Merdeka ekonomi bukan mustahil

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Merdeka, alhamdulillah Malaysia baru menyambut hari kemerdekaan yang ke 58 pada tahun ini. Kewujudan sebuah negara selama 58 tahun bukanlah suatu masa yang lama kerana masih terlalu banyak ujian bakal ditempoh. Kemerdekaan tahun ini disambut bersama perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan secara besar-besaran sehingga pendemo sanggup berkorban menempuh berbagai halangan untuk datang.

merdeka531

Persoalan yang paling besar adakah kita sudah merdeka ekonomi? Atau masih bekerja siang dan malam untuk memenuhkan kocek yang akan digunakan untuk membayar bil, hutang kad kredit, pinjaman koperasi, pinjaman kawan-kawan dan segala hutang keliling pinggang. Kita berkorban bangun pagi meredah kesesakan jalan raya pergi dan balik untuk mendapat sebulan gaji. Kita bersusah-susah bekerja hanya untuk memegang beberapa ketika hasil titik peluk gaji bulanan yang akhirnya terpaksa diserahkan kepada orang lain. Adakah itu merdeka ekonomi namanya?

Gaji guna bayar bil dan hutang setiap bulan
Gaji guna bayar bil dan hutang setiap bulan

Siapa yang tiada impian untuk mempunyai kebebasan kewangan cuma tidak ramai yang sanggup berkorban untuk mencapai cita-cita tersebut. Ramai yang sanggup bersusah-susah bekerja untuk orang lain daripada bersusah-susah bekerja untuk diri sendiri. Kita merungut setiap hari dengan kesusahan tetapi kita tidak berani melangkah ke peringkat yang lebih tinggi kerana tidak berani gagal, takut rugi berniaga, takut kena tipu dan malas nak kerja lain daripada kebiasaan. Kita tidak selesa dengan ekonomi semasa tetapi kita tidak ada kemahuan untuk memerdekakan ekonomi dari pergantungan kepada orang lain.

make money online dengan facebook

Tidak salah bekerja dengan orang lain untuk mengali pengalaman tetapi bukan selamanya menjadi pekerja pada orang lain. Pengalaman bekerja boleh digunakan untuk membina ekonomi yang merdeka dengan berbagai cara dan teknik seperti bisnis online, pelaburan hartanah, jemaah networking, usahawan facebook dan lain-lain. Cuma tidak semua berjiwa besar untuk menjadi lain membebaskan diri daripada kerja makan gaji untuk membayar bil dan hutang sepanjang hayat.

Tiada siapa yang boleh mengubah dan memerdekan diri selain diri kita sendiri kerana Merdeka ekonomi bukan mustahil. Jangan biarkan keluarga kita sengsara hanya kerana kita tidak mahu berubah mencapai matlamat kebebasan kewangan sebenar. Islam memang suka kita kerja berjemaah begitu juga untuk mencapai kemerdekaan ekonomi lebih mudah apabila kita berkerja dalam jemaah tak kisah apa pilihan kita.


Spread the love

340 Comments

  1. merdeka ekonomi kena pandai urus duit. dapat sikit belanja cara sikit kemudian simpan. dapat banyak belanja cara banyak kemudian simpan. jangan asyik asyik duk memboros aje kerja.

    Kena pandai urus duit dengan sebaik mungkin. Kena mahir bayar hutang dan bukan sekadar mahir mintak hutang dalam kehidupan masa kini. Kalo dah hutang berlambak lambak acaner nak merdeka ekonomi?
    Curahan rasa abdfatah @ ..Jika Anda Mahu Bayar Hutang Ptptn Anda Mesti Tahu Cara Percuma Tersebut. Hahh? Percuma?My Profile

  2. Salam Merdeka. Bekerja sendiri memang payah namun lepas berpenat lelah, rewards nya manis sekali. Bagi saya, yang penting kepuasan bekerja sendiri, berjimat cermat, jangan berhutang, bayar hutang cepat2 dan menyimpan untuk hari tua. Sekarang pun sedang struggle untuk menstabilkan bisnes yang baru diceburi. Dalam proses untuk memulakan semula bisnes lama juga. 🙂
    Curahan rasa Debbie Elara @ ..Bahaya Kanak-Kanak Ketagih Bermain Gadget Pintar (Dan Cara Mengatasinya)My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!