Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal pagi terbaca di status Facebook alumnai sekolah salah seorang anak kapal MH17 yang terkorban adalah senior sekolah. Lewat petang dapat berita yang lebih mengejutkan rupanya anak kepada sepupu aku juga antara 44 warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17. Suatu ketika dahulu emak dan abah memang berjiran dengan arwah pak cik jadi selalu jugalah aku jumpa arwah apabila sepupu aku balik menziarahi ibu bapa beliau. Arwah Hasni Hardi Parlan rapat juga dengan adik bongsu aku.
(Klik gambar arwah Hasni untuk melihat lebih banyak gambar mangsa tragedi MH17)
MAS telah menghubungi keluarga untuk mengesahkan arwah Hasni Hardi adalah antara korban MH17. Keluarga dan sahabat handai ramai yang datang memberi sokong kepada Abang Parlan dan Kak Siah. Berbagai media sudah menemuramah keluarga malang ini. Arwah Hasni Hardi bertugas dengan syarikat perkapalan Teekay Shipping yang berlabuh di London. Arwah dalam perjalanan pulang menaiki MH17 untuk cuti hari Aidilfitri bersama sanak saudara.
Berbagai pihak telah menyatakan bahawa pesawat malang MH17 telah ditembak tetapi tuduh menuduh antara Kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro Russia, siapa perlaku sebenar masih menjadi misteri. Dua kotak hitam MH17 telah ditemui yang bakal menjadi bukti tetapi soalnya adakah penyiasatan akan berjalan secara telus.
(Klik gambar di atas untuk melihat lebih banyak gambar mangsa tragedi MH17)
Abang Parlan dan Kak Siah serta semua 285 keluarga mangsa pasti ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku. Satu dunia bersedih mengenangkan mangsa korban tragedi MH17 yang tidak berdosa. MAS dalam kenyataannya berkata, mangsa terkorban termasuk dari Belanda seramai 189 orang, Malaysia (44), United Kingdom (9), Belgium (4), Jerman (4), Filipina (3), Kanada (1) dan New Zealand (1).
Semuga Abang Parlan dan Kak Siah serta semua keluarga mangsa bersabar dengan ujian berat ini. Mari kita semua berdoa semuga tragedi ini dapat dirungkai dengan segera dan jenazah yang telah ditemui dapat disemadikan dengan sempurna.
[box]Segamat : Seorang jurutera perkapalan yang juga turut menaiki pesawat MH17 ada menyatakan hasrat untuk berhenti kerja pada ibunya, malam Rabu lalu. Hasni Hadi Parlan, 31, menyatakan hasrat itu pada ibunya Hasiah Rajikon, 57, ketika menghubungi keluarga di Kampung Batu Anam di sini, pada 8 malam Rabu lalu. Menurut Hasiah, anak keduanya itu berkata, dia mahu menetap bersama keluarga selamanya dan sudah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Hasni bertugas dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura sejak tiga tahun lalu tetapi kerap ke Eropah atas urusan kerjanya. – Harian Metro [/box]
Hasni Hardi semuga damai mu di sana bersama para solehin.
Untuk melihat berbelas gambar tragedi MH17 sila klik entri “Pesawat MH17 di tembak di Ukraine“.
181 Comments
Al-Fatihah buat arwah. Takziah jugak buat keluarga mangsa. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
Al-Fatihah buat arwah. Dan takziah wawa ucapakan kepada tuan denaihati.com. Semoga tuan denaihati.com dan keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini. Allah lebih sayangkan arwah.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
al fatihah untuk mangsa mh17..dan takziah untuk saudara tuan semoga tabah menghadapi..ajal,maut hanya allah yang tahu bla dan dimana ia akan menggambilnya.
Curahan rasa adna2029 @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s di Blog Denaihati.com
Asalammualaikum, Saya mengucapkan salam Takziah buat Abang Parlan dan Kak Siah serta keluarga atas kepulangan ke Rahmatullah Aruah Hasni Hardi, Walaupun kita mengasihinya namun Allah swt lebih menyatangi, Semoga Allah swt menempatkan aruah di kalangan orang-orang beriman dan menerima syufaah Rasulullah swt. Walaupun saya tidak begitu rapat dengan alahyarham namun kami pernah berjumpa dan bercerita di Seri Alam sewaktu kami sama-sama bercuti dan pulang ke Batu Anam. Saya pulang ke rumah Abah saya di Kampong Kenangan. Salam Takziah dari kami Sekeluarga. Wasallam.
Allah akan menguji hambaNya yang layak sahaja..takziah utk keluarga Tuan
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
saya berharap keluarga mangsa dan waris terdekat bersabar hadapi dugaan hidup ini…
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Pujuk Hati Jika Tak Cuti Raya
Itu semua adalah dugaan kehidupan untuk melihat sejauh mana kita mampu menghadapinya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online Pen. Penguasa Kastam Gred W27
sebab itu saya ada terdengar kata-kata falsafah..masa dekat sekolah kita diberi pembelajaran dan kemudian diberi ujian..manakala kehidupan sebenar kita diberi ujian dahulu untuk dapatkan pembelajaran..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Etika Ziarah Rumah Terbuka Raya
betul..yg penting, banyakkan berdoa utk arwah.
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Dugaan hidup yang tak terjangkau di fikiran kita. Allah lah sebaik-baik perencana buat hamba-hambanya. Takziah kepada keluarga arwah Hasni Hardi Parlan.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
dah seminggu tragedi MH17..moga2 segala urusan penghantaran jenazah ahli keluarga yg terlibat dipermudahkan.
Curahan rasa Layla @ ..5 Tip Mudah Kekal Cantik Cara Islam Yang Mungkin Kita Tidak Sedari
itu yang kita harapkan dan dipermudahkan segala urusan
Betul tuh..semoga segala urusan dipermudahkan..takziah sekali lagi buat keluarga mangsa terlibat..
Curahan rasa UpProfits @ ..Review 5 Artikel Terbaik Denaihati 2014
semoga allah tabahkan hati keluarga dan harap pelaku menerima balasan yg setimpal
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Takziah buat Abang Parlan dan Kak Siah
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Kelas Blog Dan SEO Oleh Firdaus Azizi Training & Consultancy
salam takziah dan sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah
Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya..salam takziah buat keluarga mangsa..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan atau Baazar Mana jadi Pilihan?
Innalillah…semoga roh beliau dicucuri rahmat..
Curahan rasa FamiliCeria @ ..IKLAN RAYA 2014 dari TNB
amin dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Pujuk Hati Jika Tak Cuti Raya
Mereka yg terlibat kemalangan seperti itu umpama peroleh syahid kecil..
Curahan rasa UpProfits @ ..Save Gaza Selamatkan Palestine
moga arwah tenang di sana.. Arwah hasni dan saya satu sekolah di MRSM dulu..
Siapa sangka kan..dunia nih kecil sebenarnya..apa2 yg berlaku sikit sebanyak ada berkaitan dengan hidup kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
kalau macam tu memang terasa juga dengan berita ini..moga keluarga arwah tabah dan tenang menghadapinya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mencari Niche Blog Hero Borneo
Kehilangan orang yg tidak dikenali pun kita bersa sedih..inikan pula yg kita kenal..
Curahan rasa UpProfits @ ..Save Gaza Selamatkan Palestine
yang xde pertalian pon terasa, apatah lagi sedara-mara yang terlibat kan
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Didoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, amin.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
amin dan saya juga berdoa semoga pihak keluarga waris tabah menghadapi saat-saat sukar begini
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Pujuk Hati Jika Tak Cuti Raya
Aminn..semoga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Save Gaza Selamatkan Palestine
insyaAllah mereka tabah sekuatnya tu..takzian tuan
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Ya. Amin. Dan moga keluarga si mangsa tabah dan menerima suratan takdir dariNya dengan berlapang dada. Allah knows best.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
Amin….. moga Allah berikan kekuatan untuk keluarga mangsa menghadapi ujian berat ini.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
takziah atas kehilangan sahabat tuan gak..bykkan berdoa utk arwah
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Sedih sungguh rasa dihati ni dgn tragedi yg menimpa mereka even bukan saudara-mara. Berat mata memandang, berat lg bahu memikul. Moga keluarga Allahyarham Hasni tabah dlm menerima dugaan ini.
Curahan rasa ieta mat saad @ ..BLOG SEDANG DIPERBAIKI…
kita bagi sokongan moral dan kata-kata semangat untuk anak saudara tuan denaihati
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mencari Niche Blog Hero Borneo
sama -sama kita mendoakan kebaikan untuk kelurga tersebut…semoga terus tabah menghadapinya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mencari Niche Blog Hero Borneo
Kita yg tak kenali mangsa pun berasa sedih..inikan pula mereka yg saling kenal..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
even tengok gmbr diorg kt TV pon dah leh bayangkan rasa sedih kan
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Ya. Tak dapat bayangkan bagaimana rasanya walaupun kita semua tahu rasanya memang sakit, perit tapi hanya mereka sahaja yang tahu rasa sebenar itu.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
kan..kalau sedara-mara sendiri, mesti lagi sedih
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan. amien
Comments are closed.