Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rugi rasanya siapa tak pergi ke program ‘MaTiC Fest 2013’ yang diadakan pada 29 November hingga 1 Disember 2013 baru-baru ni. Seronok! Aku sempat pergi sekejap pada petang hari Sabtu tengok majlis perasmian MaTiC Fest 2013.
Memang sangat meriah program MaTiC Fest 2013 pada petang tu. Lepas majlis perasmian, berpeluang tengok aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan di situ, melawat Pameran Kucing Antarabangsa dan bersiar-siar sekitar kawasan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
MaTiC Fest 2013 ni merupakan program anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Penganjuran program ini bertujuan mempromosikan MaTiC sebagai ‘One-Stop Centre‘ untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negeri menerusi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
MaTiC Fest merupakan acara tahunan dan penyertaannya terbuka kepada orang ramai serta pelancong asing. MaTiC Fest turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah KFC, Ribena Malaysia, Secret Garden, Cocoa Boutique, Saloma Bistro serta mendapat kerjasama erat daripada pihak Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Sekretariat Visit Malaysia Year 2014.
Banyak aktiviti menarik di program MaTiC Fest 2013. Pengisian program bersifat komprehensif iaitu melibatkan aktiviti sukan lasak / sukan rakyat, bakat, ilmiah dan juga kebudayaan. Kesemua aktiviti yang diadakan bersesuaian dengan setiap peringkat umur. Antara aktiviti yang diadakan di MaTiC Fest 2013:
- Pertandingan Paint Ball
- Pertandingan dan Pameran Cat Show
- Pertandingan Treasure Hunt
- Pertandingan Karaoke
- Pertandingan Mewarna Batik
- Pertandingan Cabaran Sukan Rakyat
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Gusti Lengan
- Pertandingan Kereta ‘Tamiya’
Cadangnya nak pergi lagi pada hari terakhir MaTiC Fest 2013 tapi tak berkesempatan. Kalau pergi mungkin boleh bagi sokongan moral kepada rakan blogger yang masuk bertanding Treasure Hunt pada hari tu, antaranya blogger Ben Ashaari yang merupakan salah seorang personaliti online paling berpengaruh di Malaysia.
Walaupun acara MaTiC Fest 2013 ni dah pun tamat, tahun depan akan diadakan lagi. Di samping tu, kita juga boleh ke acara yang tak kurang menariknya iaitu 1Malaysia KL Family Fair yang diadakan setiap hari Sabtu di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Maklumat lanjut tentang program-program menarik anjuran Pusat Pelancongan Malaysia boleh layari laman web www.matic.gov.my atau Facebook MaTiC.
Gambar-gambar Program MaTiC Fest 2013
[customgallery]
54 Comments
Assalamualaikum Sangat Indah Sekali
Meriah pasti lupa pulang kalau ada event seperti ini apalagi buat anak-anak
Curahan rasa munir ardi @ ..Amalan sunat hari Jumat!!
jom melancong! tapi musim hujan kena hati-hati
Curahan rasa TDF @ ..Pantai Teluk Senangin – Perak
menariknyaaaaa. sayang takde kat Malaysia masa event ni.
Curahan rasa eyra @ ..Solo Trip: Pattaya, Thailand
dah lama jugak tak main kereta tamiya tuu. haha..
Curahan rasa titan @ ..Anak Kaklong, Cendol Banting dan Blogging.
Menarik acara2 yang dianjurkan….sayang tak dapat joini sekali aritu, family dari kampung datang….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Komisen Kedua dari Momentum Perniagaan Internet
wah beznye..nampak happening giler. bukan pelancong luar je yg terkesmia, org local pun turut kagum. byk aktiviti…sronok tgk
Curahan rasa yumida @ ..Contest SEO Eridy
Memang menarik program kat MaTiC ni. Cuma kalau pergi tu nak cari tempat parking yang masalah sikit. Takut penuh je bila dah ramai orang nanti.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Banjir, masalah antara mendapatkan Air dan membuang Air
pelbagai pertandingan ada yer , best2…
Curahan rasa papa mifz @ ..Match & Win Contest AEON Big
Tak nyempat nak pergi…Sib baik ada team DH yg cover…terbaiklah…
Tahun depan, Malaysia pasti lebih sibuk dgn kebanjiran pelancong…moga memberi sejuta kebaikan buat kita
Curahan rasa hafizmd @ ..Contest SEO Eridy | Syok Main SEO?
wa kerena banget acaranya ya pasti seru
Menarik Matic fest ni. Ada macam-macam pertandingan yang di adakan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Contest SEO Eridy
Ada pertandingan kereta mini 4wd tamiya dan paint ball tu yang best
Curahan rasa wazy @ ..Jom Cuba Job Di Rumah
Betul tu. Mesti cantik kereta-kereta tersebutkan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Contest SEO Eridy
terbaik FEST ni..InsyaAllah nak peergi kalau berkesempatan 🙂
Curahan rasa Farisya Anastasyia @ ..Mekap Nipis Dengan Naturactor
wahh..mesti ramai gila yang pergi nih..
Curahan rasa titan @ ..Ulasan tentang tablet Tenko T7
Comments are closed.