Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur hasrat hati menjejaki kaki ke bumi Palestine akhirnya menjadi kenyataan. Segalanya bermula setelah mendapat pelawaan dari seorang sahabat yang juga tokey Zahafiz Travel sdn bhd. Pada mula nak pergi dengan abang yang baru tamat peperiksaan SPM tapi dengan izin Allah dapat bawa semua ahli kelurga untuk merasai pahit jerih saudara seIslam di Palestine dan menziarahi tapak sejarah peninggalan para Nabi terdahulu.
Kami meninggalkan KLIA pagi 18/12 pada jam 8.30 am sejam lebih awal dari group blogger yang akan Kemboja. Penerbangan kami selama lebih kurang tujuh jam transit tiga jam di Muscat International Airport, Oman. Pertama kali kami jejak kaki di Oman walaupun hanya beberapa jam.
Pesawat Oman Air meneruskan penerbangan selama lebih tiga jam dan mendarat di Lapangan Terbang Antrabangsa Queen Alia pada jam 6.30 pm waktu tempatan. Alhamdulillah urusan imigresen mudah dengan bantuan travel agent yang sudah menunggu. Cuaca di Amman Jordan memanglah sejuk dan sajli di sana sini. Kami beruntung kerana 3 hari sebelum ini berlaku ribut salji alexa yang paling teruk di Jordan sejak 1990. Ketebalan salji meliputi jalan raya sehingga 1.5 meter.
Kami menginap di Hotel Ocean di tengah-tengah kota Amman. Alhamdulillah bilik pun bagus untuk kami berehat 13 jam sebelum bergerak ke Juruselam. Musim sejuk maghrib awal jam 5.35 pm dan suboh seperti biasa jam 6.45 am jadi kami ada malam yang panjang untuk berehat.
Tepat jam 7 am kami sudah berkumpul untuk sarapan sebelum bergerak ke Jambatan King Hussein di Allenby untuk memasuki sempadan Israel dan meneruskan perjalanan Baitulmuqadis. Perjalanan ke sempadan lancar. Doakan semuga perjalanan kami ke Baitulmuqadis Allah permudahkan. Pemeriksaan di Allenby memanglah sangat ketat mungkin yang paling ketat di dunia.
Gambar lain yang menarik sepanjang Menjejaki Baitulmuqadis melalui Jordan
[customgallery]
50 Comments
Sesuatu yang istimewa dapat berada disana.
Curahan rasa akubiomed @ ..Petik buah Strawberry di Genting Strawberry Leisure Farms
Seronok tu bro,saya pun teringin ke situ
Curahan rasa wazy @ ..Minggu Yang Sibuk
Alhamdulillah & tahniah. Mesti pengalaman yang sangat menarik dan bermakna.
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Bagaimana Sel Dan Tisu Badan Membesar
alhamdulillah bisa menginjak kaki di palestine, ada salju ya
Curahan rasa Obat Alternatif Tumor Payudara @ ..Obat Alternatif Stroke Ringan
Ehh palastin ada salji gak ek..tak tahu lah sebelum ni..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Pakej Internet Sim Kad ToneExcel
best nyer dapat jalan ke sana, siap salji tuh, mesti kenangan manis kan
Curahan rasa Juan @ ..Beli Kain Pelikat Pants Afdlin Shauki Online
Alhamdulillah..moga² kami yang belum pernah menjejakkan kaki di sana dapat juga peluang seperti tuan insyaAllah..
Curahan rasa Shah Perodua @ ..Shah wrote a new post, Perodua Alza 2014 sedia untuk tempahan!
Sangat beruntung tuan dapat melancong ke tanah para anbia..
Curahan rasa kakiblog @ ..Review Blog Khairulasrol.com
insya Allah saya juga berminat untuk datang ke sana
Curahan rasa kakiblog @ ..Menjejaki 15 Blog Mesra Pembaca (Kisah 1)
Wah! bestnya dapat pergi tempat yang penuh dengan sejarah Islam.
Curahan rasa Bahrain @ ..Makanan Di Pesawat AirAsia
Semoga selamat semuanya dalam perjalanan dan selamat juga kembali nanti…Insyaallah!
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..Tips pengurusan pelanggan yang sedang marah
untungnya dapat ke sana. nak sangat pergi, 1 hari nanti InsyaAllah. Best tak dapat tengok salji tak disangka-sangka tu? hihihi
Curahan rasa Lizz @ ..STOK TERBARU AL-QURAN PELANGI MURAH
Pengalaman yang tidak dapat dirasai oleh ramai orang..semoga urusan tuan selamat semuanya..
Curahan rasa Mohd Yazed @ ..Tema Program
Perbanyak foto tentang bangunan islam bersejarah, sebagai obat keinginan kesana yang belum tersampaikan!
Curahan rasa Nuansa Pena @ ..Meraih Aura Kebahagiaan dalam Kehidupan
Tahniah buat tuan DH…semoga selamat sampai dan selamat pulang ke tanahair dalam keadaan selamat. Ambil gambar byk2 dan kongsi kepada rakan2 di Malaysia bila kembali nanti.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Keputusan Malaysia vs Indonesia Semi Final Bolasepak Sukan SEA Myanmar 2013
Salam..Tuan DH, bolehlah bawa balik sajli boleh seketul kata kita orang di sini.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Keputusan Malaysia vs Indonesia Semi Final Bolasepak Sukan SEA Myanmar 2013
Comments are closed.