Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perayaan Deepavali memang tidak asing dengan aku sebab masa kecik-kecik dulu berjiran dengan keluarga India. Setiap kali perayaan pasti dapat merasa makan maruku dan berbagai manisan. Semasa belajar di Universiti rakan sekelas yang rapat pun India, jadi budaya India tidak terlalu asing. Kan kita 1Malaysia.
Perayaan Deepavali tidak kurang meriahnya seperti perayaan Aidil Fitri dan Tahun Baru Cina. Kalau orang Melayu menyambut Aidil Fitri sibuk dengan pelita yang dipasang sekeliling rumah, masyarakat Cina dengan tanglungnya dan masyarakat India pula dengan Kolam yang diukir indah di depan rumah.
Paling best menonton video perayaan PETRONAS yang ditunggu setiap kali perayaan oleh rakyat Malaysia. Terbaru PETRONAS menerbitkan Our Deepavali sebagai Webfilm untuk perayaan Deepavali 2013. Jom kita sama-sama saksikan video tersebut di halaman YouTube PETRONAS.
Memang nostalgia betul bila mendapat jemputan dari PETRONAS melihat persediaan menyambut perayaan Deepavali dan cara untuk membuat seni India iaitu Kolam. Kolam merupakan hiasan yang diletakkan di atas lantai di hadapan rumah. Kebiasaannya sehari sebelum hari sambutan, ahli keluarga akan menyediakan bahan-bahan seperti beras berwarna-warni yang akan digunakan untuk membuat Kolam tersebut.
Kolam seni yang indah ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu versi tradisional yang menggunakan beras putih semata-mata dan juga versi ranggoli yang menggunakan pelbagai bahan seperti kekacang, beras, dan banyak lagi. Semua bahan-bahan ini perlulah boleh dimakan oleh serangga seperti semut. Tujuan asal Kolam ini dibina adalah untuk memberi derma dalam bentuk makanan bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada serangga-serangga atau haiwan sekitar. Ini ilmu baru yang diperolehi setelah dijemput oleh PETRONAS, selama ini tak pernah tahu pun yang Kolam ini tujuannya untuk memberi derma makanan kepada serangga dan haiwan sekitar ingatkan hanya untuk hiasan bagi memeriahkan perayaan Deepavali.
Proses penyediaan Kolam ini dimulakan dengan membuat lakaran di atas lantai mengikut rekaan yang telah dirancang dengan lebih awal. Kemudian setiap bentuk lakaran akan disusun dengan beras atau bahan-bahan berwarna yang telah disediakan lebih awal. Proses ini kebiasaannya dilakukan bersama-sama ahli keluarga termasuk kanak-kanak kecil yang pastinya berminat dengan pelbagai warna yang tersedia. Ia umpama pertandingan mewarna yang biasa dilakukan menggunakan kertas dan pensil warna, tetapi ini menggunakan beras dan bahan-bahan berwarna.
Kolam ini biasanya akan dibiarkan sepanjang tempoh perayaan diraikan. Ia merupakan sejenis seni hiasan India yang telah wujud sejak sekian lama. Sehingga hari ini, Kolam ini telah menjadi bukan sekadar perhiasan india tetapi ianya juga telah menjadi hiasan untuk acara keraian yang lain.
Tahukan anda sudah menjadi tradisi turun temurun di mana pada pagi Deepavali sebelum terbit matahari, mandian minyak akan disediakan untuk seluruh ahli keluarga mereka. Mandian minyak ini menggunakan minyak linseed. Tujuan ianya dibuat adalah untuk tujuan kesihatan di mana semasa minyak ini disapu, urutan pada anggota badan akan membantu mengurangkan suhu badan. Selain itu, sentuhan antara ibu bapa dan anak-anak akan mengeratkan perhubungan kekeluargaan antara mereka. Kebiasannya mandian minyak ini diadakan setiap bulan, namun disebabkan budaya sudah berubah, aktiviti ini hanya dilakukan setahun sekali pada hari Deepavali.
Ketupat dan rendang akan dihidangkan untuk Aidil Fitri berbeza pula untuk kaum India pada perayaan Deepavali hanya makanan vegetarian atau makanan berasaskan tumbuhan yang akan dihidangkan. Pasti ramai yang tahu tradisi makanan vegetarian ini. Proses penyediaan makanan untuk jamuan meraikan perayaan Deepavali ini melibatkan banyak rempah ratus yang biasanya disediakan khusus untuk perayaan ini. Kuih-muih atau biskut manis juga disediakan sebagai lambang kehidupan yang bagus dan baik semasa perayaan ini. Kemanisan yang berkait rapat dengan kehidupan yang bahagia.
Peluang untuk menyaksikan persediaan seperti bagaimana untuk membina Kolam Ranggoli dan sebagainya untuk perayaan Deepavali ini memang sesuatu yang menarik. Semasa sekolah rendah sempat berjiran dengan keluarga hindu yang memang baik orangnya. Antara budaya yang dipelajari adalah sekiranya mereka memberikan kuih-muih atau buah-buahan. Sekiranya kita tidak mempunyai apa-apa untuk memberi balasan, kita perlu sekurang-kurangnya mengisi gula di dalam bekas tersebut. Ini sebagai lambang untuk menjayakan perhubungan yang baik antara satu sama lain.
Terima kasih kepada PETRONAS yang sudi menjemput kami.
Jangan lupa tengok hasil penggambaran ini di Channel Youtube Rasmi Petronas
67 Comments
Seronok tengok orang buat kolam tuh.. Menarik dengan beras warna warni..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Astro on the Go, untuk semua Mahasiswa Malaysia
Teringin nak melihat sendiri cara mereka membuat Kolam tu. Biasanya tengok yang dah siap di shopping mall.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
unik sekali penuh dengan warna warni,
Curahan rasa bestagaric @ ..Cara Mengobati Hernia Anak
mantab..
kreatif sekali
terima kasih atas informasinya
keren banget penuh dengan warna warni
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen Saripati manggis Jakarta
warna warni gituh
kat kampung aku tak ramai masyarakat india ,jadi peluang untuk mengenali mereka memang takda sebab kedudukan yang agak jauh antara satu sama lain.thanks bro atas perkongsian yang agak menarik ni.
Curahan rasa jaymiee @ ..Apakah punca sebenar penyakit Diabetes.
perayaan divelai tidak ada di tempat saya,tapi saya yakin pasti acaranya meriah.
Curahan rasa Bunda Firzha @ ..Cara Melakukan Diet Alami Bagi Wanita
Saya baru tahu tentang perayaan deepavali maklum orang desa biasanya cuma ketemu tanaman aja, kurang pengetahuan. saya kira kolam Ranggoli itu ya kolam yang ada airnya, ternyata kolam art ya. tambah wawasan ini, thx.
Curahan rasa Bibit Tanaman Murah @ ..Bibit Jemitri Unggul
Jadi lebih mengetahui akan tradisi perayaan semacam ini
Curahan rasa Ferry @ ..Tanda Gejala Penyebab Kanker Payudara
inilah keunikan malaysia. Saya setiap kali depavali akan cari Kolam ni. memang kagum sangat dengan seni mereka.
Curahan rasa daddydee @ ..UPSR Dapat Mini
Semoga kemeriahan perayaan sebegini di Malaysia dapat diteruskan selama-lamanya
Curahan rasa Klinik Cinta @ ..Doa Putus Cinta
malaysia memang best. ada banyak perayaan yang menarik dan unik.
Curahan rasa encik bakul @ ..Sudah RM2000++ duit yang saya dapat dari Jobdirumah.
Seronok pula tengok mereka buat itu semua, inilah kelebihan Malaysia ada berbagai kaum setiap perayaan kita pun terasa sekali
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Cara Beli Rumah Lelong
Comments are closed.