Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal pagi terbaca di status Facebook alumnai sekolah salah seorang anak kapal MH17 yang terkorban adalah senior sekolah. Lewat petang dapat berita yang lebih mengejutkan rupanya anak kepada sepupu aku juga antara 44 warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17. Suatu ketika dahulu emak dan abah memang berjiran dengan arwah pak cik jadi selalu jugalah aku jumpa arwah apabila sepupu aku balik menziarahi ibu bapa beliau. Arwah Hasni Hardi Parlan rapat juga dengan adik bongsu aku.
(Klik gambar arwah Hasni untuk melihat lebih banyak gambar mangsa tragedi MH17)
MAS telah menghubungi keluarga untuk mengesahkan arwah Hasni Hardi adalah antara korban MH17. Keluarga dan sahabat handai ramai yang datang memberi sokong kepada Abang Parlan dan Kak Siah. Berbagai media sudah menemuramah keluarga malang ini. Arwah Hasni Hardi bertugas dengan syarikat perkapalan Teekay Shipping yang berlabuh di London. Arwah dalam perjalanan pulang menaiki MH17 untuk cuti hari Aidilfitri bersama sanak saudara.
Berbagai pihak telah menyatakan bahawa pesawat malang MH17 telah ditembak tetapi tuduh menuduh antara Kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro Russia, siapa perlaku sebenar masih menjadi misteri. Dua kotak hitam MH17 telah ditemui yang bakal menjadi bukti tetapi soalnya adakah penyiasatan akan berjalan secara telus.
(Klik gambar di atas untuk melihat lebih banyak gambar mangsa tragedi MH17)
Abang Parlan dan Kak Siah serta semua 285 keluarga mangsa pasti ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku. Satu dunia bersedih mengenangkan mangsa korban tragedi MH17 yang tidak berdosa. MAS dalam kenyataannya berkata, mangsa terkorban termasuk dari Belanda seramai 189 orang, Malaysia (44), United Kingdom (9), Belgium (4), Jerman (4), Filipina (3), Kanada (1) dan New Zealand (1).
Semuga Abang Parlan dan Kak Siah serta semua keluarga mangsa bersabar dengan ujian berat ini. Mari kita semua berdoa semuga tragedi ini dapat dirungkai dengan segera dan jenazah yang telah ditemui dapat disemadikan dengan sempurna.
[box]Segamat : Seorang jurutera perkapalan yang juga turut menaiki pesawat MH17 ada menyatakan hasrat untuk berhenti kerja pada ibunya, malam Rabu lalu. Hasni Hadi Parlan, 31, menyatakan hasrat itu pada ibunya Hasiah Rajikon, 57, ketika menghubungi keluarga di Kampung Batu Anam di sini, pada 8 malam Rabu lalu. Menurut Hasiah, anak keduanya itu berkata, dia mahu menetap bersama keluarga selamanya dan sudah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Hasni bertugas dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura sejak tiga tahun lalu tetapi kerap ke Eropah atas urusan kerjanya. – Harian Metro [/box]
Hasni Hardi semuga damai mu di sana bersama para solehin.
Untuk melihat berbelas gambar tragedi MH17 sila klik entri “Pesawat MH17 di tembak di Ukraine“.
181 Comments
semoga keadilan terjadi, semua keluarga korban sabar, kami semua hanya bisa mendoakan
Curahan rasa fauji @ ..Situ Gunung Sukabumi
Al-Fatihah..salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
al-fatihah..
memang sedih kalau ada ahli kerabat keluarga yang berada dalam kapal terbang tu.
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 151 dan 152
Bulan Ramadhan kali nih memang banyak ujian diterima..banyak juga terima berita kematian kenalan terdekat..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
takde sedara pon still sedih kan bro..hurm
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Ya memang sedih. Rasa macam tak nak terima kenyataan pun ada. Tapi itulah lumrah kehidupan. Kita datang dan pergi. Takziah dan moga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
Sangat sedih dengan kejadian yang menimpa MH17..Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban
Tragedi MH17 menambah lagi satu cerita duka kepada rakyat Malaysia.. 🙁
Curahan rasa UpProfits @ ..Review 5 Artikel Terbaik Denaihati 2014
Al-FatihaH..Semoga rohnya dicucuri rahmat..
Curahan rasa eyriqazz @ ..Pengalaman Kedua Shopping di Lazada Malaysia
Al-Fatihah juga. sedih terasa walau bukan di kalangan ahli keluarga sendiri
semoga rohnya di cucuri rahmat. amin
Curahan rasa suri @ ..Seruling Syaitan !
Ya. .semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.Amin.
al fatihah..terlalu sedih untuk katakan..awak sibuk menjahait dengar radio boleh titis air mata tanpa sedar..
Curahan rasa suri @ ..Titisan Tragedi MH17 vs Sifat Mahmudah
Saya tak buka tv pun,bukan tak nak ambil peduli tapi tak sanggup tengok,terlalu sedih dengan kejadian itu
Semua media massa sibuk menceritakan berita terkini berkaitan MH17..
Curahan rasa UpProfits @ ..Review 5 Artikel Terbaik Denaihati 2014
kan..bayangkan kalau org tersayang kita ada dalam mh17 tu hmm..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
takziah untuk semua yang terkorban….konflik yang mengorbankan mereka yang tidak bersalah….
kotak hitam tu agak2nyer telus ke tidak yea… 🙁
Curahan rasa syamila @ ..Petua Rawat Sembelit
Mengapa MH17 yang jadi mangsa..sebak je rasa
Penemuan kotak hitam itu nanti mungkin boleh menjadi bukti apa yg berlaku dalam pesawat..itu pun jika bukti tidak dimusnahkan pihak tidakj bertanggungjawab..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
sama-sama kita berdoa utk yang terbaik..
takziah diucapkan..semoga roh arwah tenang di sana..
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Cerekarama TV3 : Hak
Semoga rohnya tenang disana,begitu juga mereka yang terkorban dalam mh17
Al-Fatehah buat semua korban! Bagi yang ditinggalkan tetap tabah dan ikhlas akan takdir Allah!
Curahan rasa Nuansa Pena @ ..Ayat-ayat dan Hadist Lailatul Qadr
Semoga keluarga mangsa yg terlibat tabah menghadapi ujian ini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
alfatihah untuk arwah Hasni.. Rupanya arwah adalah junior saya di MRSM Jasin. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Curahan rasa tutyrahiza @ ..Tragedi MH17 Malaysia Menangis Lagi
Satu sekolah,sikit sebanyak mesti kenal arwah.Semoga rohnya tenang disana.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hilal Azmi sedang menuju Gaza
Kadang2 rasa dunia nih betul2 kecil..apa saja berlaku sikit sebanyak akan terkait juga..sapa sangka orang yg kita kenal pun boleh terlibat dalam insiden seperti ini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya…
semoga ahli keluarga mangsa tabah menghadapinya…. Allah bersama mu..
Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya..kita diakan ahli keluarga mangsa terlibat mampu tabah menghadapi dugaan ini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Alfatihah..semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa hambaNya
Curahan rasa ila @ ..~(Testimoni) Alfalfa untuk kebahagiaan rumahtangga
Comments are closed.