Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
minggu baru bermula lagi, kali ini kisah usahawan muda ini perlu kita jadikan teladan. Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman pelakon utama drama Cinta Si Wedding Planner, merupakan gadis muda yang telah memulakan kerjaya dalam bidang peragaan sejak umur beliau 17 tahun lagi.
Gadis kelahiran Negeri Perak ini merupakan bekas pelajar cemerlang dan penari kebudayaan SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur, dan telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan antarabangsa di UiTM, Shah Alam.
Memulakan perniagaan menggunakan platform digital
Mira Filzah memulakan aktiviti berlakon beliau dalam drama tempatan, sebelum bercuti sebentar selama 2 tahun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran beliau.
Selepas itu, Mira telah memulakan perniagaan dan menjadi usahawan digital menggunakan platform Instagram sebagai medium utama pemasaran produk beliau.
Mira Filzah mempunyai 2 perniagaan utama iaitu melibatkan produk kecantikan beliau sendiri dengan jenama MORA ESSENTIAL yang diusahakan bersama-sama rakan kongsi beliau.
Mira juga mempunyai shawl keluaran beliau sendiri di bawah jenama MF SHAWLS yang dipasarkan melalui platform online juga.
Menyeimbangkan aktiviti perniagaan dan lakonan
Mira Filzah sehingga kini begitu sibuk dengan pelbagai pengambaran, namun dalam masa yang sama, masih meneruskan perniagaan beliau dengan dibantu oleh team yang komited. Jika anda belum lagi like fanpage Mira Filzah, sila pergi ke Halaman FB Rasmi Mira Filzah dan like serta set see first.
Jangan lupa untuk langgan Channel YouTube Mira Filzah untuk video-video terkini yang dikongsikan daripada beliau kepada para peminat di seantero dunia.
100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh
Terbaru, Mira Filzah telah disenaraikan dalam barisan 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh oleh Entrepeneur Insight. Pengiktirafan yang diterima ini memberikan satu lagi kayu ukur untuk pencapaian beliau setakat ini dalam bidang keusahawanan digital.
Semoga selepas ini, Mira Filzah akan terus berkembang maju dalam perniagaan yang dijalankan dan dapat terus menyumbang bakat beliau dalam bidang seni yang diceburi.
Tahniah Mira Filzah!
65 Comments
baru tahu mira ada brand Mora Essentials.. selama ni tahu pasal MF shawls jer. best nye..
Curahan rasa Kak Nab @ ..SHAKLEE UNTUK KULIT CANTIK LAGI SIHAT
tahniah mira filzah hebak demo, tapi sye tak penah dengar sangat shawl mira filzah huhu…
Curahan rasa huda @ ..11 Kelebihan Beli Shaklee Dan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstar Shaklee
minat jugak kat cik mira ni tapi setakat minat je la, nak ngorat tak mampu.
jadi artis ni senang nak bisnes sebab orang dah kenal jadi mudah nak branding.
Curahan rasa tekanan darah tinggi @ ..Kencing Manis – Cara Elak Kaki Anda Dipotong
Waahhh boleh tahan juga si Mira ni. Dah la cantik, berniaga pun pandai. Moga sukses sokmo..
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Aku Sakit, Macammana Nak Bersolat?
Oh! baru tahu dia buat bisnes online.
Tahu dia sebagai pelakon jer…
Curahan rasa Mrs. A @ ..Pengalaman Pertama Sertai Treasure Hunt a.k.a Explohunt
samalah ambe…tahu pun dari blog tuan denaihati ni…mmg dia betul2 pandai ambil ruang dan peluang yg ada..tahniah mira filzah
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 S29
saya ingakan MF ni adalah artis semata-mata. tak sangka pulak dia bermula sebagai usahawan
Curahan rasa raihanah @ ..Promosi Shaklee Disember 2016 Collagen Powder
power. memang pandai dia nampak peluang yang terhidang depan mata
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Buffet Istimewa di Swiss-Garden Hotel Sempena Kedatangan Xmas dan Tahun Baru
Memang Betul. Kehadiran Mira Filzah dalam dunia online tak di sangkalkan lagi. Die pandai mengambil peluang dengan trend masa kini. FB, Instagram, Video dan macam-macam lagi. PLUS die ada Artis n ada rupa. Tapi bukan sekadar itu sahaja. Die sangat bijak mengambil peluang yang terhidang di depan mata…..
Curahan rasa Shaffik @ ..Ketahui Bagaimana Turunkan Kolesterol Secara DRASTIK!!
Hebat mira filzah ni. Usia masih muda dah bergelar usahawan yang berpengaruh. Tahniah buat MF.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dengan 2 Perkara Semua Orang Boleh Cari Duit Online
100 senarai usahawan berpengaruh? Tahniah Mira Filzah, sejak usia 17 tahun dah mula berbisnes.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bayar Hutang Dengan Komisyen Uber
Betul tu. Tahniah buat MF. Dari muda dah didedahkan tentang peluang bisnes. Boleh pergi juah lagi lepas ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dengan 2 Perkara Semua Orang Boleh Cari Duit Online
Hebat juga MF nih. Dah macam Lopa pulak.. WOW! Dasyat.. Jadi inspirasi pada generasi muda sekarang..
Curahan rasa Farah Alina @ ..Kebaikan Nutriferon Shaklee Untuk Keluarga Anda
Wah boleh tahan juga MF ni. Macam Neelopa pulak kan..
Curahan rasa Farah Alina @ ..Kebaikan Nutriferon Shaklee Untuk Keluarga Anda
Betullah saya setuju.. Mira Filza ni dah macam Neelofa.. cantik, bijak dan pandai memanfaatkan peluang yang ada..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Tengah muda macam ni daripada membuang masa tak tentu hala, eloklah bekerja keras..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Kata orang tua-tua biarlah kita bersusah-susah dahulu.. supaya kita dapat menikmati kesenangannya di kemudian hari..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Tahniah buat mira filzah. Boleh capai ketahap ini. Ramai yang boleh jadikan beliau sebagai contoh untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan dan online.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Harga Minyak Naik Apa Nak Buat
Bukan senang nak masuk dalam senarai 100 ni. Tahniah buat mira filzah. Muda-muda dah jadi usahawan yang berjaya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Harga Minyak Naik Apa Nak Buat
Ikon usahawan yang bagus untuk dicontohi. Ramai yang boleh manfaat bila buat bisnes secara online macam ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Harga Minyak Naik Apa Nak Buat
Comments are closed.