Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rugi rasanya siapa tak pergi ke program ‘MaTiC Fest 2013’ yang diadakan pada 29 November hingga 1 Disember 2013 baru-baru ni. Seronok! Aku sempat pergi sekejap pada petang hari Sabtu tengok majlis perasmian MaTiC Fest 2013.
Memang sangat meriah program MaTiC Fest 2013 pada petang tu. Lepas majlis perasmian, berpeluang tengok aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan di situ, melawat Pameran Kucing Antarabangsa dan bersiar-siar sekitar kawasan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
MaTiC Fest 2013 ni merupakan program anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Penganjuran program ini bertujuan mempromosikan MaTiC sebagai ‘One-Stop Centre‘ untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negeri menerusi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
MaTiC Fest merupakan acara tahunan dan penyertaannya terbuka kepada orang ramai serta pelancong asing. MaTiC Fest turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah KFC, Ribena Malaysia, Secret Garden, Cocoa Boutique, Saloma Bistro serta mendapat kerjasama erat daripada pihak Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Sekretariat Visit Malaysia Year 2014.
Banyak aktiviti menarik di program MaTiC Fest 2013. Pengisian program bersifat komprehensif iaitu melibatkan aktiviti sukan lasak / sukan rakyat, bakat, ilmiah dan juga kebudayaan. Kesemua aktiviti yang diadakan bersesuaian dengan setiap peringkat umur. Antara aktiviti yang diadakan di MaTiC Fest 2013:
- Pertandingan Paint Ball
- Pertandingan dan Pameran Cat Show
- Pertandingan Treasure Hunt
- Pertandingan Karaoke
- Pertandingan Mewarna Batik
- Pertandingan Cabaran Sukan Rakyat
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Gusti Lengan
- Pertandingan Kereta ‘Tamiya’
Cadangnya nak pergi lagi pada hari terakhir MaTiC Fest 2013 tapi tak berkesempatan. Kalau pergi mungkin boleh bagi sokongan moral kepada rakan blogger yang masuk bertanding Treasure Hunt pada hari tu, antaranya blogger Ben Ashaari yang merupakan salah seorang personaliti online paling berpengaruh di Malaysia.
Walaupun acara MaTiC Fest 2013 ni dah pun tamat, tahun depan akan diadakan lagi. Di samping tu, kita juga boleh ke acara yang tak kurang menariknya iaitu 1Malaysia KL Family Fair yang diadakan setiap hari Sabtu di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Maklumat lanjut tentang program-program menarik anjuran Pusat Pelancongan Malaysia boleh layari laman web www.matic.gov.my atau Facebook MaTiC.
Gambar-gambar Program MaTiC Fest 2013
[customgallery]
54 Comments
Nampak menarik dan seronok jugak sebenarnya acara seperti ini diadakan. Boleh bawa family sekali. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
kan. sangat menarik aktiviti sebegini.kalau hari keluarga adakan aktiviti macam ni memang syok sakan la gembiranya. hihi
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Seronoknya ada rancangan yang menarik siap ada pertunjukan yang menarik seperti kucing. Acara seperti ini memang patut dibuat bagi memperkenalkan Malaysia di seluruh tempat.
Curahan rasa adarain @ ..Keluaran Terbaik Samsung : Galaxy Note 4
Khusus Dewasa, Klik Link Dibawah :
http://kamasutra-obatkuat.com/vimax-enlargement-capsule/
Curahan rasa Kamasutra Herbal @ ..Jual Crystal X Asli
Matic Fest ni acara tahunan ke? Akan diadakan lagi pada tahun depan?
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
pengen main ke malaysia
wow saya suka tamiya, keren banget itu sirkuitnya
numpang promo gan jual vigrx plus original
http://clinikpasutri.com/vigrx-plus-suplemen-herbal-pembesar-mr-p/
Ada permainan Paint Ball…kesukaan saya dan teman-teman yang kerap menghabbiskan waktu liburan bersama
Curahan rasa Mas Gie @ ..ituPoker.Com Agen Poker Online Indonesia Terpercaya
wawa belum pernah lagi bermain permainan paintball. nampak macam menarik je permainan ini. agaknya sakit tak bila kena tembak?
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Pertandingan – pertandingan yang diadakan dalam acara Matic Fest 2013 ini banyak sekali ragamnya, kalau ikut semua ada kesempatan besar buat memenangkan salah satunya tu …
NIce share
Macam menarik untuk aktiviti keluarga.
Mahu Tahu Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee? Klik Sini.
Menarik program ni
..tetapi dah terlepas ..
Curahan rasa Muaz @ ..Kajian Keyword untuk dapatkan potensi 10k peluang pembeli
Macam best aje…tentu seronok kalau sekali-sekala bawa family datang sini…
Curahan rasa Rahmat Ariffin @ ..Keputusan Perlawanan Harimau Muda A vs FC Ryukyu
nampak menarik dan seronok… suka aktiviti mcm ni… boleh tambah ilmu sambil lakukan macam2 aktiviti…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Mohon Jasa Baik ‘Klik Dengan Bijak’
macam menarik je aku tengok..boleh la bawak family jalan2 kat sini..
Permainan kereta mini 4WD atau “Dash Yankuro” ni ada sambutan balik macam dulu.
Kemungkinan boleh jadi femes tak lama lagi.
Curahan rasa kaykillua @ ..Ape Kriteria Untuk Naikkan SEO?
Comments are closed.