasannya tidak semestinya diterima secara terus oleh kerajaan yang zalim, tetapi lahir dalam bentuk tanda yang jelas bahawa negara ini sedang berada dalam tangan pentadbir yang zalim. Kalau orang Islam tidak percaya lagi kepada tafsiran begini, maka mereka akan terus dizalimi seterusnya dan para pemimpin yang zalim ini akan terus berleluasa – Ariff Budiman
Sejuk rase ati dan satu badan bila tengok tv3 2- 3 ari ni, tak henti2 mulut pengacara depa menyebut nama Allah dan mohon pertunjuknyeee, tapi hampa tunggu laa pas nii, memang dasar munafik puak2 niii. tawaduk sangat laa tuuu kononnyee, kangkongg – Pakatan Rakyat Pakatan
The deceases’ families are waiting to claim the bodies..and the FUCKING SCORPENE is not put into charge for the rescue mission. Then what the fuck spending million of ringgit ( DUIT RAKYAT) to buy that fucking SCORPENE with NAJIBTUYA nuclear head engine!!??? – Panah Hijau
Banyak berlaku ketirisan dan skandal penyelewengan dalam pentadbiran Mas maka beginilah jadinya adalah malang bagi mereka menaiki perkhidmatan Mas apa pun kami rakyat mendoakan semuga waris dan keluarga masing2 bersabar kerana ini juga adalah ketentuan Allah tapi bagi pemimpin umno ini adalah amaran dari Allah jika najis rasuah dan penyelewengan bermaharaja lela rakyat juga yang dipertaruhkan nasibnya sekarang negara sedang menanggung malu disebab negara jiran menawarkan bantuan kapal selam sedangkan Malaysia mempunyai dua kapal selam kemana perginya ??? Allah mengetahui semuanya dan akan mendedahkan juga kepada rakyat nanti insya”allah. – Kayucemeti kc
Beijing’s state media lashed out at Malaysia and MAS over their handling of the crisis…Apamacam Perkasa..dan NGO2 tolol lain, .China yang ada 2 biliun lebih dah libas tu…bila kau orang nak demo sembelih ayam dan lumur darah untuk bela NMalaysia..Jangan tak bela. masa nilah yang sesuai untuk tunjuk kejantanan. – Keindahan Alamsekitar [/box]
Ini hanya sebahagian kecil dari beribu-ribu komen politik yang tiada faedah kepada keluarga mangsa dan pasukan penyelamat. Ramai yang memberi komen dan analisa mengikut akan fikir mereka atau akal fikir ketua politik mereka yang mempunyai kepentingan politik. Tak kena batang hidung sendiri bolehlah tulis macam-macam di sosial media lagi pun tak guna nama sebenar jadi tak rugi apa pun. Tragedi kehilangan pesawat MH370 benar-benar menurunkan kepercayaan masyarakat kepada berita dari sosial media yang sebelum ini menjadi rujukan kepada semua. Nak berpolitik ada tempatnya seperti di atas pentas kempen Pilihan Raya DUN Kajang tapi bukan semua tempat terutama seperti tragedi kehilangan MH370.
Kepada yang mempersoalkan kenapa Kerajaan Malaysia tidak mengunakan Kapal Selam dalam misi penyelamat MH370 sila baca penjelasan teknikal dalam entri “Tragedi MH370 : Persoalan Penggunaan Teknologi Terkini Dan Menangkis Salah Faham Umum“. Kalau kita tak faham atau tak tahu lebih baik berdiam diri dan terus berdoa semuga kita semua mendapat bantuan dari ALLAH, itu lebih baik.
Mari kita sama-sama berdoa dan merayu kepada ALLAH semuga pasukan penyelamat dari berbagai negara dipertemukan dengan 239 mangsa yang hilang bersama pesawat MH370. Tiada yang mustahil boleh berlaku dengan kehendak ALLAH kerana KAU lah yang Maha Agung dan Maha Kuasa … manusia ini lemah walaupun menggunakkan berbagai peralatan canggih dan teknologi terkini. Teruskan berdoa jangan sekali putus asa khasnyaa kepada kaum keluarga dan sahabat- sahabat mangsa yang menanti kepulangan MH370.
Sila hubungi MAS pada talian 03 7884 1234 untuk sebarang maklumat terkini.
Infomasi dan berita terkini kehilangan misteri pesawat MH370 @ Twitter.
89 Comments
Betul tu tuan..jangan pandai sebarkan cerita mengarut aje..kesian pada keluarga yang terlibat…
Curahan rasa Pondok Papan @ ..Cara Buat Duit Dari Rumah
semoga apa yang berlaku ini ada hikmahnya!
Curahan rasa kakiblog @ ..Cara Tepat Mengetahui Pemenang Contest SEO
semoga segalanya dipermudahkan ………
Curahan rasa deno @ ..Bila Bendahari Buat Blog
Ulasan daripada Kapten Norudin sangat menyentuh rasa.
“Allah hanya bantu orang yang yakin dengan janji Allah.
Apa yang ada di mulut, tidak di hati, itu adalah palsu.”
Curahan rasa myliferia @ ..Rahsia Protein untuk Kecantikan & Ketampanan
mereka yang komen sebegitu tiada sensitivi langsung agaknya…fikirkanlah keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ni…jangan komen main ikut sedap mulut je tanpa memikirkan perasaan orang lain…
P.S – Apa yang paling penting…kita teruskan berdoa agar semuanya dipermudahkan bagi menemukan semula MH370…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Lebih Meriah Tetapi…
memang banyak komen-komen serta pendapat yang lari landasan isu ni,apa yang penting kita teruskan berdoa agar semuanya selamat
Curahan rasa wazy @ ..Formula Pantas Seru Rezeki
memang geram juga rasanya bila baca komen2 yang macam tu.. rasa macam mereka ni dah tak boleh nak berfikir secara rasional…
Curahan rasa Mama I.A @ ..6 Tips Memilih Minuman Soya Terbaik
dorang yang bagi komen sebegitu tak fikir tentang hati dan perasaan keluarga penumpang yang terlibat…
Curahan rasa papa mifz @ ..Turut Simpati Dengan Mr. Bean
pelbagai teori skang ni yg muncul…yg mana satu betol atau tidak…apa yg penting semuanya selamat…
Curahan rasa Zufar @ ..Warung Pokloh Milo Tunggeng
Makin banyak pula mereka yang membut andaian tanpa selidik terdahulu. Tersilap cakap bahana jawapnya.
Curahan rasa Bahrain @ ..Nasihat Menerusi Lagu Senario
SEmoga kabar perihal pesawat ini segera mendapat titik terang dan mereka bisa SElamat tak kurang apapun Amin
Curahan rasa munir ardi @ ..Get the Best deals package travels with Panorama Tours Indonesia
Kalau hati, minda dan akal sudah busuk…semuanya nampak buruk di mata mereka…wanau’zubillah
Biarkanlah mereka…moga2 Allah mengampunkan dosa2 mereka kerna fitnah dan sikap biadap mereka kpd keluarga MH370.
Curahan rasa hafizmd @ ..Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 Semanis Kurma!
insyaAllah semuanya baik-baik…mari kita doakan sama-sama…amin
Memang selalunya orang politik ini akan menuding jari kepada lawannya tanpa fikir apa perasan orang lain yang membaca atau terbaca status atau komen bangang dorang tu
Curahan rasa zumal @ ..Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014
Misi menyelamat sekarang lebih mencabar pada zaman cyber sekarang ini berbanding masa lalu. Meampau-lampau banyak spekulasi yang disebarkan, yang mana sedikit sebanyak mengganggu proses menyelamat. Semoga keluarga mangsa terus tabah menghadapi dugaan ini.
Masih terus berharap.
Curahan rasa Moms Avenue @ ..MH370, Please Come Back
Comments are closed.