Tujuh produk kosmetik diharamkan dan dibatalkan pengedarannya serta-merta oleh Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) setelah dikesan mengandungi merkuri.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, produk-produk berkenaan tidak dibenarkan dijual di Malaysia kerana mengandungi bahan beracun tersebut yang boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan keracunan.
“Keracunan merkuri boleh menyebabkan kelemahan otot, koordinasi lemah, rasa kebas pada tangan dan kaki, ruam kulit, rungsing, serta masalah deria.
“Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan yang dibuat di blognya di kpkesihatan.com.
Tambahnya, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
Berikut senarai penuh produk-produk yang diharamkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM:

Senarai produk kosmetik tempatan yang mengandungi merkuri



Dalam pada itu, peniaga kosmetik diarah menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk tersebut secara serta-merta mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.
“Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” kata kenyataan itu lagi.
Individu yang engkar boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Manakala bagi syarikat pula, hukuman untuk kesalahan pertama ialah denda sehingga RM50,000 manakala denda sehingga RM100,000 boleh dikenakan bagi kesalahan berikutnya.
Sementara itu, orang awam yang menggunakan produk kosmetik terbabit dinasihatkan segera menghentikan penggunaan dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
8 Comments
Jadi pengguna yang bijak dan berilmu. Usah terpengaruh dengan iklan cantik segera bulan bintang. Jika tiada permintaan terhadap produk, insyaaAllah tak wujud di pasaran produk ni.
Curahan rasa Hawa Hassan @ ..Uniknya Flora Dan Fauna Di Boardwalk Setiu (Setiu Wetland)
Rasa takut nak beli produk kosmetik yang pelbagai jenis macam cendawan tumbuh sekarang ni. Lagi-lagi yang menjanjikan kesan instant.
Kekal pakai Safi jelah dari dulu sampai sekarang. Hihi. Tapi, ada orang yang memang suka mencuba produk baru.
Curahan rasa Mommyluv @ ..Ibu Ini Kongsi Aktiviti Menggunting Yang Boleh Melatih Kemahiran Motor Halus Anak
bahana nak cantik tanpa ilmu ni. ada orang main sebat je produk kecantikan asalkan dpt kulit putih
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..DRAMA SWEET DREAM EPISOD 3 – TONTON DRAMA LIVE
Pemilik produk masih senyum-senyum kerana dia tahu…hanya produk yang dirampas tetapi dirinya tidak akan diambil tindakan. Patutnya bila 2-3 kali produk ‘diharamkan’, pemilik produk didenda berat. Tidak pun, masuk ke dalam 3-4 bulan.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Produk-Produk ini Dilarang Jual Di Shopee
kasi denda maksimum la, barulah owner goyang. Kalau bg warning utk tarik balik, dan owner tarik tarik balik dr pasaran tanpa dikenakan apa2, in future makin ramai lah yg buat perkara sama
Curahan rasa JMR @ ..Roti Canai Merecik @ Barakah Corner Melaka
Bidang kecantikan sememangnya mampu melahirkan ramai jutawan tetapi risikonya juga sangat tinggi seperti ini. Boleh rugi berjuta juta.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Aiman Hakim Bakal Kahwini Zahirah Macwilson Pada Februari 2020
saya tengok produk pun tak de hati nak beli. apa lagi nak pakai kat muka. mcm mana la diorng ni boleh beli
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Sweet Dreams di Astro Ria
Biasalah lain orang lain caranya. Ada orang nak terus mencuba, ada orang nak fikir dulu betul-betul sebelum buat keputusan, ada yang terus tak nak.. Macam-macam ada.
Curahan rasa Bebas @ ..Makan Sosej Meningkatkan Risiko Kanser
Comments are closed.