Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perayaan Deepavali memang tidak asing dengan aku sebab masa kecik-kecik dulu berjiran dengan keluarga India. Setiap kali perayaan pasti dapat merasa makan maruku dan berbagai manisan. Semasa belajar di Universiti rakan sekelas yang rapat pun India, jadi budaya India tidak terlalu asing. Kan kita 1Malaysia.
Perayaan Deepavali tidak kurang meriahnya seperti perayaan Aidil Fitri dan Tahun Baru Cina. Kalau orang Melayu menyambut Aidil Fitri sibuk dengan pelita yang dipasang sekeliling rumah, masyarakat Cina dengan tanglungnya dan masyarakat India pula dengan Kolam yang diukir indah di depan rumah.
Paling best menonton video perayaan PETRONAS yang ditunggu setiap kali perayaan oleh rakyat Malaysia. Terbaru PETRONAS menerbitkan Our Deepavali sebagai Webfilm untuk perayaan Deepavali 2013. Jom kita sama-sama saksikan video tersebut di halaman YouTube PETRONAS.
Memang nostalgia betul bila mendapat jemputan dari PETRONAS melihat persediaan menyambut perayaan Deepavali dan cara untuk membuat seni India iaitu Kolam. Kolam merupakan hiasan yang diletakkan di atas lantai di hadapan rumah. Kebiasaannya sehari sebelum hari sambutan, ahli keluarga akan menyediakan bahan-bahan seperti beras berwarna-warni yang akan digunakan untuk membuat Kolam tersebut.
Kolam seni yang indah ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu versi tradisional yang menggunakan beras putih semata-mata dan juga versi ranggoli yang menggunakan pelbagai bahan seperti kekacang, beras, dan banyak lagi. Semua bahan-bahan ini perlulah boleh dimakan oleh serangga seperti semut. Tujuan asal Kolam ini dibina adalah untuk memberi derma dalam bentuk makanan bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada serangga-serangga atau haiwan sekitar. Ini ilmu baru yang diperolehi setelah dijemput oleh PETRONAS, selama ini tak pernah tahu pun yang Kolam ini tujuannya untuk memberi derma makanan kepada serangga dan haiwan sekitar ingatkan hanya untuk hiasan bagi memeriahkan perayaan Deepavali.
Proses penyediaan Kolam ini dimulakan dengan membuat lakaran di atas lantai mengikut rekaan yang telah dirancang dengan lebih awal. Kemudian setiap bentuk lakaran akan disusun dengan beras atau bahan-bahan berwarna yang telah disediakan lebih awal. Proses ini kebiasaannya dilakukan bersama-sama ahli keluarga termasuk kanak-kanak kecil yang pastinya berminat dengan pelbagai warna yang tersedia. Ia umpama pertandingan mewarna yang biasa dilakukan menggunakan kertas dan pensil warna, tetapi ini menggunakan beras dan bahan-bahan berwarna.
Kolam ini biasanya akan dibiarkan sepanjang tempoh perayaan diraikan. Ia merupakan sejenis seni hiasan India yang telah wujud sejak sekian lama. Sehingga hari ini, Kolam ini telah menjadi bukan sekadar perhiasan india tetapi ianya juga telah menjadi hiasan untuk acara keraian yang lain.
Tahukan anda sudah menjadi tradisi turun temurun di mana pada pagi Deepavali sebelum terbit matahari, mandian minyak akan disediakan untuk seluruh ahli keluarga mereka. Mandian minyak ini menggunakan minyak linseed. Tujuan ianya dibuat adalah untuk tujuan kesihatan di mana semasa minyak ini disapu, urutan pada anggota badan akan membantu mengurangkan suhu badan. Selain itu, sentuhan antara ibu bapa dan anak-anak akan mengeratkan perhubungan kekeluargaan antara mereka. Kebiasannya mandian minyak ini diadakan setiap bulan, namun disebabkan budaya sudah berubah, aktiviti ini hanya dilakukan setahun sekali pada hari Deepavali.
Ketupat dan rendang akan dihidangkan untuk Aidil Fitri berbeza pula untuk kaum India pada perayaan Deepavali hanya makanan vegetarian atau makanan berasaskan tumbuhan yang akan dihidangkan. Pasti ramai yang tahu tradisi makanan vegetarian ini. Proses penyediaan makanan untuk jamuan meraikan perayaan Deepavali ini melibatkan banyak rempah ratus yang biasanya disediakan khusus untuk perayaan ini. Kuih-muih atau biskut manis juga disediakan sebagai lambang kehidupan yang bagus dan baik semasa perayaan ini. Kemanisan yang berkait rapat dengan kehidupan yang bahagia.
Peluang untuk menyaksikan persediaan seperti bagaimana untuk membina Kolam Ranggoli dan sebagainya untuk perayaan Deepavali ini memang sesuatu yang menarik. Semasa sekolah rendah sempat berjiran dengan keluarga hindu yang memang baik orangnya. Antara budaya yang dipelajari adalah sekiranya mereka memberikan kuih-muih atau buah-buahan. Sekiranya kita tidak mempunyai apa-apa untuk memberi balasan, kita perlu sekurang-kurangnya mengisi gula di dalam bekas tersebut. Ini sebagai lambang untuk menjayakan perhubungan yang baik antara satu sama lain.
Terima kasih kepada PETRONAS yang sudi menjemput kami.
Jangan lupa tengok hasil penggambaran ini di Channel Youtube Rasmi Petronas
67 Comments
nampak mcm mudah tapi payah gk buat kolam ni..dulu2 terfikir gk apakebenda kolam ni..haha
Curahan rasa JMR @ ..#DayyanHarith – Rasa Gayat Bayi
Info yang menarik. Baru tahu yg kolam tu jugak bertujuan utk haiwan2.
Terima kasih tuan DH berkongsi info menarik.
Curahan rasa hafizmd @ ..Nak Pikat Hati Suami? Cuba 5 Teknik Tak Terkalah Ini!
Memang suka amik gambar KOLAM nie kalau nampak di mana-mana…. cuma dapat tahu dari rakan india yang diorang tak sambut Deepavali kalau ada kematian ahli keluarga….
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Bonjour Garden Bakery Cafe INTERMARK MALL
Kita satu Malaysia… Saling hormat-menghormati budaya dan adat resam kaum lain di Malaysia….
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Terbaru Isteri saya Di Akhbar Harian Metro… Syukur Alhamdulillah….
Memang cantik la hiasan kolam tu. Anak saya pun suka tengok
Curahan rasa Farid Adam @ ..Seminar Sublet Yang Serius Tapi Santai
Tak pernah lagi berkesempatan join orang celebrate hari deepavali…Kolam tue, dilekat ke or just dibiarkan macam tue je. Kalau kene angin kan beras tue boleh bergerak..
Curahan rasa Joe @ ..Komisyen Ke-55 Dari Jobdirumah
mandian minyak tu dia guna minya kelapa ke
Curahan rasa blogger lelaki @ ..UPSR 5A Dapat Hadiah Mini Cooper
diorang mandi menggunakan minyak linseed bro.
Curahan rasa Eizil @ ..Cukai perkhidmatan dan duit syiling 5 sen
Nice Post, i like this Article, Thanks for sharing this wonderful article.
bermacam budaya dan pelbagai cara sambutan
Curahan rasa zool @ ..KLIMS 13 : Nissan Leaf launched in Malaysia
belum pernah berjiran denga kaum india.. unik sungguh mereka memnina kolam yang bewarna warni itu..
Curahan rasa Mizz Aiza @ ..Orang yang dicintai oleh Allah SWT
Terima kasih atas maklumat ini. Saya pun baru tahu tujuan kolam ini dibuat. Ingat hanya sebagai perhiasan sahaja. Tak ada pengalaman berjiran dengan keluarga India. Terima kasih.Memang syok video daripada Petronas. Saya memang tunggu setiap kali perayaan 🙂
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Sistem Jualan Pro Rahman Basri
Kalau tak kerana jemputan dari Petronas ni memang tak tahu makna sebenar kolam tu sebenarnya untuk MEMBERI tu lah kehebatan MEMBERI ni.
Time Deepavali ni yang seronok time bebudak dulu bila beraya rumah member India ni kat Ipoh. Mak dia buat muruku sedap. Rasa macam nak buat balik je muruku dalam bekas kuih tu.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Hujan Pagi
yang penting tetap damai.. Peace
Sangat beragam Budaya yang ada
Masing-masing ada budayanya tersendiri..
Curahan rasa hafiz @ ..Fenomena kereta mini Tamiya
Kita beruntung ada perbagai bangsa di negara kita, pelbagai budaya dapat belajar dan fahami,
Curahan rasa Denaihati @ ..Menangi RM100,000 sambil memandu bersama selebriti kegemaran
Comments are closed.