Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia dan dunia masih meratapi kehilangan misteri pesawat MH370. Kehilangan misteri MH370 memberi kesan bukan sahaja kepada keluarga malah kepada industri penerbangan dan industri pelancongan. Dalam kesedihan kehilangan MH370, Malaysia dikejutkan dengan kematian tragis YB Karpal Singh yang terkorban dalam kemalangan ngeri di KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara dan kemudian diikuti dengan lawatan 3 hari Presiden Barack Obama ke Malaysia.
[box type=”shadow”]Jadual Lawatan 3 hari Presiden Barack Obama ke Malaysia
Sabtu 26 April :
- Ketibaan
- Menghadap Duli Yang Di Pertuan Agung dan Majlis Makan Malam Negara
Ahad 27 April :
- Masjid Negara
- Pertemuan Dua Hala dengan Datuk Seri Najib Tun Razak
- Melawat Pusat Inovasi dan Kreatif Malaysia (MaGIC)
- Pertemuan dengan Pemimpin Muda Asia Tenggara di Universiti Malaya
- Pertemuan dengan Pemimpin Masyarakat
Isnin 28 April :
- Berangkat ke Filipina
Asyik Tak Cukup Masa? Klik Disini! [/box]
Karpal terkoban dalam kemalangan ngeri
Aku jangkakan senario politik Malaysia akan berubah dengan kehilangan Karpal Singh atau lebih dikenali sebagai Harimau Jelutong. Karpal bukan sahaja seorang peguam yang terkenal malah seorang ahli politik yang sangat berprinsip. Beliau tidak takut kepada sesiapa sehingga berani meminta DS Anwar Ibrahim bertaubat ketika Anwar menghadapi kes liwat dan kemudian mengetuai barisan peguam yang mempertahankan DS Anwar untuk kes liwat Saiful Bahari. Rakyat berhutang budi kepada mendiang Karpal kerana dengan ketegasannya sebagai pemimpin politik DAP telah meyebabkan berbagai perubahan dalam negara.
Kehilangan Karpal pasti sangat dirasai oleh kepimpinan Pakatan Rakyat terutama DS Anwar Ibrahim yang sedang menunggu rayuan hukuman penjara lima tahun. Seandainya DS Anwar tewas dalam rayuan pasti ianya akan menambah kesan yang lebih besar kepada suasana politik Malaysia setelah ketiadaan Karpal. Bezanya Karpal tidak pernah mempunyai masalah salah laku menyebabkan dia sangat dihormati kawan dan lawan. Paling aku tabik cara Karpal berpolitik tidak pernah menyusahkan rakyat dengan berdemostrasi dan rusuhan tapi menggunakan cara berwibawa untuk reformasi sehingga mempengaruhi Kerajaan. Bukan mudah mencari ganti pemimpin politik yang cekal dan sabar mengharungi berbagai kesusahan politik yang mereka hadapi.
Lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia
[box type=”shadow”]Jadual Lawatan Presiden Barack Obama ke Asia
23 April : Jepun
25 April : Korea Selatan
26 April : Malaysia
28 April : Filipina [/box]
Setelah kehilangan Karpal Singh, Malaysia akan menerima lawatan Presiden Barack Obama pada pertengahan bulan April. Ini adalah kali pertama seorang Presiden Amerika melawat Malaysia dengan berbagai agenda penting untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan Amerika. Pejabat Presiden Barack Obama telah memaklumkan bahawa Obama tidak akan berjumpa dengan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim tetapi pegawai bawahan mungkin. Tarikh lawatan Obama ke Malaysia masih dirahsiakan tetapi seperti analisa Blogger Brado Kapak macam-macam spekulasi sedang bermain di sosial media. Lawatan pertama Presiden Amerika ke Malaysia pasti akan mempengaruhi suasana politik Malaysia kerana Amerika tidak akan datang kesesebuah negara hanya untuk ekonomi. Lawatan Obama ke Malaysia pasti telah dirancang untuk satu perancangan yang besar lebih besar dari kehilangnya misteri MH370 dari mata manusia.
[box type=”shadow”]” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.” – surah Al-Imran, 26.
“Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“ – surah Al-Baqarah, 107 [/box]
ALLAH tidak akan jadikan kehilangan MH370, kematian tragis Karpal Singh dan lawatan Presiden Barack Obama tanpa sebab. Semuanya bakal mengubah suasana politik Malaysia dan semuga ianya membawa kebaikan kepada Rakyat. Ada spekulasi yang mengaitkan kehilangan MH370 dan lawatan Presiden Amerika ke Malaysia dengan akhir zaman. Siapalah aku yang boleh mengulas spekulasi tetapi yang paling penting berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih dekat kepada-NYA kerana aku yakin kita boleh berpolitik sehebat mana tetapi akhirnya ALLAH sahaja yang akan memilih pemimpin paling layak untuk sesebuah negara untuk sebab-sebab tertentu.
118 Comments
ada benda kot yang nak dibincangkan…
Curahan rasa weschairs @ ..100 [email protected]
apa sebab dia datang jangan ada hajat besar agaknya tu denaihati yang kita sendiri boleh fikirkan macam-macam
Curahan rasa suri @ ..Panduan Cara Memilih Langsir Dapur Murah Dan Moden Ala Inggris Roman Blind Yang Sesuai Dengan Kediaman
Kunjungan perdana gan. beritanya bermanfaat gan
Curahan rasa Hanudin @ ..Operasi Caesar
POTUS is coming to Malaysia.. Yes, memang ada banyak spekulasi mengapa macam2 perkara berlaku, sama ada coincidence atau pre-planned. Apa2 pun, kita berhati2 lah dan buatlah pilihan yang terbaik untuk diri kita dan ahli keluarga. Be prepared. 🙂
Curahan rasa Bella Enveeus @ ..6th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta Colourful Balloons
Tak perasan pula yang barack obama nak datang ke Malaysia
Curahan rasa onlajer @ ..Pencuci Pingan Mangkuk Alternatif Syampo Kereta
semua nie mmg tidak mustahil…tp dgn izin ALLAH
Curahan rasa Car Rental Kuala Lumpur @ ..Car Rental Kuala Lumpur (KL), Malaysia
Kalau takder angin takkan pokok bergoyang.. Lepas ni kena cucuk hidung mcm lembu la malaysia
Curahan rasa Brohantu @ ..Cara Memancing Siakap Terbaik
pasti ada sesuatu yg akan berlaku seperti ramalan seorang kawan katanya banyak perkara besar akan berlaku tahun ini dan yg pastinya telah terjadi 2 perkara besar dalam negara kita.. biar apa pun yg berlaku semuga selepas ini perkara baik-baik sahaja.. doakan yg terbaik untuk negara yang kita cintai ini..
Moga Allah akan sentiasa melindungi umat Islam..
Andai ada kebaikan, biarlah Allah tunjuk..
Andai ada keburukan, biarlah Dia tunjuk jugak..
🙂
Pernah gak terfikir, apa kaitan semua ini. Semoga “perkara besar” tu baik-baik sahaja.
Curahan rasa Zesct @ ..MALAYSIA HOSTING TERBAIK 2014 PROMOSI HEBAT GEMPAKBOX
kedatang obama menyebabkan satu program besar di pejabat terpaksa ditangguhkan..itu antara kesan langsung pada saya..hehe. sama-sama kita nantikan apa yg terkesan dengan kehadiran beliau.
Curahan rasa ctfand @ ..Video: Koleksi Cross Fight B-Daman Kimi
aku rasa sekarang pun ejen amerika pun dah ada kat malaysia. dia orang ni penuh dengan rancangan sulit
yang pergi sudah pergi.. kita yang hidup perlu meneruskan
Curahan rasa zool @ ..Inovasi di Pejabat
ada sesuatu yang akan berlaku…mungkin! 🙂
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Boleh Ke Bersalin Normal?
assalamualaikum DH…pasti ada sesuatu yg penting utk dibincangkn agaknyakan…:)
Comments are closed.