Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
minggu baru bermula lagi, kali ini kisah usahawan muda ini perlu kita jadikan teladan. Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman pelakon utama drama Cinta Si Wedding Planner, merupakan gadis muda yang telah memulakan kerjaya dalam bidang peragaan sejak umur beliau 17 tahun lagi.
Gadis kelahiran Negeri Perak ini merupakan bekas pelajar cemerlang dan penari kebudayaan SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur, dan telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan antarabangsa di UiTM, Shah Alam.
Memulakan perniagaan menggunakan platform digital
Mira Filzah memulakan aktiviti berlakon beliau dalam drama tempatan, sebelum bercuti sebentar selama 2 tahun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran beliau.
Selepas itu, Mira telah memulakan perniagaan dan menjadi usahawan digital menggunakan platform Instagram sebagai medium utama pemasaran produk beliau.
Mira Filzah mempunyai 2 perniagaan utama iaitu melibatkan produk kecantikan beliau sendiri dengan jenama MORA ESSENTIAL yang diusahakan bersama-sama rakan kongsi beliau.
Mira juga mempunyai shawl keluaran beliau sendiri di bawah jenama MF SHAWLS yang dipasarkan melalui platform online juga.
Menyeimbangkan aktiviti perniagaan dan lakonan
Mira Filzah sehingga kini begitu sibuk dengan pelbagai pengambaran, namun dalam masa yang sama, masih meneruskan perniagaan beliau dengan dibantu oleh team yang komited. Jika anda belum lagi like fanpage Mira Filzah, sila pergi ke Halaman FB Rasmi Mira Filzah dan like serta set see first.
Jangan lupa untuk langgan Channel YouTube Mira Filzah untuk video-video terkini yang dikongsikan daripada beliau kepada para peminat di seantero dunia.
100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh
Terbaru, Mira Filzah telah disenaraikan dalam barisan 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh oleh Entrepeneur Insight. Pengiktirafan yang diterima ini memberikan satu lagi kayu ukur untuk pencapaian beliau setakat ini dalam bidang keusahawanan digital.
Semoga selepas ini, Mira Filzah akan terus berkembang maju dalam perniagaan yang dijalankan dan dapat terus menyumbang bakat beliau dalam bidang seni yang diceburi.
Tahniah Mira Filzah!
65 Comments
Bukan sahaja menjadi inspirasi kepada golongan muda sebaya, yang sudah ‘tua tua’ pun masih boleh menjadikan beliau contoh. Banyak perkara yang dapat boleh dijadikan tauladan kerana bisnes tidak pandang berapa usia kamu.
Betul tu. Tua muda suka dengan beliau. Semoga mira filzah terus maju dan berjaya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Harga Minyak Naik Apa Nak Buat
sangat inspiratif mbak, moga yang lain bisa terutama di era sekarang. wanita juga memiliki pengaruh besar
Curahan rasa Madura Bersatu @ ..Inilah Berbagai Manfaat Bawang Putih Bagi Kesehatan Tubuh Manusia
Betul tu. Ramai yang suka dengannya. Bila orang terkenal, disukai ramai. Boleh jadi orang yang terpengaruh.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Harga Minyak Naik Apa Nak Buat
bagus muda-muda dah pandai buat duit…boleh jadi ikutan muda mudi yang lain…masa muda lah kita nak kerja keras…untuk masa depan…lagipun mira ni lawo…abang pun masih kosong 3 kouta ni
Curahan rasa Blogger Lelaki @ ..Minyak Herba Asmak Penawar Asma
Ada peluang lagi BL. Ada 3 kosong tu. Orang berpengaruh dalam bisnes memang banyak boleh belajar ilmu dari beliau.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Harga Minyak Naik Apa Nak Buat
Belum habis belajar dah ada bisnes.. Memang orang muda sekarang cepat aje dapat pendedahan nak buat bisnes online..
Curahan rasa Sani @ ..Hanya 4 Cara Ni Boleh Buat Korang Lulus Exam PTD M41 November 2016
Tu lah kan.. anak muda zaman sekarang ni celik IT.. cepat belajar benda2 macam ni…
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Mira Filzah salah satu ikon yg boleh diikuti oleh orang muda pada ketika ini…
Curahan rasa Asraff @ ..Minyak Petrol Percuma Untuk 250 Penunggang Motosikal di Tambun
ini pakej yang kita cari!!..hehehe..habeslah kalau bini baca statement ni ;-p
Curahan rasa JMR @ ..RM30 untuk Sesi Keseronokan Anak-anak.
heee…. orang rumah baca pun takpe, jiwa seorang lelaki gitu le…
Curahan rasa Denaihati @ ..Guru bisnis mesti dihormati baru ilmu berkat
Mulut kata lain.. hati kata lain, tak ke gitu bro JMR..
Curahan rasa Azman @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29
Dahla cantik, comel.. berjaya pulak tu.. semoga terus menjadi inspirasi generation milenial!
Ramai yang tengah usha untuk jadikan calon isteri ni.. heh..heh..
Kisah kejayaan ini pastinya boleh dijadikan pembakar semangat buat mereka yang berminat utk menceburi bidang keusawahanan. Tahniah buat mira fizlah
Curahan rasa Nadri @ ..5 Tips Kawal Kewangan Tinggi
ya, sebagai pembakar semangat /booster buat mereka yang berminat utk berniaga.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ekonomi digital jangan sampai ketinggalan
wah wah wah, moga mira filzah terus cemerlang dalam bidangnya. boleh jadi model untuk generasi muda
Curahan rasa siti hazreen @ ..Filem Hindustan Dear Zindagi Alia Bhatt dan Shah Rukh Khan
perh dashat ler minah comel nie..dah package kot so confirm meletops nanti.
Produk baik tambah package baik sebagai bonus besar. peminat ke….heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Pendapatan meningkat daripada RM5,000 kepada RM50,000 sebulan
Tak tahu plak dia ni ada bisnes. semoga dapat jadi ikon kepada usahawan muda kat luar sana.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria
hebat! dalam usia yang muda dah mencapai kejayaan! tahniah buat beliau. 🙂
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Iklan percuma di Facebook Groups free post.
Manta itu umur mudah udah mejadi usahawan.. semoga sukses
terimakasih
Tahniah usahawan muda semoga menjadi insipirasi kepada anak-anak muda yang lain….
tahniah, muda2 dah bukak bisnes semua. moga terus sukses dalam kerjaya.
Curahan rasa ira @ ..Apa IbuBapa Perlu Tahu Tentang Tidur Bayi
Aminn. mudahan lebih ramai lagi usahawan muda sukses lepas ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger Movie Day Out Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
Comments are closed.