Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perayaan Deepavali memang tidak asing dengan aku sebab masa kecik-kecik dulu berjiran dengan keluarga India. Setiap kali perayaan pasti dapat merasa makan maruku dan berbagai manisan. Semasa belajar di Universiti rakan sekelas yang rapat pun India, jadi budaya India tidak terlalu asing. Kan kita 1Malaysia.
Perayaan Deepavali tidak kurang meriahnya seperti perayaan Aidil Fitri dan Tahun Baru Cina. Kalau orang Melayu menyambut Aidil Fitri sibuk dengan pelita yang dipasang sekeliling rumah, masyarakat Cina dengan tanglungnya dan masyarakat India pula dengan Kolam yang diukir indah di depan rumah.
Paling best menonton video perayaan PETRONAS yang ditunggu setiap kali perayaan oleh rakyat Malaysia. Terbaru PETRONAS menerbitkan Our Deepavali sebagai Webfilm untuk perayaan Deepavali 2013. Jom kita sama-sama saksikan video tersebut di halaman YouTube PETRONAS.
Memang nostalgia betul bila mendapat jemputan dari PETRONAS melihat persediaan menyambut perayaan Deepavali dan cara untuk membuat seni India iaitu Kolam. Kolam merupakan hiasan yang diletakkan di atas lantai di hadapan rumah. Kebiasaannya sehari sebelum hari sambutan, ahli keluarga akan menyediakan bahan-bahan seperti beras berwarna-warni yang akan digunakan untuk membuat Kolam tersebut.
Kolam seni yang indah ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu versi tradisional yang menggunakan beras putih semata-mata dan juga versi ranggoli yang menggunakan pelbagai bahan seperti kekacang, beras, dan banyak lagi. Semua bahan-bahan ini perlulah boleh dimakan oleh serangga seperti semut. Tujuan asal Kolam ini dibina adalah untuk memberi derma dalam bentuk makanan bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada serangga-serangga atau haiwan sekitar. Ini ilmu baru yang diperolehi setelah dijemput oleh PETRONAS, selama ini tak pernah tahu pun yang Kolam ini tujuannya untuk memberi derma makanan kepada serangga dan haiwan sekitar ingatkan hanya untuk hiasan bagi memeriahkan perayaan Deepavali.
Proses penyediaan Kolam ini dimulakan dengan membuat lakaran di atas lantai mengikut rekaan yang telah dirancang dengan lebih awal. Kemudian setiap bentuk lakaran akan disusun dengan beras atau bahan-bahan berwarna yang telah disediakan lebih awal. Proses ini kebiasaannya dilakukan bersama-sama ahli keluarga termasuk kanak-kanak kecil yang pastinya berminat dengan pelbagai warna yang tersedia. Ia umpama pertandingan mewarna yang biasa dilakukan menggunakan kertas dan pensil warna, tetapi ini menggunakan beras dan bahan-bahan berwarna.
Kolam ini biasanya akan dibiarkan sepanjang tempoh perayaan diraikan. Ia merupakan sejenis seni hiasan India yang telah wujud sejak sekian lama. Sehingga hari ini, Kolam ini telah menjadi bukan sekadar perhiasan india tetapi ianya juga telah menjadi hiasan untuk acara keraian yang lain.
Tahukan anda sudah menjadi tradisi turun temurun di mana pada pagi Deepavali sebelum terbit matahari, mandian minyak akan disediakan untuk seluruh ahli keluarga mereka. Mandian minyak ini menggunakan minyak linseed. Tujuan ianya dibuat adalah untuk tujuan kesihatan di mana semasa minyak ini disapu, urutan pada anggota badan akan membantu mengurangkan suhu badan. Selain itu, sentuhan antara ibu bapa dan anak-anak akan mengeratkan perhubungan kekeluargaan antara mereka. Kebiasannya mandian minyak ini diadakan setiap bulan, namun disebabkan budaya sudah berubah, aktiviti ini hanya dilakukan setahun sekali pada hari Deepavali.
Ketupat dan rendang akan dihidangkan untuk Aidil Fitri berbeza pula untuk kaum India pada perayaan Deepavali hanya makanan vegetarian atau makanan berasaskan tumbuhan yang akan dihidangkan. Pasti ramai yang tahu tradisi makanan vegetarian ini. Proses penyediaan makanan untuk jamuan meraikan perayaan Deepavali ini melibatkan banyak rempah ratus yang biasanya disediakan khusus untuk perayaan ini. Kuih-muih atau biskut manis juga disediakan sebagai lambang kehidupan yang bagus dan baik semasa perayaan ini. Kemanisan yang berkait rapat dengan kehidupan yang bahagia.
Peluang untuk menyaksikan persediaan seperti bagaimana untuk membina Kolam Ranggoli dan sebagainya untuk perayaan Deepavali ini memang sesuatu yang menarik. Semasa sekolah rendah sempat berjiran dengan keluarga hindu yang memang baik orangnya. Antara budaya yang dipelajari adalah sekiranya mereka memberikan kuih-muih atau buah-buahan. Sekiranya kita tidak mempunyai apa-apa untuk memberi balasan, kita perlu sekurang-kurangnya mengisi gula di dalam bekas tersebut. Ini sebagai lambang untuk menjayakan perhubungan yang baik antara satu sama lain.
Terima kasih kepada PETRONAS yang sudi menjemput kami.
Jangan lupa tengok hasil penggambaran ini di Channel Youtube Rasmi Petronas
67 Comments
Bersyukurlah kita dikurniakan masyarakat berbilang kaum. Situasi ini hanya dapat dilihat di Malaysia sahaja.. 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Macam cantik je, macam comel je dah keluar lagu versi islamik
Beras warna-warni, bentuk sajian yang indah.
rumah mak ayah kat Seremban pun berjiran dengan jiran India juga , memang selalu dapat maruku…hehe
Curahan rasa papa mifz @ ..Super Super Hero Yang Cedera
pasti seru banget tuh yaaa perayaan nya 🙂
memang kesenian itu perlu diperdalam agar tidak dilupakan 🙂
jangan lupa yaa blogwalking balik 🙂 😉
Curahan rasa Resep Masakan @ ..10 Makanan Sehat untuk Berat Badan Ideal
Dulu masa kecil-kecil ada juga pergi ‘beraya’ di rumah jiran Hindu. Masih ingat akan kuih bulat daripada kacang dal. Kerasnya kalau baling ke dinding playwood, boleh pecah dinding. Kuih ni kena bawa balik rumah, ketuk dengan penukul baru boleh makan. Rasanya sedap. Dah tak jumpa kuih ini.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rokok Oh Rokok
perayaan tu x sambut sangat…
cuma tengok sambutan je..
ehehehee
Curahan rasa mie @ ..Promosi Terbang Murah Bersama Malindo Air
kita kn 1malaysia…kne sambut semua perayaan 😉
Curahan rasa OH Ping Blog @ ..NGAP SAYOT BUJANG SENANG IKAT AKMAL RIZAL RAKHLI
Rakyat yang hidup harmoni akan menjamin kesejahteraan Malaysia..
Curahan rasa kakiblog @ ..Blogger aka Pegawai Pemasaran
dulu masa sambut kat sekolah dulu-dulu..memang best.
Curahan rasa titan @ ..Majlis Tautan Muhibbah DPIM – Makassar dan Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar
Kesenian menghasilkan kolam unik. Perayaan Deepavali disambut dengan tona warna warni menasik perhatian.
saya tahunya hari raya holy apa sama dengan deepali ini ya karena banyak warna-warni juga yang di lemparkan kepada orang lain
Curahan rasa munir ardi @ ..Makanan Bergizi untuk Wanita Hamil
waa.. tak sangka altimate join deepavali.. meriah tu.. 😀
kita hidup dlm satu negara, pelbagai bangsa, pelbagai cara.
lebih elok kita saling mengetahui pasal adat resam mereka.
betul sangat tu. lebih faham, lebih hormat, dan mungkin dapat elakkan salah sangka antara semua bangsa.
Curahan rasa Denaihati @ ..Menangi RM100,000 sambil memandu bersama selebriti kegemaran
macam2 design kolam tuh, hormati perayaan kaum lain
Curahan rasa encikarman @ ..Betul ke harga power bank ni? Atau ada lagi murah..
Oooo.. Baru tahu kolam tu ada tujuan, ingatkan lepas buat, semua tu kena buang. Thanx for sharing! 🙂
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Tips Pam Susu Untuk Ibu Berkerja
Comments are closed.