Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setelah mengembara ceruk rantau merata dunia antaranya kembara Eropah, kembara New Zealand, kembara Palestin dan kembara Turki aku sangat bersyukur dipilih oleh ALLAH untuk dilahirkan di Tanah Tumpah Darahku, MALAYSIA yang terlalu banyak tempat menarik.
Di tanah bertuah inilah aku dilahirkan di sebuah rumah usang di dalam kebun getah di kampung yang jauh pendalaman tanpa kemudahan asas, mandi air perigi, berlampukan pelita minyak tanah dan masak dapur kayu api. Hari ini segalanya sudah berubah kampung tersebut dilengkapi dengan berbagai kemudahan asas cuma semakin sepi kerana anak-anak kampung ramai yang berhijrah ke bandar mengejar rezeki.
Di tanah tercinta inilah aku menuntut ilmu berjalan kaki di jalan tanah merah berdebu menuju ke sekolah rendah yang jaraknya empat batu dari rumah. Alhamdulillah dengan kuota anak kampung pendalaman aku berjaya melanjutkan pelajaran sekolah menengah di sebuah sekolah berasrama penuh meninggalkan keluarga buat pertama kali. Menjadi seorang murid yang sederhana pandai aku terpilih untuk melanjutkan pelajaran keluar negara tetapi memilih untuk belajar di universiti tempatan. Menjadi kumpulan pelajar pertama yang tidak mendapat biasiswa yang ditukar kepada pinjaman tetapi alhamdulillah berkat usaha dapat juga diskaun bayaran balik pinjaman sebanyak 75%.
Di tanah penuh berkat inilah aku mencari rezeki setelah tamat pengajian dengan memulakan pekerjaan sebagai pembantu penyelidik di universiti tempat aku belajar. Mungkin bukan rezeki aku disitu akhirnya aku terpaksa berhijrah penjadi eksekutif pemasaran di sebuah syarikat Ali Baba. Walaupun hanya setahun bekerja tetapi di syarikat ini aku diberi peluang untuk keluar negara buat kali pertama iaitu bercuti di Pulau Phuket. Demi untuk berbakti kepada masyarakat aku berhijrah bekerja ke Jabatan Kerajaan selama enam tahun sebelum berhijrah ke Badan Berkanun selama tiga tahun. Dunia pekerjaan terakhir aku adalah bekerja dengan syarikat konglomerat yang terkenal merata dunia selama lebih kurang tiga tahun. Segala ilmu dan pengalaman gerih perih selama aku berkerja lebih 14 tahun aku gunakan untuk berniaga sendiri. Rupanya berniaga sendiri indah khabar dari rupa, lebih teruk dari aku sangkakan terpaksa kerja siang malam untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Dulu semasa bekerja paling malas bekerja cukup bulan pasti anda gaji yang masuk ke dalam akaun.
Di sinilah lahirnya sebuah cinta apabila aku berkahwin dengan isteri pada usia 25 tahun setelah gagal dengan beberapa cinta monyet. Kami melalui berbagai pengalaman susah susah susah senang hidup bersuami isteri sehingga lahir enam orang cahaya mata dengan seorang telah dijemput ALLAH lebih awal. Bertahun-tahun isteri dan anak ditinggalkan di rumah kekadang berjumpa beberapa jam sahaja sehari itupun di kala malam waktu tidur, tanpa ada hari minggu seperti keluarga yang lain demi mencari kesenangan. Pernah juga akau merantau di negara orang meninggalkan keluarga bertahun-tahun demi mengejar cita-cita untuk menjadi insan berjaya. Tetapi itu semua sudah menjadi sebuah kenangan dan pengalaman yang terlalu mahal nialinya.
Tiada apa yang nak aku banggakan dengan prestasi kehidupan setakat ini selagi belum dapat membalas jasa kepada Tanah Tumpah Darahku yang telah banyak berjasa memberi berbagai peluang kehidupan kerana semua itu belum pasti ada di negara-negara yang lain. Semuga aku, keluarga, anak, cucu, cicit dan keturunan aku sehingga hari kiamat bakal menjadi manusia yang sentiasa berbakti bukan sahaja kepada Tanah Tumpah Darah kami, Malaysia malahan memberi manafaat kepada seluruh alam.
Pernah dulu ku fikirkan, Tanpa Malaysia tak mengapa, Bila aku pergi jauh baru ku rasakan, Sunyinya di hati, Baru kini ku tahu, Nilai cintamu … Malaysia.
Luahkan perasaan anda untuk bumi bertuah … Malaysia Tanah Tumpah Darah Kita …. wangian yang hilang di Timur jauh.
620 Comments
orang luar negara pun puji malaysia, tapi rakyat sendiri susah dok berbangga dgn negara lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
iya,,, kalau jumpa dengan mat salleh mesti diorang memanjang je duk puji Malaysia. Saya yang dengar ni pun kembang hidung.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
aku pun bangga jadi rakyat Malaysia pasal Malaysia makanan lazat-lazat,banyak tempat-tempat menarik yang belum aku terokai dan dan paling penting..aku dapat kawin dengan orang Malaysia 🙂
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
makanan sungguh banyak pilihan apa lagi dalam loghat bahasa sungguh malaysia itu unik dan berbilang kaumkan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
kita patut hargai negara kita tidak akan mahu sayang tempat lain selain malaysia pulakan.alhamdulillah atas nikmatnya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
mereka ( orang luar ) melihat malaysia sebuah negara yang berbilang kaum aman damai . segalanya berjalan dengan lancar
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Program Diploma Muzik UPSI
usah biarkan hanyut dengan mereka ini kita mesti berhati-hati ada sahaja musuh kita ini mereta tempat.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
kita ada sebahagian jenis yang macam itu tapi tak semua orang ada sikap macam yang katakan.setiap orang akan ada sahaja yang tidak puas hatinya
Curahan rasa cahayacinta @ ..DIY Kasut Macam Retis
Kalau kita lihat negara luar seperti Palestin, Afganistan atau negara lain yang ada perperangan, sudah tentu kerja harian yang kita lakukan terbantut. Oleh itu banyak-banyak bersyuk kita kepada Allah Taala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
bersyukur sbb negara kita tak terlibat dgn merang mcm mereka. kita doakan kesejahteraan masing masing
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
amat gerun dengan dunia luar sana dengan bom keganasan kekejaman rogal tanpa ada kesudahannya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
negara kita masih banyak yang perlu perbaiki dari semasa ke semasakan.harapkan rakyat akan beri sokongan padu nanti
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
dunia luar tanpa henti doakan supaya mereka selamat sekeluargakan.kita disini masih ada juga yang buat benda tidak baik pada diri dan bangsa sendiri.sungguh sedih sekali
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
semua tempat itu tidak henti dengan kekacaun dan kekejaman harapkan mereka akan bebas macam negara kita juga malaysia
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
Bumi kita pula subur, rakyat bebas menanam apa saja pokok, pokok buah, balak, getah, kelapa sawit dan sebagainya. Dengan ini hasil pendapatan boleh kita membeli barangan yang diperlukan. Ini juga satu nikmat yang perlu kita syukuri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
cuma tiada empat musim sahajakan itu cukup bersykur yang teramat sangat sungguh bahagian bila berada di bumi sendiri
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
bumi kaya dengan hasil getah dan paling kaya subur adalah dari sumber kelapa sawitkan. itu antara sebahagian harta yang kita ada
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
Negara kita boleh kecapi hidup dengan selesa ketika ini, bukan setahun dua tahun tetapi telah diuruskan oleh pemimpin kita yang berpandangan jauh.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Bukan mudah hendak menjadi sebuah negara yang aman seperi negara kita, jika tanpa ada pemimpin yang terdahulu yang bersusah payah mendapat kemerdekaan.
Bila negara kita aman dan makmur serta pesat membangun, ramai rakyat asing akan melawati negara kita, Ini akan membuat kita dapat hasil daripada pelancong yang datang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
banyak sangat keistimewaan ngera kita. harap rakyat malaysia boleh buka mata
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Negara kita bukan saja pesat membangun tetapi masih mengamalkan pemerintahan Islam dengan sederhana. Pelbagai kaum dapat hidup bersama.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
ta semua negara boleh hidup dlm berbilang kaum spt malaysia. lhat shj masyarakat Rohingya.. terpinggir
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
sesungguhnya apa terjadi ada suratanya kita berdoakan yang terbaik untuk malaysia dan negara islam yang lain jua
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
Jika kita ke bandaraya Kuala Lumpur contohnya, kita dapat melihat kepesatan pembangunan yang Malaysia telah lalui. Pasti negara luar yang membangun akan memuji negara kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
kita bebas melakukan apa saja pekerjaan atau aktiviti seharian tanpa ada halangan. Janji ia tidak melanggar undang-undang negara yang telah kerajaan tetapkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Cerita kisah Denaihati ini boleh dibuat panduan dan pedoman. Bukan senang nak senang dan kesenagan yang dinikmati hasil susah payah kita selama ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Malaysia tetap dihati. Pergi ceruk mana pun, nak juga lahirkan saya sebagai orang Malaysia sebab makanan lain tak boleh telan..hehe
Curahan rasa ainun @ ..Pengalaman Guna Altel
Bersyukur di lahirkan di tanah air kita Malaysia. Kalau di negara luar amat sukar mencari makanan halal. Itulah pendapat saya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Syukur kerana aku dilahirkan dibumi bertuah bernama Malaysia. Terlalu banyak telah negara berikan kepada kita. Tapi berapa banyak pula sumbangan kits kepada negara.
Curahan rasa adi azli @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Malaysia tanah airku ^^ walau dimana ku berada, di Malaysia tetaplah hatiku berada. Pray for a better Malaysia
pengalaman begitu mmg indah…masih ingat juga dikampung mandi perigi….beruntungnya kita lahir kat malaysia ni.. ^_^
Curahan rasa zaza zehra @ ..Hadiah Buku Enrique Mengundang Jauh Dr.Tuah
sangat tersentuh saya bila membaca entry luahan saudara denaihati… erm.. jauh perjalanan banyak pengalaman kan… ilmu saya bahru sedikit cuma… pengalaman saya baru secebis cuma, nak dibandingkan dengan saudara denaihati yang jauh hebatnya… bak kata orang hujan batu di negeri orang hujan emas di negeri sendiri…
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Cabaran Kedua Iphone 5s
Jika kita kekurangan pengalaman, pengalaman orang lain juga boleh dijadikan panduan hidup kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
setuju… erm…. memang banyak lagi mencari ilmu dan mengumpul pengalaman… pengalaman orang juga banyak bantu mendewasakan kita…
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Balik Kampung: Kenduri Kesyukuran Penerbit Novel Karya Seni
Comments are closed.