Malaysia perketatkan pintu masuk negara asbab wabak koronavirus

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saringan di setiap pintu masuk ke negara ini akan diperketatkan lagi dalam usaha mengekang penularan kluster novel koronavirus (2019-nCoV), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, pasukan yang terdiri daripada beberapa pegawai dan anggota dari Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen dan pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan ditugaskan menyaring kemasukan pelancong dari luar negara, khususnya China.

Baca juga: Beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus

Pintu masuk akan diperketatkan. Sebelum menaiki penerbangan (ke sini) pun mereka akan disaring, ditanya beberapa soalan yang boleh beri sedikit maklumat kepada kita sama ada mereka ini berisiko (dijangkiti) ataupun tidak,” katanya media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kluster Novel Coronavirus (2019-nCoV), di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata, Kementerian Kesihatan mempunyai fasiliti yang mencukupi untuk melakukan proses saringan.

Pada masa sama, beliau memaklumkan mesin pengesan haba, yang kini sebanyak 51 buah, akan ditambah di pintu masuk negara.

Kita memang nak tambah lagi (mesin pengesan haba), untuk ambil suhu bayi dan sebagainya. Kerana kita ada kekangan, kadang-kadang ada pesakit tidak menunjukkan gejala, tetapi dia menjadi pembawa kepada virus itu,” katanya lagi.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, berdasarkan faktor itu maka diputuskan pihaknya memutuskan agar prosedur seperti bertanya soalan diperkenalkan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kebarangkalian mereka membawa virus 2019-nCoV.

Mengikut kajian saintis Mardi, Kunyit Hitam boleh menambah ketahanan tubuh badan. Dapatkan maklumat lanjut di sini: Penemuan saintis MARDI, berkesan cegah pelbagai penyakit moden

Dua kanak-kanak warganegara China dikuarantin di Langkawi

Dua kanak-kanak perempuan dari Guangdong, China dikuarantin di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi pada hari Ahad.

Ia selepas kedua-dua kanak-kanak terbabit yang masing-masing berusia dua dan empat tahun itu mempunyai simptom disyaki wabak koronavirus (nCoV).

Menurut sumber, kanak-kanak terbabit bersama ibu bapa mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin lalu, sebelum ke Langkawi pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dikatakan menunjukkan tanda kurang sihat serta demam dan batuk sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Maliha.

Difahamkan, sampel keluarga berkenaan telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk diuji.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hanya empat kes positif koronavirus di negara ini membabitkan rakyat China dari Wuhan.

Baca juga: Koronavirus menyerang Asia dan Amerika Syarikat

Kredit: AWANI


Spread the love

One Comment

  1. virus corona ini memang meresahkan warga tidak hanya disatu negara tetapi diberbagai negera besar. Termasuk di Indonesia kini sudah memperketat keluar masuknya warga asing dan melakukan banyak scan pada tubuh setiap yang datang ke bandara nasional maupun internasional untuk mencegah penyebaran virus yang mematikan ini.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!