Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur hasrat hati menjejaki kaki ke bumi Palestine akhirnya menjadi kenyataan. Segalanya bermula setelah mendapat pelawaan dari seorang sahabat yang juga tokey Zahafiz Travel sdn bhd. Pada mula nak pergi dengan abang yang baru tamat peperiksaan SPM tapi dengan izin Allah dapat bawa semua ahli kelurga untuk merasai pahit jerih saudara seIslam di Palestine dan menziarahi tapak sejarah peninggalan para Nabi terdahulu.
Kami meninggalkan KLIA pagi 18/12 pada jam 8.30 am sejam lebih awal dari group blogger yang akan Kemboja. Penerbangan kami selama lebih kurang tujuh jam transit tiga jam di Muscat International Airport, Oman. Pertama kali kami jejak kaki di Oman walaupun hanya beberapa jam.
Pesawat Oman Air meneruskan penerbangan selama lebih tiga jam dan mendarat di Lapangan Terbang Antrabangsa Queen Alia pada jam 6.30 pm waktu tempatan. Alhamdulillah urusan imigresen mudah dengan bantuan travel agent yang sudah menunggu. Cuaca di Amman Jordan memanglah sejuk dan sajli di sana sini. Kami beruntung kerana 3 hari sebelum ini berlaku ribut salji alexa yang paling teruk di Jordan sejak 1990. Ketebalan salji meliputi jalan raya sehingga 1.5 meter.
Kami menginap di Hotel Ocean di tengah-tengah kota Amman. Alhamdulillah bilik pun bagus untuk kami berehat 13 jam sebelum bergerak ke Juruselam. Musim sejuk maghrib awal jam 5.35 pm dan suboh seperti biasa jam 6.45 am jadi kami ada malam yang panjang untuk berehat.
Tepat jam 7 am kami sudah berkumpul untuk sarapan sebelum bergerak ke Jambatan King Hussein di Allenby untuk memasuki sempadan Israel dan meneruskan perjalanan Baitulmuqadis. Perjalanan ke sempadan lancar. Doakan semuga perjalanan kami ke Baitulmuqadis Allah permudahkan. Pemeriksaan di Allenby memanglah sangat ketat mungkin yang paling ketat di dunia.
Gambar lain yang menarik sepanjang Menjejaki Baitulmuqadis melalui Jordan
[customgallery]
50 Comments
Ternyata di Timur Tengah turun salju juga ya
Curahan rasa Abi Bewara @ ..Kilas Balik Yahoo 2013
Alhamdulillah…tuan haji telah bisa menjejaki di tanah Nabi ketika melakukan Mi’raj, semoga berkah dan selalu dimudahkan perjalanan tuan sekeluarga.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Mencuri Artikel Lebih Baik Daripada Copy Paste
rasa mahu juga menjejak ke Baitulmuqadis
Curahan rasa onlajer @ ..Kerajaan Kempen Anti Rokok Mu Gagal
Banyak media yang menyoroti turunnya salju di timur tengah ini. Sebelumnya saya pikir hanya hoax, ternyata benar ya dan Tuan DH sudah membuktikannya sendiri
Semoga perjalanan ke rumah Allah SWT berjalan lancar dan sukses 🙂
Curahan rasa Rina @ ..How To Create Page View Hit Counter Code Using PHP Script
di sana pun dah turun salji ya….sebelum ni jarang sangat dengar sana turun salji….
Curahan rasa asraff @ ..Karnival Kerjaya Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur 21 dan 22 Disember 2013
Tengah musim salji dekat sana sekarang ni… Bestnya.. Bila agaknya dapat peluang saya pergi ke sana…
Curahan rasa Anuar @ ..Memborong buku Selama 2 Jam Di Big Bad Wolf Book Sale
Perjalanan yang menyenangkan sekaligus bermakna pastinya. Wah kapan ya saya bisa sampai ke sana… 🙂
Curahan rasa hybrid cars @ ..The Basics Of The Electric Bike part 1
Gembira saya dapat jumpa tuan di airport tempohari….. semoga perjalanan dan pengembaraan kali ini dipermudahkan segala urusan
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMANFADZIL.COM masuk dalam Harian Metro
Alhamdulillah, tumpang seronok dapat tengok gambar pergi ke bumi yang penuh dugaan tersebut. Antara mendengar cerita dengan mata yang melihat sendiri, tentulah jauh perbezaan rasa yang terpahat di hati.
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..5 Cara Meningkatkan Kadar Metabolisma
masa untuk menikmati pengembaraan yang cukup berharga..
Curahan rasa KiD @ ..Pandang Pertama Kemboja
semoga dipermudahkan perjalan DH dan keluarga…
Curahan rasa Mama I.A @ ..5 Sebab Perlu Jadi Ahli Shaklee Dengan Segera
semoga selamat pergi dan selamat pulang. banyak citer menarik yang boleh dikongsikan dengan pembaca nanti
harap satu hari dapat travel around the world dengan di mulakan perjalanan ke mekkah 🙂
Curahan rasa Zuan @ ..Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru
Moga tuan sekeluarga dipermudahkan perjalanan dan urusan di sana
Curahan rasa sohoque @ ..Dinner Bersama AllDay Media Di Mukha Cafe Taman Tun Dr Ismail
perjalanan yang menarik dan mencabar
moga beroleh segala kebaikkan dan berkesudahan yang baik baik
amin Ya Allah
Comments are closed.