Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mesti ramai dah kenal blogger Melastik Bintang (MB) seorang blogger yang sangat peramah seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan blogger lain. Rasanya pertama kali bertemu di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013, MB menjadi AJK bagi majlis tersebut. Semua blogger yang hadir disapanya dengan penuh mesra. Sangat friendly.
Untuk mengenali lebih lagi siapa MB ni joom kita baca review blog MelastikBintang.com yang telah ditulisnya.
Assalamualaikum wbt,
Syukur alhamdulillah dan ucapan terima kasih kepada Tuan Denaihati kerana membuka peluang kepada rakan-rakan blogger menulis review blog masing-masing untuk diketengahkan dalam blog Denaihati.com. Ini satu peluang yang baik untuk digunakan oleh rakan-rakan blogger untuk mengenengahkan blog mereka dalam usaha untuk penjenamaan blog mereka. Tahniah kepada mereka yang bertuah.
( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )
Bagi MB peluang ini harus diraih kerana bukan mudah untuk dapat peluang sebegini untuk muncul di dalam Blog Peribadi No.1 di Malaysia, malah pemenang bagi Best Most Creative Blog MSMW2013. Kerana itu MB sahut peluang ini dan berusaha untuk menjenamakan blog ini.
Blog Melastikbintang.com
Terhasilnya blog serius ini ialah pada tahun 2012 dimana waktu itu blog ini menggunakan URL www.miorhafis.blogspot.com Menggunakan platform Blogger.com iaitu satu platform percuma dan mudah untuk pengguna ‘beginner‘ seperti MB. Sewaktu itu, blog ini lebih menjurus kepada Lifestyle Blog di mana pelbagai jenis artikel yang MB kongsikan bersama untuk tatapan pembaca. MB mula berblog pada tahun 2009 tapi waktu itu hanya lebih kepada catatan harian dan bukan untuk bacaan orang.
(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)
Dan sewaktu itu juga MB masih lagi menimba ilmu dalam dunia blog ini dan cuba mencari ramuan yang baik untuk menghasilkan artikel dalam blog. Untuk mencapai apa yang dihajati itu, MB berguru dengan beberapa blogger yang dah lama bergelumang dalam dunia blog, malah ada juga blogger-blogger baru yang MB berguru. Terima kasih kepada mereka yang membantu, ‘U know who you are’.
Kenapa Melastikbintang.com
Wujudnya nama Melastik Bintang ialah dari MB sendiri. Waktu nak menjenamakan blog ini, MB mempunyai beberapa matlamat dan hala tuju untuk dicapai dalam hidup. Sering terdengar perkataan seperti ‘meraih impian‘ , ‘meraih bintang‘ ,’menggapai bintang‘ dan bintang itu sendiri menggambarkan sesuatu yang berharga dan indah. Jadi pelbagai cara dilakukan untuk mencapai matlamat yang kita tuju dan akhirnya MB menggunakan nama Melastik Bintang dimana Melastik merujuk kepada satu usaha MB untuk capai matlamat, dan Bintang ialah merujuk kepada matlamat MB. Pada tahun 2012 jugalah blog ini telah mempunyai domain sendiri iaitu Melastikbintang.com.
Bermulanya Niche Baru
Sesetengah blogger mementingkan Niche blog mereka dan menerapkan niche tersebut. Terdapat pelbagai jenis niche antaranya ialah Lifestle, Fesyen, Food, Travel, Parenting dan lain-lain lagi. Lebih tepat lagi mereka menghasilkan sesebuah artikel yang menjurus ke arah niche blog mereka, mungkin juga mereka mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam niche blog mereka.
Ketika waktu itu, MB memikirkan sesuatu yang boleh menarik pembaca ke blog dan MB memikirkan satu niche yang sesuai dengan kehidupan. Kebetulan waktu itu MB baru sahaja dikurniakan cahaya mata, seorang anak lelaki. Dan terdetik dari itu, muncullah idea untuk menjenamakan blog ini dengan salah satu cara iaitu menjadikan blog ini blog yang bernichekan Parenting dan target golongan pembaca adalah sangat luas.
Pesanan dari Melastik Bintang
Apr 13, 2013 | Video #blogger pilihan http://k.to/1yex untuk #followforfollow by denaihati on Keek.com
Susun Atur Blog
Kalau dilihat susun atur di blog Melastikbintang.com sekarang ini, MB menggunakan template yang diadaptasikan dari platform WordPress ke Blogger iaitu Twenty Twelve Template. MB tertarik dengan template-template dari WordPress kerana ianya nampak lebih kemas dan teratur. MB juga amat memetingkan sifat minimalize di dalam blog. Kalau dilihat di blog Melastikbintang.com, ianya tampak lebih kemas dan teratur juga nampak lebih ringkas.
MB juga memetingkan kedudukan widget -widget di sidebar blog , bukan apa jika terlalu banyak widget yang tidak penting didalam blog ianya merencatkan wajah sesuatu blog dan boleh menjejaskan tarikan pembaca untuk singgah di blog. Dalam bahasa mudahnya blog akan nampak semak jika dipenuhi widget. MB juga telah menetapkan beberapa jenis widget untuk muncul di halaman yang sepatutnya maksudnya widget di homepage dan postpage adalah berbeza. Widget di postpage MB lebih tonjolkan widget social media.
Widget Sidebar di Homepage
Widget Sidebar di Postpage
Pengisian Blog
Seperti niche yang telah diberikan, MB menfokuskan artikel-artikel yang berkaitan dengan keluarga, isu-isu rumahtangga, kesihatan, pengurusan bayi juga kanak-kanak dan juga perkongsian tips dan informasi buat pembaca. Artikel dihasilkan berdasarkan pengalaman yang MB lalui sepanjang bergelar bapa dan ketua keluarga juga pengalaman dari isteri yang turut bertindak sebagai Co-Writer di blog MB. Pengalaman kami berdua digabungan dan diterjemahkan dalam artikel.
Bukan sahaja dari segi pengalaman malah dari bahan-bahan rujukan dan hasil pembacaan yang kami buat di sumber-sumber lain juga. Penglibatan MB dalam beberapa jemputan ‘event parenting’ juga ada matlamatnya dan ada isinya juga, sebenarnya penting juga kita hadiri jemputan event untuk menambahkan ilmu di dada. Tidak semua artikel yang MB tulis adalah berkaitan parenting, MB juga akan selitkan artikel-artikel lain seperti berita dan informasi semasa bagi mengelakkan sifat jemu pembaca.
Gaya Penulisan
MB tidak memberatkan dalam soal gaya penulisan artikel di blog. Apa yang MB pentingkan ialah matlamat dan pengisian dalam artikel samada sampai atau tidak kepada pembaca. Dari segi pengganti nama diri MB lebih selesa menggunakan nama ‘MB‘ dari kata ganti diri yang lain seperti ‘aku‘, ‘korang‘, ‘kau‘. Kata ganti nama ini juga penting dalam artikel, ianya bagi mewujudkan keselesaan kepada pembaca dan keserasian antara penulis dan pembaca.
Tetapi ia bergantung juga kepada jenis blog / artikel kerana ada antara mereka menggunakan ‘aku‘ sebagai kata ganti diri kerana ia mungkin lebih sesuai dalam blog berniche Lifestyle /Personal. Dan jika ada antara pembaca blog ini yang sedar bahawa tajuk setiap artikel yang MB hasilkan adalah ‘straight to the point‘ kerana lebih mudah difahami dan mudah bagi enjin carian untuk mengindeks artikel kita.
Statistik Pengunjung Blog
Dulu semasa awal-awal adanya blog ini, MB sering kejarkan trafik yang datang ke blog ini. Kerana apa? Kerana nak nampak hebat dari blog yang lain. Tetapi apa guna jika trafiknya banyak jika artikel yang dihasilkan tidak memberi manfaat atau pesanan yang baik kepada pembaca. Ketika itulah MB cuba pula hasilkan artikel sebegitu untuk menarik pembaca ke blog ini, pada mulanya memang kecewa kerana trafik yang datang tidak seperti yang diharapkan.
Lama-kelamaan perasaan mengejar trafik itu jadi kurang kerana perasaan lebih tertumpu kepada penghasilan artikel yang bermanfaat. Dan sekarang ini alhamdulillah purata UV sehari blog Melastikbintang.com ialah antara 1000K – 3000K. Status PR blog pula ialah PR2, bagi MB ia cukup baik dan usaha harus diteruskan untuk mendapatkan PR yang lebih baik lagi.
Demografik Pembaca Blog Melastik Bintang
Pencapaian Blog
Alhamdulillah blog ini telah tercalon dalam MSMW2013 dalam kategori Favourite Innovative Blog bersama-sama blogger Ariffshah dan beberapa blogger yang hebat. Waktu itu tidak meletakkan harapan untuk menang kerana bayangkanlah blog ini perlu bersaing dengan Ariffshah, satu perkara yang tidak dapat digambarkan kerana semua tahu siapa Ariffshah. Syukur juga kerana blog ini tersenarai dalam finalist dan di tempat ke-2 dalam kategori Favourite Innovative Blog. Terima kasih kepada rakan-rakan di Denaihati Network.
Selain itu juga blog ini telah diberi kepercayaan untuk membuat review-review produk, membuat advertorial dan juga dipanggil untuk sertai event-event (Phillips, Petronas, Majalah Pa&Ma, Metrowealth dll) yang dijalankan oleh pihak penganjur. Boleh dikatakan juga blog ini merupakan salah satu sumber pendapatan MB.
Biografi Penulis
Seorang lelaki yang berumur 28 tahun dan berstatus seorang suami dan ketua keluarga. Gemarkan aktiviti sukan seperti futsal dan paintball. Dilahirkan pada 3 Jun 1985 di Kuala Lumpur. Anak kepada seorang pesara kerajaan dan seorang suri rumah, anak ke 3 daripada 3 beradik. Membesar di Shah Alam dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Seksyen 16 dan Sek Men Keb Seksyen 19 Shah Alam. Kemudian meneruskan pelajaran di peringkat Sijil di Politeknik Seberang Perai dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan kemudian melanjutkan Diploma di Politeknik Ungku Omar dalam jurusan yang sama juga. Alhamdulillah sekarang bergelar seorang jurutera di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.
Media Sosial Melastik Bintang
- Facebook – https://www.facebook.com/miorhafismiorahmad
- Fanpage – https://www.facebook.com/langitunjuk
- Twitter – https://twitter.com/miorhafis
- Instagram – https://instagr.am/melastikbintang
- Keek – http://www.keek.com/melastik_bintang
908 Comments
Jom rakan-rakan beri sokongan pada artikel ini.. Tweet, G+ dan tinggalkan komen di artikel ini melebihi 5 patah perkataan… =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
sudah bos dan semoga berjaya ya MB..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Bermadu Ke?
hehe baik DT.. all the way…support blogers..
Selamat maju jaya buat blog Melastik Bintang..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Undilah Saya
terima kasih PK.. selamat maju jaya juga…. =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
semoga maju jaya juga buat MB dan rakan blogger yang lain…
terima kasih wana sebab support saya…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
insyaAllah MB akan bermaju berjaya. heee
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Bermadu Ke?
in syaa allah DT.. doakan semoga semua nya berjaya….
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
keep up the good work….hohohoho
terima kasih intan.. ni mesti sya yang suruh kan.. =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
erkk…sy ke yg suh…haha lupa igtan jap…:p
eh isteri MB pun ada bagi sokongan.. bagus gitu…=)
hehe mestilah DT.. sokongan isteri amat penting.
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
muda-muda dah lupa ingatan ni. iskh3x
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Bermadu Ke?
haha.. dia bukan lupa dia saja je tu…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
cayalah, sentiasa sokong MB ya
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Bermadu Ke?
terima kasih DT… sebab sokong saya…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
selamat berjaya untuk kempen ini brother MB 🙂
Curahan rasa onlajer @ ..Doa naik Kenderaan
terima kasih onlajer.. kerana kembali lagi meninggalkan komen.. =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
yes bro.. sama-sama kita bagi sokongan untuk MB dan blognya…
yesza..wana…stay tuned… support me..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
good luck……… semoga dengan kekacakan yang dimiliki tidak menjadikan ia sebagai umpan untuk mengundi…… eh… bileh gitu??hahahaha
sebaik dah jumpa face to face…. lemah lembut, sopan santun org nya…hik3
Curahan rasa Sumijelly @ ..Semoga cepat sembuh!
haha.. kalau dijadikan umpan pun boleh juga ye kak sumi..
saya memang seorang lemah lembut dan sopan..=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
hahahaha..lemah lembut sifat xpe..jgn lenggang lenggok dh la..ekekeke
haha.. kalau lenggang tu lain jadinya..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
huwaa…Good luck MB. panjang penerangannya…hebat blog MB ni…
Curahan rasa Cik Norfa @ ..[Video] Kempen kesedaran pemanduan di simpang jalan. Terbaik~!
hehe.. =) terima kasih kerana sudi vote MB cik norfa..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
panjang dan menarik sekali reviewnya.. =)
biasa sahaja wana.. ada lagi panjang tu…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
vote for u babah Mr Ray…cayok..cayok…
gud luck n all da best babah..we support n pray for u…amin!!!
hehehe.. terima kasih my wife dan mr ray.. =) in syaa allah babah akan usahakannya..=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih je ke???:p
nak s4 dua..satu tuk umi satu lag tuk ray taw….heheehehe
haha nak S4??? tunggu abang guna dulu baru leh..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
luaskan kuasa BLOG mu Melastik Bintang…hogoh perak hogoh!!..hahaha..menang jgn lupe open table tuk dak2 opis..
dah macam JDT punya tagline je.. table banyak kat opis bro..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini..sangat dihargai..
HIDUP YB..ini kalilah.pasti berjaya..hehehe
Hai Izwan.. =) In Syaa Allah jika ada rezeki….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini..sangat dihargai..
bro..bile dah berjaye jgn lupe kawan2…(contoh dapat keje ofsyo ker)..hahaha
aikk…aikk…brO MB dpat keje ofsyor ke??..cam ne nak berblog nnti..hehehe..tp xpe..keje ttp keje blog tetap blog kan..
hehe eh mana ada bro… kerja berblog ni lagi seronok.. mana tau kot-kot ada orang nak offer jadi full time blogger kerja dengan mereka ke.. =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
haha.. amud.. terima kasih bro sebab sudi vote for gua… =) tak lupa punya..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
haha betul tu bro.. jangan lupa kawan-kawan pula…
tidak akan wana..kawan-kawan amat penting
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
Hehehe.. jangan besar dadanya sudah.. =)
tidaklah.. tak besar diri pun.. masih lagi pemalu dan humble =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
samalah dengan saya… singgah untuk membantu MB….
terima kasih Aken… sangat hargainya.. =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
saya pun singgah untuk bantu bekas rakan sekolah saya.. =)
ye wana… anda memang kawan terbaik..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
HIDUP YB melastik bintang..satu undi tuk anda…blog yg pling bermanfaat..
terima kasih banyak-banyak dato kamal.. =) rajin-rajin singgah ke blog..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
bagus bro. semakin lama semakin bertambah cemerlang blog ini
Curahan rasa Ladfe Amir @ ..Aku Tidak Pandai, Tapi
alhamdulillah ladfe.. =) sokongan dari rakan-rakan amat membantu.. =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
kami doakan begitu juga.. semoga sukses selalu…
MB terbaik…byk info2 berguna ..semoga akan lebih berjaya di masa akan dtg..
hehe… sekadar perkongsian di blog.. =) jemput singgah lagi ye..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
In Syaa Allah.. bantuan anda sangat saya hargai.. =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
Comments are closed.