Minyak mentah, Emas dan Dollar US manipulasi ekonomi dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia sekarang dikuasai oleh ekonomi kapitalis yang jauh sangat tersasar daripada sistem ekonomi Islam. 1400 tahun dahulu Rasulullah SAW telah menunjukkan cara berniaga dan cara menguruskan ekonomi. Seperti biasa musuh Islam menguasi ilmu Islam yang terdapat dalam Al Quran dan mencipta sistem yang dengan sengaja menentang ilmu ekonomi Islam. Contoh paling nyata adalah amalan riba yang tidak boleh dipisahkan dari sistem kapitalis.

Klik untuk tahu RAHSIA buat duit dengan EMAS

Ekonomi kapitalis menjadikan harga minyak mentah, Emas dan Dollar US antara indikator turun naiknya ekonomi dunia. Harga minyak mentah, emas dan dollar US dikawal oleh pasaran semasa mengikut kuasa pemintaan dan penawaran. Tanpa disedari kuasa pemintaan dan penawaran boleh dikuasai oleh hanya beberapa manusia yang berkuasa di dunia yang akan menentukan ekonomi dunia mengikut kehendak mereka atas tujuan tertentu.

Harga Minyak Mentah Terkini



Mereka mempunya modal bertrillion duit boleh menurunkan harga emas dan dalam masa yang sama menaikan nilai dollar US dan pada waktu yang lain menurunkan nilai dollar US dan menaikan harga emas. Dalam apa keadaan sekali pun mereka tetap akan untung dan kekadang mereka akan untung kedua-duanya dan yang rugi negara-negara kecil yang tak mampu mengikut rentak mereka.

Kuasa mereka bukan sekadar menguasi ekonomi tetapi boleh memporak perandakan dunia. Mereka boleh menaikkan harga minya mentah bila-bila masa mereka inginkan dengan mencipta berbagai kejadian sehingga sanggup mencipta perang dimana sahaja yang mereka inginkan. Harga minyak yang beberapa tahun dahulu hanya sekitar USD40 ++ setong telah meningkat sehingga USD100 ++ setong dan sudah pasti akan memberi kesan pada ekonomi banyak negara kecil seperti Malaysia.

Harga emas juga meningkat dengan banyak daripada USD400/oz meningkat sehingga USD1900/oz dalam tempoh sepuluh tahun dan turun semula ke USD1400/oz sekarang. Harga emas sangat mempengaruhi ekonomi sesebuah negara kerana kebanyakan negara menyimpan reserve dalam bentuk emas.

Harga Emas Terkini


Harga Emas untuk 10 tahun

Harga emas terkini

Matawang dunia masih dikuasai oleh dollar USA yang menentukan turun naik ekonomi dunia. Bila naik sahaja nilai dollar US maka naiklah semua harga komoditi seperti harga minya mentah, beras, gandum, gula dan sebagainya. Bila harga komuditi naik maka bergolaklah banyak negara seperti Malaysia sebuah negara kecil yang sangat bergantung dengan perdagangan luar negara.

Rakyat Malaysia kurang merasa turun naik ekonomi dunia kerana kebanyakan barangan komoditi utama seperti petrol, diesel, beras, gandum, gula dan minyak masak diberi subsidi. Paling best subsidi di Malaysia dinikmati bukan sahaja yang miskin tetapi juga yang kaya. Subsidi bermula diperkenalkan setelah berlaku 13 Mei 1969 dengan tujuan untuk membantu bumiputera yang jauh ketinggalan berbanding bangsa lain.

Harga komoditi terkini


Adakah sekarang subsidi masih sesuai sebagai salah satu cara membantu rakyat? Bukankah subsidi menyebabkan rakyat hidup melebihi kemampuan kerana mereka tidak merasai turun naik ekonomi dunia yang berpaksikan harga minyak mentah, emas dan dollar USA terkini.

Aku cadangkan subsidi di Malaysia di hapuskan dan digantikan dengan sistem baru yang dapat membantu kepada yang layak sahaja. Islam telah menunjukkan sistem zakat yang hanya layak untuk diberi kepada lapan asnaf manakala untuk orang kaya ada kadar tertentu untuk dizakatkan kepada yang miskin. Malaysia tidak akan mampu menangkis perubahan harga minyak mentah, emas dan Dollar US yang dijadikan manupulasi ekonomi dunia. Kalau kita masih kekal dengan sistem subsidi sekarang tiada suatu kerajaan yang akan berjaya menepis kemarahan rakyat setiap kali harga komoditi ditingkatkan. Subsidi sudah menjadi hak milih kekal rakyat yang tidak boleh ditarik balik.


Spread the love

46 Comments

  1. Pentingnya orang Islam mengusai ekonomi, malangnya orang Islam lebih cenderung bercakaran sesama sendiri, dengki mendengki, busuk hati dan sakit hati….. inilah jenis bala yang diturunkan oleh Allah terhadap semua umat Muhammad….. ramainya umat Muhamad bak buih di lautan, tapi mudah diperalat oleh orang lain. Indonesia yang kaya sumber hasil bumi dan paling ramai umat Islam, tapi hanya mampu ekspot manusia sebagai hamba, meniggalkan laki dan keluarga semata-mata mencari nafkah. Mesir, Syria, Yaman, Iraq apa dah jadi……

  2. memang akhir-akhir ini perekonomian Dunia sedang mengalami penurunan dan hal ini pada umumnya akan berimbas dan berefek terhadap perekonomian negara kita sendiri.
    Harga minyak pun sedikit demi sedikit meningkat, apalagi konflik di Mesir dan Suriah kabarnya juga akan mempengaruhi harga minyak dunia
    Curahan rasa Ferry @ ..Penerimaan CPNS Kementrian Kesehatan 2013My Profile

  3. Kapitalis memang menghancurkan ekonomi islam. Ditambah dengan kesan penggunaan wang kertas fiat. NWO – new world order dah tak lama. Takkan kitasekadar duduk diam dan menonton? Dalam lirik lagu M.Nasir dah lama sebut pasal benda ni… tajui lagu? Cari sendiri….
    Curahan rasa saljuhumairah @ ..Kenapa UAI Menangis Teresak-esak?My Profile

  4. Kita diseluruh dunia sejak dahulu dikuasai oleh ekonomi, politik dan budaya Barat/USA yang ditunjangi oleh pengaruh2 sosio-ekonomi dan geo-politik kapitalis Yahudi Israel…
    Kita lihat punca utamanya terletak kepada media2 Yahudi yang menguasai pemikiran dan pandangan kita menyebabkan kita/umat Islam rela dijajah samada secara diam-diam mahupun tidak langsung. Media Yahudi sememangnya berniat jahat untuk memesongkan pemikiran bangsa2 seluruh dunia dan kesan buruknya sudah tentu meningglkan kesan yang amat besar kepada umat Islam – umat yang mereka benci dan paling perlu dikuasai/dijajah supaya agama Islam akan terus dihina dan diekspploitasi sumber ekonomi dan hasil mahsul – sementelahan boleh dikatakan semua negara Islam dikurniakan Allah sumber minyak dan gas terbesar dunia – yang menjadi target utama dan kecemburuan dikalangan rakyat/pemimpin2 negara Barat/USA. Pelbagai cara dilakukan untuk menghalang umat Islam/negara Islam maju dan bangkit mengancam Yahudi Israel – negara yang menindas dan merampas tanah umat Islam Palestine dilakukan. Maka Barat dan USA telah/akan mencipta pelbagai konfrontasi dan kontradiksi dinegara2 Islam termasuk mewujudkan ketidakstabilan politik dinegara2 Islam mengikut ‘master-mind’ olahan pakar2 startegis bangsa Yahudi di USA dan juga Israel hingga berjaya meninggalkan fahaman songsang – “Negara Israel perlu dilindungi oleh USA dan Barat dengan cara memusnahkan negara2 Islam radikal terutama yang berhampiran Israel” bagi memudahkan USA dan Barat menguasai sumber bahan mentah – minyak dinegara2 Islam yang bergolak itu. Selain itu agama/negara Islam dan dimomokkan dengan kemiskinan, kehinaan, kecurangan, keganasan dan mencipta kebencian kepada apa saja berkaitan dengan agama Islam (Islamophobia), manakala pemimpin2 Islam dikaitkan dengan rasuah dan pelbagai skandal bagi mewujudkan ketidakpuashatian dan kekeliruan dikalangan umat/rakyat dinegara Islam hingga bangkit menentang pemimpin2 mereka dan akhirnya terhasil huru-hara dan persengketaan sehingga merosakkan keamanan negara tersebut.
    Satu cara lain yang lebih lembut ialah menguasai ekonomi di negara2 Islam, supaya tiada produk2 selain daripada prodduk2 Yahudi dan Barat berlegar serta berleluasa dalam sistem ekonomi seluruh dunia hingga menimbulkan kebanggaan palsu yang menjijikkan memiliki/menikmati produk2 ‘hebat’ mereka. Kita lihat anak2 muda begitu obses gila dan taksub dengan jenama2 Yahudi Amerika yang terkenal seperti jenama Apple iPhone/iPad, Harley Davidson, Hard Rock Cafe, American Express serta kanak2 amat teruja dengan makanan segera seperti KFC, Pizza Hut, Mc Donalds dan lain2 lagi yang boleh merosakkan kesihatan dan minda. Semua ini adalah penjajahan pemikiran dan ekonomi secara terang-terangan memberi wang kenuntungan yang amat besar kepada syarikat2 Yahudi tersebut
    Satu kesedaran dan anjakan paradigma baru haruslah dipupuk kepada minda generasi masakini untuk mengelakkan kita daripada terus menerus membuiarkan mereka mengaut kekayaan secara besar-besaran akhirnya membuatkan ekonomi kita dijajah – pendapatan kita ditarik secara rakus, kita dipaksa bergantung dan ditindas sehingga boleh memudaratkan kewangan negara, seolah2 wang negara diambil oleh syarikat2 Yahudi tersebut untuk di masuk kedalam perbendaharaan USA dan Barat dalam bentuk cukai pendapatan. manakala negara sahabat2 Yahudi tersebut dengan penuh bangganya memberi bantuan dalam bentuk peralatan dan teknologi ketenteraan bagi memudahkan Israel mengganyang negara2 Islam disekelilingnya yang mereka anggap umat penjahat dan negara pengganas itu.

    1. Miskin dan kaya tetap akan ada selagi ada dunia ini sebab tu Islam ada zakat, infaq dan sedekah. Dalam dalam Al Quran terlalu banyak ayat yang menyebut kelebihan memberi .. Memberi maksudnya yg kaya memberi kepada yg miskin. Kurang tepat kalau kita selalu fikir yg kaya menindas orang miskin.

    2. Kena tahu knp yg kaya bertambah kaya dan knp miskin bertambah miskin.
      1. Yg Kaya tidak menyumbang kpd yg misikin
      2. Sumbangan si kaya tidak sampai kpd yg miskin
      3. Sistem Zakat yg ada tidak berguna
      4. Si miskin tidak pernah berubah utk jd kaya.
      Curahan rasa Ahmad Hati @ ..BANK RAKYAT UMUMKAN 15% DIVIDEN TUNAIMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!