Malaysia XI vs Manchester City 2012

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ketika perlawanan Arsenal vs Malaysia XI ada yang tanya aku sokong siapa. Sebagai rakyat Malaysia pastilah aku menyokong Harimau Malaya. Walaupun menyokong setia Arsenal ada satu perasaan gembira apabila melihat jaringan cantik Azmi Muslim untuk Malaysia XI mendahului Arsenal. Aku yakin perasaan yang sama ada pada setiap penyokong setia Arsenal Malaysia.

30/7/12 jam 9.45 pm sekali lagi Harimau Malaya akan diuji oleh pasukan gergasi BPL yang juga juara BPL, Manchester City. Malaysia XI vs Manchester City pasti lebih getir memandangkan semua pemain terhandal Manchester City seperti Tevez, Aguero, Zabaleta dan Kompany akan bermain. Perlawanan Malaysia XI vs Manchester City pasti menjadi perlawanan pemanas badan yang paling baik sebelum team Harimau Malaya mempertahankan Piala Suzuki AFF.

Team Manchester City berlatih di Stadium Nasional

Aku memanglah 1000% sokong Harimau Malaya. Mana boleh sokong pasukan yang sudah menyusahkan Arsenal sehingga ada yang panggil Arsenal sebagai team feeder kepada Manchester City. Ramai pemain superstar yang dilahirkan oleh Arsenal akhirnya berhijrah ke Manchester City kerana diumpan dengan gaji yang sangat mahal yang tidak mampu dibayar oleh pasukan lain.

Manchester City Summer Tour 2012

Pelawanan Malaysia XI vs Manchester City akan dilansungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30/7/12 jam 9.45 pm.

Live Malaysia vs Manchester City boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan Astro Supersport.

Live streaming di stadium Twitter dengan hashtag #Manchester City

Keputusan Malaysia XI vs Manchester City : 1 – 3


Spread the love

124 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!