Masa paling sesuai letak iklan di blog

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, walaupun ramai blogger yang kata saja suka-suka berblog tak fikir pasal income tapi ramai juga yang hari pertama buat blog dah cari code iklan samada nuffnang, innity atau adverlets juga adsense. Jujur aku pun sama tapi mungkin matlamat berbeza.

Pada awalan berblog aku letak iklan advertlets bukan nak income sebab tahu trafik tak banyak tapi lebih nak cantikan blog. Kan bila ada iklan tu nampak berwarna-warni sikit blog yang putih ni. Tapi setelah berbulan claim income yang tak sampai RM300 tak dapat-dapat aku pun berubah angin. Bukan merajuk tapi mungkin tak sesuai je. Aku berubah ke Nuffnang tapi tak pernah ikut komuniti onlinenya apatah lagi event jadi status forever biasa sahaja dan income pun tak lepas RM100.

pengiklanan-di-blog-niche-tetap

Seronok baca komen di entri Nuffnang di blog kak jie. Kak Jie ambil masa 2 tahun untuk letak iklan pertama di blognya. Kita baru setahun jagung berblog dah letak iklan dan bising sana bising sini tak dapat income.

Aku memang tak pernah nak fokus pada iklan malah jarang sangat jual ruang iklan kerana takut tak ada prestasi. Setuju seperti nasihat Kak Jie kita bina nama dan jenama baru fokus pada iklan itu pun bagi blogger yang nak cari online income. Blog denaihati masih dalam proses membina jenama dan perjalanan masih jauh untuk mencari masa yang paling sesuai untuk meletak iklan di blog.


Spread the love

91 Comments

  1. dulu pasang iklan nuffnang saja untuk nampak cantik maklumlah blog tak cantik. skang dah menampakkan kemasukan income, so saya pun teruskan la usaha untuk tingkatkannya.hehehe
    Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Promosi SD2 Mei 2011My Profile

    1. 2 tahun hanya angka maksud yg paling penting adalah kalau fikir nak income maka bina jenama dan trafik tapi kalau utk deco anytime pun ok.

  2. ko letak je innity. Itu iklan paling premium tu. Kalau layak untuk innity, automaticly memang tetiap bulan leh dapat dari innity.

    Nuffnang dan Advertlets pun ok gak. Tapi untuk blog ko ni, aku rasa innity lagi sesuai. haha..

  3. saya tak ingat bila first letak iklan tapi rasanya selepas setahun dua berblog baru saya letak iklan.

  4. ada dua cash out advertlet tapi kedua2nya tak dapat
    hantar tiket dua tiga kali juga
    dia minta no akaun, tak juga masuk2

    diam sajalah..bukan rezeki kita lah tu namanya
    bab iklan ni ada mcm2 pandangan , apa yg baik utk kita belum tentu baik utk org lain…jadi dlm masa kita menegakkan pendapat, jgn sampai memperkecilkan pendapat orang lain juga
    Curahan rasa Kujie @ ..Pengakuan Ini Tidak Perlu BersumpahMy Profile

  5. selepas 2 tahun register baru juga letak iklan nuffnang.. itu pon atas permintaan tunang masa tu.. sampai sekarang masih setia dgn nuffnang walaupun taklah beribu income.. so far untuk main2 tu bolehlah..

  6. 1st ads yg saya guna adsense. lepas tu advertlets. lepas tu nuffnang. ahhahaa tp semuanya lepas 2 taun blogging la…baru rasa nak letak. before tu tak letak pn :p

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!