Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal pagi terbaca di status Facebook alumnai sekolah salah seorang anak kapal MH17 yang terkorban adalah senior sekolah. Lewat petang dapat berita yang lebih mengejutkan rupanya anak kepada sepupu aku juga antara 44 warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17. Suatu ketika dahulu emak dan abah memang berjiran dengan arwah pak cik jadi selalu jugalah aku jumpa arwah apabila sepupu aku balik menziarahi ibu bapa beliau. Arwah Hasni Hardi Parlan rapat juga dengan adik bongsu aku.
(Klik gambar arwah Hasni untuk melihat lebih banyak gambar mangsa tragedi MH17)
MAS telah menghubungi keluarga untuk mengesahkan arwah Hasni Hardi adalah antara korban MH17. Keluarga dan sahabat handai ramai yang datang memberi sokong kepada Abang Parlan dan Kak Siah. Berbagai media sudah menemuramah keluarga malang ini. Arwah Hasni Hardi bertugas dengan syarikat perkapalan Teekay Shipping yang berlabuh di London. Arwah dalam perjalanan pulang menaiki MH17 untuk cuti hari Aidilfitri bersama sanak saudara.
Berbagai pihak telah menyatakan bahawa pesawat malang MH17 telah ditembak tetapi tuduh menuduh antara Kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro Russia, siapa perlaku sebenar masih menjadi misteri. Dua kotak hitam MH17 telah ditemui yang bakal menjadi bukti tetapi soalnya adakah penyiasatan akan berjalan secara telus.
(Klik gambar di atas untuk melihat lebih banyak gambar mangsa tragedi MH17)
Abang Parlan dan Kak Siah serta semua 285 keluarga mangsa pasti ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku. Satu dunia bersedih mengenangkan mangsa korban tragedi MH17 yang tidak berdosa. MAS dalam kenyataannya berkata, mangsa terkorban termasuk dari Belanda seramai 189 orang, Malaysia (44), United Kingdom (9), Belgium (4), Jerman (4), Filipina (3), Kanada (1) dan New Zealand (1).
Semuga Abang Parlan dan Kak Siah serta semua keluarga mangsa bersabar dengan ujian berat ini. Mari kita semua berdoa semuga tragedi ini dapat dirungkai dengan segera dan jenazah yang telah ditemui dapat disemadikan dengan sempurna.
[box]Segamat : Seorang jurutera perkapalan yang juga turut menaiki pesawat MH17 ada menyatakan hasrat untuk berhenti kerja pada ibunya, malam Rabu lalu. Hasni Hadi Parlan, 31, menyatakan hasrat itu pada ibunya Hasiah Rajikon, 57, ketika menghubungi keluarga di Kampung Batu Anam di sini, pada 8 malam Rabu lalu. Menurut Hasiah, anak keduanya itu berkata, dia mahu menetap bersama keluarga selamanya dan sudah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Hasni bertugas dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura sejak tiga tahun lalu tetapi kerap ke Eropah atas urusan kerjanya. – Harian Metro [/box]
Hasni Hardi semuga damai mu di sana bersama para solehin.
Untuk melihat berbelas gambar tragedi MH17 sila klik entri “Pesawat MH17 di tembak di Ukraine“.
181 Comments
Takziah buat keluarga dan rakan semua mangsa MH17. Semoga keadilan tertegak dan ini peristiwa terakhir buat MH dan pesawat awam di dunia.
Curahan rasa Ida @ ..MH17 dalam kenangan, Al-Fatihah
In sha Allah..begitulah harapan semua orang..tapi ajal dan maut adalah ketentuan-Nya..kita harus redha menerima suratan takdir..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
semoga arwah tenang di sana..mungkin ada hikmah di sebalik yg terjadi ni..tapi malaysia gov patut mencari sapa dalang sebenarnya..
Curahan rasa JMR @ ..Mampukah kita boikot?
Rasanya belum ada lagi pihak yg mengaku bertanggungjawab..masing2 cuba menuding jari antara satu sama lain..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
salam takziah….
besar sungguh ujian Malaysia tahun ini
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Gaza diserang Israel lagi, bacaan qunut nazilah
Menguji sejauh mana kita mampu bersabar dan redha dengan ujian kecil Allah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Innalillahi wainnalillahi rojiun. semoga roh dicucuri rahmat.
Curahan rasa aRz MoHa @ ..Apa Yang Istimewa Sangat Entry ini?
salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa yang terlibat..semogs Syurga tempat kalian…
Curahan rasa maria @ ..Beli Produk Shaklee Secara Online Menggunakan Kad Kredit
Salam takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat juga.
Curahan rasa aRz MoHa @ ..Apa Yang Istimewa Sangat Entry ini?
Orang kata meninggal dalam kemalangan umpama syahid kecil..semoga mereka ditempatkan bersama orang2 yg beriman dan beramal soleh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Ya. Moga Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Dan semoga amal mereka diterima di sisi Allah. Allah knows best.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
Assalammualaikum kak .. teruskan berdoa dan semoga mangsa2 mh17 dicucuri rahmat terutamanya untuk umat islam …
http://alynnazfiz.blogspot.com/2014/07/hidup-ini-singkat-pastikan-bermakna.html
Curahan rasa Alynn Azman @ ..Hadiah Giveway daripada Diari Fariza dan Kad Raya daripada Mummy Ira telah diterima ! 😀
Itu yg terbaik..kita teruskan berdoa..harap keluarga mangsa kekal tabah menerima suratan takdir..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Salam takziah buat Abang Parlan dan Kak Siah serta seluruh keluarga bro. Harap Abang Parlan dan Kak Siah tabah menghadapi dugaan Allah. Pasti mereka sedang menanti kepulangan Arwah Hasni Hardi sebelum tragedi ini berlaku.
Setuju dengan bro yang kita mungkin akan meragui hasil siasatan nanti. Ini kerana antara kedua-dua pihak yang bertelagah, pasti salah satu darinya yang terlibat dalam menjatuhkan MH17. Terdapat lapuran yang menyatakan ada pihak-pihak yang sudah mencemari kawasan kemalangan. Mungkin ada niat untuk menutup bukti-bukti. Wallahualam…
Curahan rasa Ismail N @ ..MH17
Sehingga kini masih tiada pihak yg mengaku bertanggungjawab..semoga pelakunya nanti akan dibawa ke muka pengadilan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
apakah apa yang terjadi salah satu taktik untuk menutup isu di Gaza? sekiranya ini matlamat utama sehingga mengorbankan mereka yang tidak berdosa amat kejam
Curahan rasa aRz MoHa @ ..Apa Yang Istimewa Sangat Entry ini?
ohh..ada anak saudara yang terkorban.
takziah dari saya.
Curahan rasa hikaru @ ..Spa Terbaik di Ampang.
Takziah daripada saya, semoga keluarga mangsa MH17 yang terlibat, serta rakan-rakan, sahabat mereka yang mengenali tabah dengan apa yang berlaku. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Berjaya Buat Duit RM1034 Dari Produk Niche-X
Siapa sangka dalam ramai2 mangsa nahas mh17 tuh ada yg kita kenali..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
betul tu up profits. siapa sangka dalam ramai-ramai ada yang dikenali danmungkin keluarga rapat. takziah
Curahan rasa aRz MoHa @ ..Apa Yang Istimewa Sangat Entry ini?
Berita yang mengejutkan semua pihak terutama rakyat Malaysia seharusnya menjadi titik tolak untuk kita muhasabah Diri
Belum pun selesai isu MH370..MAS dan rakyat Malaysia diuji sekali lagi dengan berita nahas MH17
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Pihak MAS, Pemimpin, dan juga rakyat perlu muhasabah dalam segala hal.
Al-fatihah buat semua keluarga mangsa
Curahan rasa hafizi @ ..Resipi Mak Hidangan Syurga
Al-Fatihah..salam takziah buat keluarga mangsa terlibat..semoga tabah menerima dugaan ini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Kami turut berduka atas musibah yang menimpa keluarga korban
Semua orang turut bersimpati dan turut terkesan..apa lagi keluarga mangsa yg terlibat..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
al-fatihah buat arwah
semoga rohnya tenang di sana, inshaAllah
takziah buat keluarga mangsa korban tragedi MH17
Curahan rasa penaberkala @ ..Iklan Raya Aidilfitri PETRONAS 2014 : Ke Pangkuan Bonda
Sesungguhnya apa yang ALLAH S.W.T tetapkan ini ada kebaikan tersirat, yang mungkin kita semua terlepas pandang.
Takziah sekali lagi buat keluarga mangsa terlibat.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Berjaya Buat Duit RM1034 Dari Produk Niche-X
Dari DIA kita datang, kepada DIA juga kita kembali..mati itu pasti..peringatan juga buat kita yg masih hidup..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Ya mati itu pasti. Semua orang akan rasa tapi cuma kita tak tahu bila dan di mana. InshaAllah husnul khotimah hendaknya.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
Takziah utk semua keluarga yang terlibat..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Sama2 kita terus mendoakan yg terbaik utk seluruh keluarga mangsa. Semoga bakal terjawab insiden mh17. ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak – This Is Something Different!
Harapan semua orang pun begitu juga..semua masih ternanti-nanti jawapan kepada setiap kemusykilan berkaitan isu mh17 ini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNYA yg mdpat rahmat Allah jua.ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak – This Is Something Different!
Comments are closed.