Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, MITBCA 2103 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia datang lagi. Teringat kes MITBCA 2012 yang melanda Rakan Blogger sehingga ada yang serik nak ikut serta. Aku sendiri hilang seorang Rakan Blogger rapat apabila beliau buang Denaihati dari dunia Blog, Twitter dan Facebook beliau. Kita tidak boleh paksa orang suka dan hormat kepada kita cuma agak terkilan kerana hanya nak menang anugerah boleh jadi macam tu sedangkan anugerah hanyalah anugerah tidak lebih daripada itu.
Untuk MITBCA2013 blog Denaihati telah didaftar oleh seseorang untuk katogeri Tourism Blog of The Year. Terima kasihlah kepada sesiapa yang telah sudi mendaftarkan blog Denaihati. Untuk vote sila klik SINI.
Aku sendiri telah mendaftarkan blog Denai.my untuk katogeri Tourism Travel Blog. Sudikan vote di SINI.
Tujuan utama nominasi ini adalah untuk penjenamaan blog Denaihati.com dan blog Denai.my. Penjenamaan tidak akan pernah berhenti walaupun sudah terkenal.
Penjenamaan atau branding memerlukan kos yang bukan sedikit. Bersaing untuk anugerah adalah cara penjenamaan percuma yang mesti diambil kesempatan oleh Blogger yang layak. Menang kalah itu perkara kedua yang penting kita mesti bersaing dengan sihat dengan strategi yang betul. Persaingan itu adalah proses penjenamaan yang akan memperkenalkan blog kita kepada ramai pembaca baru dan terpulang kepada kita menyusun strategi untuk menjadikan pembaca baru sebagai pembaca setia blog kita.
Selain daripada blog Denaihati.com dan Denai.my berikut adalah senarai Rakan Blogger yang ikut serta MITBCA 2013 :
- Tourism Lifestyle Blog : Achiveoftime.blogspot.com, Azri.my, Akmaomar.com dan Kozumiro.blogspot.com
- Entertainment Blog : Beautifulnara.com, Nizamijam.com
- Food 1Malaysia Blog : Nadot.my, Kakinakl.com
- Tourism Photograhpy/Art Blog : Azmanishak.com
- Tourism Micro Blog of The Year : Earncent.com, iAwani.com
- Tourism Travel Blog : Faizalfredley.com, Kujie2.com dan Akmaomar.com
- Tourism Blog of The Year : Faizalfredley.com, Akmaomar.com, Enveeus.com
- Shopping Blog : Cheezemaz.blogspot.com
- Tourism Destination Blog : Faizalfredley.com
MITBCA 2013 menyediakan 17 katogeri dan setakat ini hanya 9 katogeri Rakan Blogger yang selalu bersama kita ikut serta. Pendaftaran yang dibuka pada 18/1 akan tamat pada 13/2/13. Baca entri INI pasti anda akan tahu kenapa perlu join MITBCA 2013.
Cara Mengundi bukanlah susah sangat :
- Masuk website MITBCA 2013
- Login dengan akaun Facebook
- Pilih katogeri (atau boleh klik link katogeri di atas)
- Pilih blog yang anda suka dan klik button VOTE menjadi warna merah (satu undi untuk satu katogeri)
- Promosi pada Rakan Blogger lain untuk undi Blogger yg kita suka.
- Undian bermula pada 9/2/13 dan akan berakhir pada 11.59 pm 22/2/13.
BOLEHKAH RAKAN BLOGGER KITA MENGUASAI SENARAI PEMENANG SEPERTI MSMW 2013??
Melihat kedudukan sekarang aku cadangkan kita fokus pada blog tertentu untuk katogeri tertentu utk memastikan kawan-kawan kita menang.
Kepada Rakan Blogger yang teringin nak menambah network bagus juga join Conference MITBCA 2013 boleh daftar di SINI. Aku nampak tourism ini peluang baru untuk Blogger membina network dan buat duit online. Bagiamana? Kena fikir-fikirkan tu … sebab industri pelancongan akan terus berkembang pesat di seluruh dunia.
136 Comments
jangan lupa undi cheezemaz
semoga berjaya…dah undi
Curahan rasa Noor Aini binti Samsusah @ ..Ulang Tahun Membawa Pengajaran Erti Hidup
ayo pada ikutan ..
Curahan rasa penowo @ ..Tips Blogging Tahun 2013
bagus bila ikut masuk contest dan award sebegini..pendedahan kpd rangkaian yg lebih besar.. good luck semua !!!
Curahan rasa sha @ ..Wadihana Islamic Steakhouse Bangi
Bila ada kekuatan untuk masuk award mcm ni..mesti banyak kelebihan pada blog..selamat maju jaya pada mereka yang bertanding..hilang kawan kerana pangkat dan anugerah, itu kebiasaan..kan bro?
Curahan rasa Hafizul @ ..Amanah Dalam Kehidupan Seharian
aikkk… baru tahu ada blog denai.my
kena follow nih.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Happy Birthday | Humaira Kini Dua Tahun
kita kena sokong rakan sepejuagan..cayok2.
Curahan rasa Tahukah Anda @ ..Jom Derma RM1 Untuk Palestin
InshaaAllah akan undi blog2 rakan yg tersenarai.
Curahan rasa hafizmd @ ..Jadual Siaran Langsung Liga Super Februari 2013 Astro Arena 801
voted denai.my undi ke 132 dan denaihati.com undi ke 126..semoga berjaya
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Artikel di mStar Online
Ada juga AkmaOmar di kategori Tourism Healtcare Blog
Curahan rasa Bang Iwan @ ..George Ferris – Penemu Komedi Putar di Logo Google Hari Ini
Salam,
Goodluck DH dan rakan-rakan, kyan hanya mampu tolong vote aje.
Best sebenarnya masuk award macam ni, dapat kenal ramai rakan dan dpt brandingkan blog.
tapi dah serik…biarlah…yang penting still support rakan2 🙂
Curahan rasa yanmie @ ..Ayam Bakar Pemanggang Ajaib
Saya baru mau nominated Mbak Yanmie ternyata sudal close nominated.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..George Ferris – Penemu Komedi Putar di Logo Google Hari Ini
masih teringat kisah lama ek yan..
Curahan rasa kak ina kl @ ..Makanan Kesukaan Orang Johor
good luck tn.. 1 undi untuk anda
Curahan rasa Myvitrd @ ..Perginnya Takkan Kembali Semoga Kau Tenang DiSana
good luck buat semua peserta MITBCA 2013. Semoga yang layak menang akan menang. Hehehe
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Dapatkan Trafik Percuma Dari Fuh.My Dan Tambah Kenalan Baru Di Sini!!!
saya undi saja blog denaihati ini yang lain pun boleh tapi menyusul
Sebaiknya sekali mengundi biar tidak bolak-balik lagi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..George Ferris – Penemu Komedi Putar di Logo Google Hari Ini
dibuka setiap kategori, maka akan muncul semua blog sahabat yang akan di undi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..George Ferris – Penemu Komedi Putar di Logo Google Hari Ini
Saya kira kalau seperti itu akan lebih efisien
Curahan rasa Bang Iwan @ ..George Ferris – Penemu Komedi Putar di Logo Google Hari Ini
terimakaih bang iwan atas pemberitahuannya maklum baru belajar vote
My VOTE for you bro…. dan juga rakan DENAIHATI NETWORK juga……
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Mee Ketam MMA Santai Corner NILAI
Comments are closed.