Menggunakan custom url dalam Google plus

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada 30 Oktober yang lalu, aku menerima email daripada google menyatakan aku sudah boleh mendapatkan custom url untuk profile Google+ aku. Isi kandungan email tersebut turut menyatakan custom url yang boleh aku gunakan. Google menggunakan nama penuh aku sebagai custom url tersebut.

Custom url untuk profile google plus
paparan email pemberitahuan mengenai custom url

Pada mulanya aku berhajat untuk menukarkan custom url tersebut kepada nickname aku yang lebih ringkas iaitu Eizil, aku telah hantar request kepada Google untuk menukarkan custom url tersebut, namun selepas beberapa jam berfikir mengenai perancangan jangka masa panjang. Aku memilih untuk mengekalkan custom url yang telah dicadangkan oleh Google.

Sekiranya anda masih belum menerima fungsi custom url ini, tetapi ingin mendapatkannya, boleh ikuti langkah berikut.

Langkah mendapatkan custom url Google+ untuk profil peribadi

Antara perkara penting yang akaun ada perlu ada,

  • Akaun anda mesti sekurang-kurangnya berusia 1 bulan.
  • Profil anda perlu menggunakan gambar dengan muka sebenar.
  • Akaun tersebut perlu mempunyai sekurang-kurangnya 10 pengikut.

Maklumat tambahan, bukan semua akaun akan menerima fungsi untuk mengubahsuai custom url seperti yang aku telah terangkan dalam perenggan di atas. Hanya akaun-akaun yang aktif dan mempunyai ramai pengikut yang akan diberi peluang untuk menukar custom url tersebut, jika tidak, anda hanya boleh menerima custom url yang Google telah cadangkan.

langkah-langkah mendapatkan custom url Google+ untuk halaman jenama/perniagaan

Untuk mendapatkan custom url untuk halaman jenama/perniagaan di Google+, prosesnya agak panjang, anda boleh rujuk tutorial lengkap yang disediakan oleh Techwalls di pautan berikut.

Anda sudah ada akaun Google plus .. kalau sudah ada jangan lupa untuk tambah Profil Google Plus Denaihati dan Halaman Google Plus Denaihati Network ke dalam akaun anda.

Kepada Rakan Blogger penting sangat ada akaun Google Plus ini untuk mempromosi entri terbaru pasti Google lebih suka.


Spread the love

101 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!