Masa paling sesuai letak iklan di blog

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, walaupun ramai blogger yang kata saja suka-suka berblog tak fikir pasal income tapi ramai juga yang hari pertama buat blog dah cari code iklan samada nuffnang, innity atau adverlets juga adsense. Jujur aku pun sama tapi mungkin matlamat berbeza.

Pada awalan berblog aku letak iklan advertlets bukan nak income sebab tahu trafik tak banyak tapi lebih nak cantikan blog. Kan bila ada iklan tu nampak berwarna-warni sikit blog yang putih ni. Tapi setelah berbulan claim income yang tak sampai RM300 tak dapat-dapat aku pun berubah angin. Bukan merajuk tapi mungkin tak sesuai je. Aku berubah ke Nuffnang tapi tak pernah ikut komuniti onlinenya apatah lagi event jadi status forever biasa sahaja dan income pun tak lepas RM100.

pengiklanan-di-blog-niche-tetap

Seronok baca komen di entri Nuffnang di blog kak jie. Kak Jie ambil masa 2 tahun untuk letak iklan pertama di blognya. Kita baru setahun jagung berblog dah letak iklan dan bising sana bising sini tak dapat income.

Aku memang tak pernah nak fokus pada iklan malah jarang sangat jual ruang iklan kerana takut tak ada prestasi. Setuju seperti nasihat Kak Jie kita bina nama dan jenama baru fokus pada iklan itu pun bagi blogger yang nak cari online income. Blog denaihati masih dalam proses membina jenama dan perjalanan masih jauh untuk mencari masa yang paling sesuai untuk meletak iklan di blog.


Spread the love

91 Comments

  1. sama macam kak jie, hanya selepas dua tahun blogging baru saya letak Nuffnang. tu pun, selepas setahun baru dapat cashout RM153. then sampai sekarang, RM30 tak berubah2. hahahahha sbb saya bukan kisah sgt :p

  2. Saya letak Nuffnang tapi saya belum faham…dan tak kesah…baru dapat rm20 selepas setahun berblog…hehehe

    1. Dah dua tiga kali buka form nak apply tu tapi asyik tak jadi je ni bulan mei azam nak apply kat innity. Ada 2-3 offer dari syarikat oversea tapi belum nak layan sebab trafik tak stabil lagi. Target one day bila trafik dah stabil nak buat marketing kat syarikat besar seperti TMnet atau Digi atau Celcom ke … Tu angan2 je.

  3. uh aku pulak lain dulu bro, sebab dulu rajin BW, so siap diorang tanya kat mana nak klik kalau aku tak letak iklan, sebab 1st time blog memang tak tahu menahu langsung bab2 ni..sampai la sekarang, aku rasa pendapat bro tu betul
    kita cipta dulu brand baru komersialkan dikemudian hari
    Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Kenapa Blog ini PopularMy Profile

  4. Masa awal-awal berblogging dulu ada juga guna advertlets,lepas tu guna Nuffnang,walaupun pendapatan harian dan bulanan agak lambat,tapi berpuas hati jugak la,sampai la sekarang dah guna Innity.Kalau ada rezeki nak try adsense pula nanti
    Curahan rasa wazy @ ..RemoveAny 2825My Profile

  5. suka nuffnang sebab statistik graf die menarik. tapi sekarang baru tahu stat die tak berapa accurate..huhu

    1. Aku pun guna nuffnang utk stat dulu lah sekarang ada banyak sumber lebih tepat google anlytics, cpanel bagi yg ada hosting sendiri n getclicky

    1. Nak kata tak kenal Josh Lim dah beberapa kali telepon tapi utk urusan lain. Dia pun pernah join contest anjuran blog denaihati ni. Tak kisah sangat lah rezeki ada dimana-mana.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!