Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mungkin ramai blogger tidak pernah rasa bahawa Malaysia Social Media Week adalah acara sangat besar untuk blogger dan aktivis sosial media Malaysia. Kenapa aku kata begitu kerana setiap tahun tidak ramai blogger yang datang memenuhi dewan seminar dengan berbagai alasan yang tiada manafaat untuk diri sendiri. Sedangan beratus kalau bukan beribu wakil dari berbagai NGO, Syarikat dan aktivis sosial media buka sahaja dari Malaysia malah dari berbagai negara memenuhi dewan MSMW setiap tahun. Semuga untuk Malaysia Social Media Week 2015 lebih ramai blogger Malaysia terutama blogger Melayu ikut serta bukan sahaja untuk belajar ilmu baru tetapi lebih penting membina network keseluruh dunia.
Jom kita lapangkan masa join “World blogger and social media summit” pada 22 – 23/4/2015 dan “MSMW 2015 Workshop” pada 24/4/2015 di Hotel Berjaya Square, Kuala Lumpur. Memang best sebab ramai speaker berbagai latar belakang dari berbagai negara berkongsi ilmu dan pengalaman yang blogger boleh jadikan panduan untuk go next level. Memang tak rugi kepada blogger yang bekerja untuk ambil cuti untuk belajar menjadi blogger profesional tak kiralah samada separuh masa atau sepenuh masa.
MSMW memang terlalu banyak jasa untuk blog Denaihati bukan hanya anugerah-anugerah yang telah diterima tetapi lebih penting menaikkan jenama Denaihati kesuatu peringkat yang tidak pernah terbayang. Menang dan kalah bukan persoalannya contohnya beberapa kali blog Amanz.my tewas dalam katogeri teknologi sehingga ada yang boikot MSMW tetapi tanpa disedari kekalahan tersebut menjadikan blog Amanz lebih terkenal dan sekarang terlalu jauh meninggalkan blog kita semua. Berapa banyak pulak blog yang menang anugerah MSMW tetapi sekarang entah dimana.
MSMW 2015 untuk blog Denaihati seperti juga MSMW 2014 tidak menyertai apa-apa katogeri. Kali ini kami calonkan blog travel Denai.my untuk katogeri MSMW Best Travel Blog 2015. Bukan mudah kerana sekarang sudah terlalu ramai travel blogger yang sangat aktif. Menang kalah bukan keutamaan tetapi yang lebih penting memperkenalkan blog Denai.my untuk projek-projek akan datang. Kepada rakan-rakan yang sudi nak mengundi sila undi blog Denai.my di UNDIAN MSMW 2015 yang dibuka pada 23/3 – 5/4/2015. Majlis penyampaian anugerah blogger dan sosial media 2015 akan diadakan pada 22/4/2015 di Hotel Bejaya Square, Kuala Lumpur.
Jangan lupa juga beri sokongan kepada rakan-rakan blogger yang sudah mencalonkan diri untuk anugerah mengikut 10 katogeri yang ditetapkan. Berikut antara rakan blogger yang join Anugerah MSMW 2015.
Senarai Blog untuk Anugerah MSMW 2015
- Best News Blog : Penmerah.com
- Best Foodie Blog : Hazmanfadzil.com dan Mahamahu.com
- Best Gadget & Technology Blog :
- Best Gossip & Entertainment Blog :
- Best Lifestyle Blog : Mohdzarin.com, Akupenghibur.com, Namiacinta.com, Hafizrahim.com, Yanayassin.com, Kongsibersamanora.blogspot.com, Eveeus.com, Nizamijam.com, Mialiana.com, Dayangdeno.com, Faizalpj.com, Ahmadfaizal.com, Akujejaricomel.blogspot.com, Kupukupukecik.blogspot.com, Fadzirazak.blogspot.com, Ruby.my.
- Best Comics Blog :
- Best Photography Blog : Tarmizishukri.com
- Best Shopping Blog :
- Best Sports Blog : Motorsportroom.my, Guliroket.com, Boladaily.com dan Wangerrard.com.
- Best Travel Blog : Faizalfredley.com, Denai.my, MrJocko.com danTravelog.my
Ramai betul yang join jadi kalau ada yg tertinggal beritahu ya. Alhamdulillah ada juga alumnai Akademi Denaihati yang mencalonkan blog untuk beberapa katogeri. Aku sudah mengundi bagaimana pulak anda?
91 Comments
memang hebat semuanya ..saya berharap denaihati.my mendapat tempat dikalangan para pengundi.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Rahsia Dapat RM1700 Dalam 30 Hari
Blog untuk kategori bisnes xda ker, nak juga join. Rasanya seperti ada tahun tahun lepas kan, ke saya terlepas pandang nih
Curahan rasa BESTMobile Telco Malaysia @ ..Sertai Kumpulan Group BESTMobile Pulau Pinang
Alhamdulillah..1st time join dalam Best Lifestyle Blog.Berdebar pun ada. And Tqvm utk team akademi denaihati.kerana pernah menghadiri kelas akademilah buat sy berani utk menulis dan dicalonkan 🙂
Curahan rasa aryn @ ..APAKAH ITU PROTEIN DAN KENAPA KITA PERLUKANNYA
ingat nak calonkan blog saya tahun ni, tapi nampaknya tak berkesempatan.
insyaallah tahun depan boleh sertai.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Download Nota Peperiksaan Separa Perubatan
jom mengundi , sama-sama meriahkan dunia blogger , mereka semua rakan-rakan dalam dunia blogger .respect ^_^
Curahan rasa aku penghibur @ ..Pengundian Malaysia Social Media Awards 2015 Bermula
Selamat bagi pemenang anugerah ini. Semoga bisa lebih meningkatkan lagi popularitasnya di masa yang akan datang ….
Curahan rasa InfoMenarik.NET @ ..Cara Membuat Tampilan Posting Unik Di WordPress
Ramai blogger yang kenal mencalonkan diri. Selamat berjaya kepada semua calon-calon.
Curahan rasa akubiomed @ ..Gelang pintar Xiaomi Mi Band teman kesihatan peribadi
macam tak meriah sikit la tahun nih.
boleh tahan ramai gak yang tak join menda ni.
Curahan rasa titan @ ..Panduan dan Cara Buat Bisnes Burger yang BETUL.
saya sudah buat undian..dah semoga berjaay kepada rakan-rakan yang bersaing…semoga yang terbaik akan menang…bukan senang nak dapat trofi ni
Curahan rasa blogger lelaki @ ..40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi di SERP (Part 1)
Wahhh..meriah nya.. macamana nak join MSMW 2015 ni ye..?
Anyway..selamat maju jaya pada semua yang tersenarai.
Curahan rasa NFH @ ..Contest Petua Dan Herba KongsiBersamaNora
tahniah kepada tim denai hati kerana tersenarai sebagai pemenang dalam MSMW 2015.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Temuduga Latihan Separa Perubatan Gred U29
Alhamdulillah..semua yang tercalon adalah rakan rakan dalam arena blogging… Sama sama kita meriahkan arena blogging dan jadikan industri blog ini suatu kerjaya.
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Keputusan Formula 1 Malaysia Grand Prix 2015
Perrrgghhh..mmg x sangka bro menang…hurrmmm… byk kena menuntut ngan bro ni… Chills bro… congrate!!
Congratulations to the Winners for Outstanding Talent! Terperanjat tgk gambar. Tak sangka sebenarnya terdapat ramai Malaysians yang jadi blogger.
blog travel denai hati…congrats untuk semua pemenang, …. hidup blogger! chaiyok!
Comments are closed.