Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila dua keluarga kaki travel berjumpa memang tiada apa yang nak diceritakan melainkan berkongsi kisah suka duka mengembara di negara orang. Mengembara di negara orang memang suatu pengalaman yang tidak dapat dinukilkan dalam sebuah entri blog selain merasai sendiri cabarannya. Ramai yang ketagih dengan keseronokan mengembara untuk melihat sendiri dunia yang penuh dengan kepelbagaian bangsa dan keindahan alam ciptaan ALLAH.
Mengembara di negara orang bukan semudah dan seindah yang disangka kerana banyak cabaran yang perlu dilalui. Aku dan sahabat-sahabat pernah berlapar berjam-jam ketika kali pertama menjejaki kaki di Paris kerana mencari kedai makan halal. Begitu juga ketika pertama kali aku berada di Hong Kong, tiga hari hanya makan buah dan maggie yang dibawa sebagai bekalan. Aku juga pernah di tahan lebih sejam di lapangan terbang Macau, diperiksa luar dalam dan akhirnya kata pegawai polis hanya pemeriksaan biasa.
Kami sekeluarga pernah hampir dihalang masuk ke Pekanbaru apabila ditahan di Bandara Syarif Kassim ll Pekanbaru kerana katanya passport kurang daripada enam bulan sedangkan jelas sekali passport masih aktif untuk lapan bulan lagi. Ramai juga sahabat yang terkandas di imigresin atas berbagai sebab yang kekadang tidak munasabah. Sebagai pengembara muslim yang suka bermusafi di negara orang tips paling baik adalah membawa file khas dengan semua tempahan bilik hotel, sewa kereta dan tiket pesawat untuk ditunjukkan kepada pegawai imigresen di negara yang ada lawati sekiranya perlu.
Pengalaman paling tidak dapat dilupakan apabila ditahan berjam-jam ketika masuk dan keluar di imigresen Israel ketika kami menjejaki kali pertama bumi Baitulmuqqadis untuk menziarahi Masjid Al Aqsa dan Dome of the Rock. Pengalaman mengembara di Tebing Barat Palestine sehingga ke Tel Aviv dan Tiberia menjejaki bumi akhir zaman memang satu pengalaman paling mencabar yang tidak terlawan dengan mana-mana kembara sebelum dan selepas ini. Bayangkan anda melawat lokasi yang bakal berlaku peristiwa akhir zaman yang telah tercatat di dalam Al Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW pasti bergetar jiwa melihatnya.
Bila sahabat aku bertanya kemana pulak rancangan kembara yang akan datang. Pasti aku teringat PM aku dengan seorang travel blogger seorang ini. Akhir tahun 2014 ketika aku menjemput beliau untuk hadir seminar anjuran Denaihati Network dengan selamba dia berkata dia sedang berada di Chile setelah mengembara di Argentina dan Brazil. Kalau dulu New Zealand dan kini Amerika selatan memang lokasi kembara impian aku suatu hari nanti.
Untuk melalui semua cabaran ketika mengembara bukan perlu tunggu anda jadi kaya raya kerana pengembara seperti The Big Small Boy dan ramai lagi pengembara di dunia adalah orang biasa-biasa sahaja. Setiap kemahuan pasti ada jalannya kepada mereka yang mencari cabaran dalam hidup. Kepada kaki kembara muslim jangan lupa sempurnakah kewajiban ziarah rumah ALLAH di Mekah dan ziarah Rasulullah SAW di Madinah sebelum meneroka dunia. Banyak lagi kisah kembara Denaihati di Denai.my untuk bacaan semua.
62 Comments
salah satu impian saye nak kembara dunia…sebab pelajaran yang kite dapat dari mengembara ni sangat mahal, tulis berpuluh-puluh buku cerita pun tak same dengan experience sendiri
Curahan rasa huda @ ..Harga Runtuh ESP Shaklee
Memang cita-cita saya nak mengembara ke negara org… apa-apapun wajib pergi ketanah suci Mekah dulu…semoga ada rezeki untuk saya
Curahan rasa Azura MZaki @ ..Cara Membezakan Madu Asli dan Tiruan
Sambil2 mengembara kat negara orang, kita masih lagi boleh layan movie / drama negara kita secara online kat sini –> http://mytontontube.blogspot.com
Curahan rasa nurulsham @ ..Isteri Separuh Masa (2015) – Full Episode
fuhh..memang rajin mengembara nih.
sekarang ni tak leh jalan jejauh..kena jaga bini dulu..
Curahan rasa titan @ ..JBT sebagai Pakej Pelancongan PILIHAN ke Jepun
Pernah juga mengembara atas urusan kerja di Hong Kong, SIngapura dan India. Sekarang ni dah lama tak pergi travell jauh-jauh…Ada juga dalam perancangan akan datang..
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Webinar Percuma Gobala Krishnan
tentu sangat bertuah dapat melancong di negara orang kerana orang kata..jauh berjalan maka luas pandangan
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Petua Buat Orang Suka Dengan Kita
Banyak juga cabaran dan halangan..Baru boleh sampai…kalau tidak berani baik lupakan dan mengembara di Malaysia sahaja..
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Webinar Percuma Gobala Krishnan
kalau mengembara di Malaysia kurang mencabar kecuali nak pergi ke kawasan pendalaman ..jerun,gunung dan lurah
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Panduan Supaya Orang Suka Kita
Yang paling mencabar mungkin kena panjat gunung..Kalau tak betul caranya boleh sesat OOoooo.. Yang penting persediaan dari segi mental dan ilmu
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Webinar Percuma Gobala Krishnan
Tersekat di sempadan israel tu mendebarkan kot. Mereka saje je mencari alasan utk elak kita ke sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Kenalpasti Milo Asli dan Tiruan
Jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengalaman. Pengalaman memang guru yang paling baik.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Kisah Satu Ringgit
hu..hu..saya suka kepada kenyataan bahawa pengalaman adalah guru terbaik buat kita
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Petua Buat Orang Suka Dengan Kita
Pengalaman sebegini memang sukar diperoleh andai kita sendiri tidak pernah mengembara. Walaupun ada sesetengah perkara yang mampu membuatkan kita bengang, tapi bila difikirkan kembali, ia adalah antara sebahagian asam garam hidup berkelana. Mengembara ini kadangkala buatkan kita ‘sakit’ tapi pada masa yang sama amat mengujakan.
Curahan rasa Sylarius Yusof @ ..Memulaukan Diri Sendiri dari Rakan Sekerja
Betul tu masa mengadap cabaran tu memang rasa macam serik je tapi bila dah lepas memang mengalaman yg melekat dalam jiwa.
Curahan rasa denaihati @ ..Harga kerja seorang blogger
Jauh berjalan luas permandangan.
Kalau sudah masuk ke rumah orang memang tak lari daripada berada dalam perhatian mereka
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..ELAK Makanan Ibu Hamil INI Semasa Mengandung! PANTANG
Setuju sesangat dengan kata-kata akhir bro dH… Tunaikan kewajopan ziarah rumah Allah dahulu.. baru lah teroka tempat-tempat lain.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!
Teringat juga pengalaman saya semasa di airport Sydney. Bagasi diperiksa berjam2 sebelum dilepaskan. Rasa serik juga nak pegi Sydney lagi.
Curahan rasa NFH @ ..Tips Mencegah Dan Merawat Jerawat Dari Pakar Kulit
Seronok dapat mengembara ni.
Pengalaman tu yang mahal, tak dijual dimana mana.
Curahan rasa Julia Mahir @ ..Hippopo Baby Spa & Wellness, Queensbay Mall, Penang
Betul tu pengalaman adalah guru termahal tak terbanding dengan wang ringgit.
Curahan rasa denaihati @ ..Hidup tanpa cabaran tiada makna
bercuti ke luar negara mmg banyak dugaannya. takut apa apa jadi. susah juga berada di negara orang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Kenalpasti Milo Asli dan Tiruan
di tempat orang perlu tahu kadar keselamatan, komunikasi dan budaya, ibarat kata m.nasir dalam lagu, masuk tempat orang bawa otak bukan pisau.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Panduan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41
Comments are closed.