Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mungkin ramai blogger tidak pernah rasa bahawa Malaysia Social Media Week adalah acara sangat besar untuk blogger dan aktivis sosial media Malaysia. Kenapa aku kata begitu kerana setiap tahun tidak ramai blogger yang datang memenuhi dewan seminar dengan berbagai alasan yang tiada manafaat untuk diri sendiri. Sedangan beratus kalau bukan beribu wakil dari berbagai NGO, Syarikat dan aktivis sosial media buka sahaja dari Malaysia malah dari berbagai negara memenuhi dewan MSMW setiap tahun. Semuga untuk Malaysia Social Media Week 2015 lebih ramai blogger Malaysia terutama blogger Melayu ikut serta bukan sahaja untuk belajar ilmu baru tetapi lebih penting membina network keseluruh dunia.
Jom kita lapangkan masa join “World blogger and social media summit” pada 22 – 23/4/2015 dan “MSMW 2015 Workshop” pada 24/4/2015 di Hotel Berjaya Square, Kuala Lumpur. Memang best sebab ramai speaker berbagai latar belakang dari berbagai negara berkongsi ilmu dan pengalaman yang blogger boleh jadikan panduan untuk go next level. Memang tak rugi kepada blogger yang bekerja untuk ambil cuti untuk belajar menjadi blogger profesional tak kiralah samada separuh masa atau sepenuh masa.
MSMW memang terlalu banyak jasa untuk blog Denaihati bukan hanya anugerah-anugerah yang telah diterima tetapi lebih penting menaikkan jenama Denaihati kesuatu peringkat yang tidak pernah terbayang. Menang dan kalah bukan persoalannya contohnya beberapa kali blog Amanz.my tewas dalam katogeri teknologi sehingga ada yang boikot MSMW tetapi tanpa disedari kekalahan tersebut menjadikan blog Amanz lebih terkenal dan sekarang terlalu jauh meninggalkan blog kita semua. Berapa banyak pulak blog yang menang anugerah MSMW tetapi sekarang entah dimana.
MSMW 2015 untuk blog Denaihati seperti juga MSMW 2014 tidak menyertai apa-apa katogeri. Kali ini kami calonkan blog travel Denai.my untuk katogeri MSMW Best Travel Blog 2015. Bukan mudah kerana sekarang sudah terlalu ramai travel blogger yang sangat aktif. Menang kalah bukan keutamaan tetapi yang lebih penting memperkenalkan blog Denai.my untuk projek-projek akan datang. Kepada rakan-rakan yang sudi nak mengundi sila undi blog Denai.my di UNDIAN MSMW 2015 yang dibuka pada 23/3 – 5/4/2015. Majlis penyampaian anugerah blogger dan sosial media 2015 akan diadakan pada 22/4/2015 di Hotel Bejaya Square, Kuala Lumpur.
Jangan lupa juga beri sokongan kepada rakan-rakan blogger yang sudah mencalonkan diri untuk anugerah mengikut 10 katogeri yang ditetapkan. Berikut antara rakan blogger yang join Anugerah MSMW 2015.
Senarai Blog untuk Anugerah MSMW 2015
- Best News Blog : Penmerah.com
- Best Foodie Blog : Hazmanfadzil.com dan Mahamahu.com
- Best Gadget & Technology Blog :
- Best Gossip & Entertainment Blog :
- Best Lifestyle Blog : Mohdzarin.com, Akupenghibur.com, Namiacinta.com, Hafizrahim.com, Yanayassin.com, Kongsibersamanora.blogspot.com, Eveeus.com, Nizamijam.com, Mialiana.com, Dayangdeno.com, Faizalpj.com, Ahmadfaizal.com, Akujejaricomel.blogspot.com, Kupukupukecik.blogspot.com, Fadzirazak.blogspot.com, Ruby.my.
- Best Comics Blog :
- Best Photography Blog : Tarmizishukri.com
- Best Shopping Blog :
- Best Sports Blog : Motorsportroom.my, Guliroket.com, Boladaily.com dan Wangerrard.com.
- Best Travel Blog : Faizalfredley.com, Denai.my, MrJocko.com danTravelog.my
Ramai betul yang join jadi kalau ada yg tertinggal beritahu ya. Alhamdulillah ada juga alumnai Akademi Denaihati yang mencalonkan blog untuk beberapa katogeri. Aku sudah mengundi bagaimana pulak anda?
91 Comments
tahniah kepada semua yang menang.. blog korang semua memang terbaik & best baca hari-hari !
Perghhh terbaik dan tahniah untuk semua bloger2 kita…..pepun saya sokong denaihati !!
Uishh..Bestnya Pen Merah leading as best blogger..Salu jugak view …Sempoiiii laa..
Semua blogger hebat2 belaka..
Mmmg mantop ler denaihati…terbaik utk MSMW dn juga pada blogger2 yee
Curahan rasa Rawatan Resdung @ ..Hello world!
sury la geng sempat tk dpt join uollss… ada urusan last minute… btw congrates to uolls
Love seeing these types of events…. gives a lot of inspiration and motivation
Big up to all these bloggers…hu3
aku suka bila buka kerja focus….dan terus jadi terrrr BEST… blog best aku yg baca pon TERBEST… goodluck
mcm best je prog ni…huhu…kan best dpt jd blogger gak…
wow..abang ensem pun ada jugak…terbaik la bro!..teruskan perjuangan semua blogger..
Congrats Penmerah.com as a winner !! Really proud of you guys !
https://www.facebook.com/ysa.events
owh….saya baru tahu tentang anugerah Malaysia Social Media Week ni…
wow..congrats untuk semua pemenang! 😀
Curahan rasa Biskut Raya 2015 @ ..Biskut Raya Ketuk-ketuk Aidilfitri
tul tu! kata Bilik Seminar Kuala Lumpur apepon sokong u all, hidup blogger
Nak buat juga la blog kalu cam ni.. Kot-kot tercalon jugak tahun depan
Terbaikla…. denai hati mesti menang….punya sebab banyak follower terbaik
Curahan rasa Blouse Cantik @ ..5 Cara Berfesyen Gaya Eropah
alaaa kalau denaihati masuk mesti menang bro.. apa pun chaiyok kepada semua blogger tercalon..hidup blogger!
Comments are closed.