Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, daripada berita terkini kehilangan pesawat B777 penerbangan MH370 masih menjadi misteri. Bukan sahaja keluarga mangsa dari 15 buah negara malahan dunia menanti-nanti apa sebenarnya berlaku. Tekanan yang amat sangat kepada pasukan penyelamat kerana ramai yang mengharap keajaiban akan berlaku walaupun sudah lebih empat hari kehilangan berlaku.
BREAKING NEWS : KENYATAAN AKHBAR PM NAJIB RAZAK PENGESAHAN KEHILANGAN MH370 DI LAUTAN HINDI.
Aku dan pasti ramai pembaca sangat pelik dengan sikap fanatik politik yang bagaikan tiada sensitiviti dengan tragedi apabila tidak dapat memisahkan dengan komen-komen politik. Tak terfikirkah mereka perasaan keluarga mangsa dan pasukan penyelamat yang bekerja siang malam bersengkang mata tetapi kita sesuka hati berkongsi idea bodoh di sosial media.
Apa perasaan mereka yang ada kaitan dengan tragedi misteri MH370 apabila membaca komen mengutuk seperti berikut :
[box type=”shadow”]Sebaik saja Anwar Ibrahim dihukum secara zalim dalam suatu perbicaraan hanya untuk mensabitkannya supaya boleh dipenjarakan, maka terjadilah mala petaka ini. Orang Islam boleh membaca dengan mudah isyaraat ini: Kejadian ini menunjukkan bahawa inilah akibat kezaliman pemerintah untuk menjadi peringatan kepada orang ramai bahawa balasannya tidak semestinya diterima secara terus oleh kerajaan yang zalim, tetapi lahir dalam bentuk tanda yang jelas bahawa negara ini sedang berada dalam tangan pentadbir yang zalim. Kalau orang Islam tidak percaya lagi kepada tafsiran begini, maka mereka akan terus dizalimi seterusnya dan para pemimpin yang zalim ini akan terus berleluasa – Ariff Budiman
Sejuk rase ati dan satu badan bila tengok tv3 2- 3 ari ni, tak henti2 mulut pengacara depa menyebut nama Allah dan mohon pertunjuknyeee, tapi hampa tunggu laa pas nii, memang dasar munafik puak2 niii. tawaduk sangat laa tuuu kononnyee, kangkongg – Pakatan Rakyat Pakatan
The deceases’ families are waiting to claim the bodies..and the FUCKING SCORPENE is not put into charge for the rescue mission. Then what the fuck spending million of ringgit ( DUIT RAKYAT) to buy that fucking SCORPENE with NAJIBTUYA nuclear head engine!!??? – Panah Hijau
Banyak berlaku ketirisan dan skandal penyelewengan dalam pentadbiran Mas maka beginilah jadinya adalah malang bagi mereka menaiki perkhidmatan Mas apa pun kami rakyat mendoakan semuga waris dan keluarga masing2 bersabar kerana ini juga adalah ketentuan Allah tapi bagi pemimpin umno ini adalah amaran dari Allah jika najis rasuah dan penyelewengan bermaharaja lela rakyat juga yang dipertaruhkan nasibnya sekarang negara sedang menanggung malu disebab negara jiran menawarkan bantuan kapal selam sedangkan Malaysia mempunyai dua kapal selam kemana perginya ??? Allah mengetahui semuanya dan akan mendedahkan juga kepada rakyat nanti insya”allah. – Kayucemeti kc
Beijing’s state media lashed out at Malaysia and MAS over their handling of the crisis…Apamacam Perkasa..dan NGO2 tolol lain, .China yang ada 2 biliun lebih dah libas tu…bila kau orang nak demo sembelih ayam dan lumur darah untuk bela NMalaysia..Jangan tak bela. masa nilah yang sesuai untuk tunjuk kejantanan. – Keindahan Alamsekitar [/box]
Ini hanya sebahagian kecil dari beribu-ribu komen politik yang tiada faedah kepada keluarga mangsa dan pasukan penyelamat. Ramai yang memberi komen dan analisa mengikut akan fikir mereka atau akal fikir ketua politik mereka yang mempunyai kepentingan politik. Tak kena batang hidung sendiri bolehlah tulis macam-macam di sosial media lagi pun tak guna nama sebenar jadi tak rugi apa pun. Tragedi kehilangan pesawat MH370 benar-benar menurunkan kepercayaan masyarakat kepada berita dari sosial media yang sebelum ini menjadi rujukan kepada semua. Nak berpolitik ada tempatnya seperti di atas pentas kempen Pilihan Raya DUN Kajang tapi bukan semua tempat terutama seperti tragedi kehilangan MH370.
Kepada yang mempersoalkan kenapa Kerajaan Malaysia tidak mengunakan Kapal Selam dalam misi penyelamat MH370 sila baca penjelasan teknikal dalam entri “Tragedi MH370 : Persoalan Penggunaan Teknologi Terkini Dan Menangkis Salah Faham Umum“. Kalau kita tak faham atau tak tahu lebih baik berdiam diri dan terus berdoa semuga kita semua mendapat bantuan dari ALLAH, itu lebih baik.
Mari kita sama-sama berdoa dan merayu kepada ALLAH semuga pasukan penyelamat dari berbagai negara dipertemukan dengan 239 mangsa yang hilang bersama pesawat MH370. Tiada yang mustahil boleh berlaku dengan kehendak ALLAH kerana KAU lah yang Maha Agung dan Maha Kuasa … manusia ini lemah walaupun menggunakkan berbagai peralatan canggih dan teknologi terkini. Teruskan berdoa jangan sekali putus asa khasnyaa kepada kaum keluarga dan sahabat- sahabat mangsa yang menanti kepulangan MH370.
Sila hubungi MAS pada talian 03 7884 1234 untuk sebarang maklumat terkini.
Infomasi dan berita terkini kehilangan misteri pesawat MH370 @ Twitter.
89 Comments
Doakan yang terbaik. Semoga pencarian MH370 berakhair dengan selamat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Aplikasi Waktu Solat Terbaik Android
Doa seluruh rakyat malaysia mengiringi mereka walau pelbagai misteri dan spekulasi mucul..Kena yakin ini adalah sebahagian dari ujian Allah untuk kita semua…pasti ada sebab dan musabab…
Curahan rasa Raudzah @ ..WW # 18: Nampak Macam Sama
Betul tu. saya setuju.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Aplikasi Waktu Solat Terbaik Android
semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya..semoga dari peristiwa MH370 semua rakyat malaysia bersatu dan bagi yang beragama islam kembalilah ke jalan allah,minta apa saja dari allah.dia yang maha berkuasa..sama2 berdoa semua penumpang MH370 akan selamat dan terungkai segala misteri.
http://teratakvitaminhaeida.blogspot.com/
Curahan rasa haeida @ ..Masalah Kegemukan Dan Tips Mencegahnya
apa pun spikulasi yg ada, kita sebagai umat Islam, teruskan berdoa agar mereka yg terlibat selamat dan usaha yg dilakukan dipermudahkan Allah..
Curahan rasa KY @ ..Kebahagian Itu Milik Siapa
Yang tak tahannya, bomoh tikar terbang pun ada.. alahai.. syirik jelas betul di situ.
Curahan rasa azlanvai @ ..Apa itu TOMNOD?
Semoga Allah lindungi mereka 😀 , percaya dan yakin dengan kekuasaan Allah s.w.t, Insya Allah. Teruskan berdoa.
Curahan rasa cik lisa @ ..Krim Ibu Putih Janna Lawwa
Berdoa tu lebih baik dari mereka2 cerita dan memaki hamun kan Tuan?
Curahan rasa ieta mat sa’ad @ ..PESAWAT MH370 HILANG MENGHILANGKAN KEASYIKAN SEPETANG BERSAMA BLOGGER DAN YEO’S 2014
Semoga hal ini akan berakhir baik…kita berdoa saja untuk kebaikan semuanya aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Dasar Payung Hukum Pengangkatan Honorer K2 Menjadi CPNS
Aduh komen si Panah Hijau tu.. mcm pandai he he tapi dia tahu ke Scorpene tu dibuat utk tujuan combat dan spying mission. Tak sesuai langsung utk ‘search and rescue mission’.
Harap semua bersabar dan stop mengutuk wehhh. Laut China Selatan tu besar. Hang tengoklah sendiri lah kat map. Lagi beso dari Malaysia. Ingat senang ke nak cari? #prayforMH370
Curahan rasa Ismail N @ ..Hunger Game At Stars Archery 1Borneo
Alahaiiiiiii… Nak kata bodoh, orang2 tu sekolah. Tapi kenapa pulak cakap macam tu? 🙁
Curahan rasa anazkia @ ..Berkunjung ke Google Indonesia
saya tgk kadang kdang org ni suka sangat buat spekulasi. Kita sbnrnya perlu berdoa. Semua ni kuasa Allah. Benda ni boleh juga bagi kita ingat yang Allah itu berkuasa bagi segala galanya. Kita perlu berusaha dan berdoa
Curahan rasa Juan @ ..Buku Ebook Panduan Lengkap Haji dan Umrah
moga Allah permudahkan urusan dalam misi mencari dan menyelamat ini
Curahan rasa shahfir @ ..SENJATA RUSUHAN PERANG UKRAINE
Bagus kupasan yang dilakukan ni. Wan setuju sangat sebab wan memang terfikirkan hal ini sebelum ni. Cuma tak dapat nak kongsikan sebab ramai sangat kat luar sana sedang asyik menjadi pentafsir kejadian.
Ada hikmah di sebalik semuanya…Jangan berhenti berdoa ja. Sudah sampai masa kita kena serahkan kepada Allah untuk tentukannya memandangkan kita sudah pun lakukan yang termampu.
P/S: Ada juga yg tak sedar bahawa DSAI dihukum penjara.
moga kita terus berdoa dan berdoa
dan moga dimakbulkanNya
hentikanlah spekulasi kerana ia tidak membawa erti
Curahan rasa cikgu naman @ ..Membaca Kisah Bario dan Skylab
taksub boleh tutup pintu hati…tu yang sesuka hati menuduh 🙂
Curahan rasa Bean Moreno @ ..Back To The BASIC
Comments are closed.