Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, MITBCA 2103 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia datang lagi. Teringat kes MITBCA 2012 yang melanda Rakan Blogger sehingga ada yang serik nak ikut serta. Aku sendiri hilang seorang Rakan Blogger rapat apabila beliau buang Denaihati dari dunia Blog, Twitter dan Facebook beliau. Kita tidak boleh paksa orang suka dan hormat kepada kita cuma agak terkilan kerana hanya nak menang anugerah boleh jadi macam tu sedangkan anugerah hanyalah anugerah tidak lebih daripada itu.
Untuk MITBCA2013 blog Denaihati telah didaftar oleh seseorang untuk katogeri Tourism Blog of The Year. Terima kasihlah kepada sesiapa yang telah sudi mendaftarkan blog Denaihati. Untuk vote sila klik SINI.
Aku sendiri telah mendaftarkan blog Denai.my untuk katogeri Tourism Travel Blog. Sudikan vote di SINI.
Tujuan utama nominasi ini adalah untuk penjenamaan blog Denaihati.com dan blog Denai.my. Penjenamaan tidak akan pernah berhenti walaupun sudah terkenal.
Penjenamaan atau branding memerlukan kos yang bukan sedikit. Bersaing untuk anugerah adalah cara penjenamaan percuma yang mesti diambil kesempatan oleh Blogger yang layak. Menang kalah itu perkara kedua yang penting kita mesti bersaing dengan sihat dengan strategi yang betul. Persaingan itu adalah proses penjenamaan yang akan memperkenalkan blog kita kepada ramai pembaca baru dan terpulang kepada kita menyusun strategi untuk menjadikan pembaca baru sebagai pembaca setia blog kita.
Selain daripada blog Denaihati.com dan Denai.my berikut adalah senarai Rakan Blogger yang ikut serta MITBCA 2013 :
- Tourism Lifestyle Blog : Achiveoftime.blogspot.com, Azri.my, Akmaomar.com dan Kozumiro.blogspot.com
- Entertainment Blog : Beautifulnara.com, Nizamijam.com
- Food 1Malaysia Blog : Nadot.my, Kakinakl.com
- Tourism Photograhpy/Art Blog : Azmanishak.com
- Tourism Micro Blog of The Year : Earncent.com, iAwani.com
- Tourism Travel Blog : Faizalfredley.com, Kujie2.com dan Akmaomar.com
- Tourism Blog of The Year : Faizalfredley.com, Akmaomar.com, Enveeus.com
- Shopping Blog : Cheezemaz.blogspot.com
- Tourism Destination Blog : Faizalfredley.com
MITBCA 2013 menyediakan 17 katogeri dan setakat ini hanya 9 katogeri Rakan Blogger yang selalu bersama kita ikut serta. Pendaftaran yang dibuka pada 18/1 akan tamat pada 13/2/13. Baca entri INI pasti anda akan tahu kenapa perlu join MITBCA 2013.
Cara Mengundi bukanlah susah sangat :
- Masuk website MITBCA 2013
- Login dengan akaun Facebook
- Pilih katogeri (atau boleh klik link katogeri di atas)
- Pilih blog yang anda suka dan klik button VOTE menjadi warna merah (satu undi untuk satu katogeri)
- Promosi pada Rakan Blogger lain untuk undi Blogger yg kita suka.
- Undian bermula pada 9/2/13 dan akan berakhir pada 11.59 pm 22/2/13.
BOLEHKAH RAKAN BLOGGER KITA MENGUASAI SENARAI PEMENANG SEPERTI MSMW 2013??
Melihat kedudukan sekarang aku cadangkan kita fokus pada blog tertentu untuk katogeri tertentu utk memastikan kawan-kawan kita menang.
Kepada Rakan Blogger yang teringin nak menambah network bagus juga join Conference MITBCA 2013 boleh daftar di SINI. Aku nampak tourism ini peluang baru untuk Blogger membina network dan buat duit online. Bagiamana? Kena fikir-fikirkan tu … sebab industri pelancongan akan terus berkembang pesat di seluruh dunia.
136 Comments
Teman-teman blogger juga saya bujuk untuk bantu vote
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Bahaya Narkoba
Persepsi terhadap blogger juga turut berubah. Bukan lagi dipandang rendah.
Curahan rasa faizal @ ..Persepsi Kejayaan
hala tuju blogger kian cerah
Curahan rasa faizal @ ..Persepsi Kejayaan
la, mamat Faizalfredley.com ni kumpulan korang ke bro…tiru bulat2 info dari blog orang seh…tak patut betul…
Perlu di update senarai Rakan Blogger yang ikut serta MITBCA 2013
Curahan rasa Bang Iwan @ ..JERITAN DANAU TERLARANG – Tragedi Tanggul Situ Gintung
jom tolong vote reramai..
Curahan rasa muazfaris @ ..Usahawan Kecil Perlu ada Cita-cita Besar
salam..
saya dah voted untuk kedua
blog Bro..semoga berjaya 🙂
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Angry Bird Versi Kanak-Kanak 4 Tahun : Wordless Wednesday
akak pun ada denaihati..bukan nak menang cuma nak orang kenal dengan blog akak..macam biasa blog akak pasal food lah..
Curahan rasa kak ina kl @ ..Jomlah Join Contest Blog Kakinakl.com
mari lah mari mari mengundi,, undilah denaihati.. ewaahh.. senang sikit ngundi bila ada link.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Bercuti ke Melaka
Kita sokong rakan-rakan di sini dengan memberikan votenya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Bahaya Narkoba
WOWWW ! TAHNIAH diucapkan 🙂
Baru tau juge…. dan dah vote DH… Dan dengan segannye, dah daftar diri sendiri juge bawah fabulous food.. huhuhuhu
good luck 🙂
Curahan rasa Nadot @ ..Burger Bakar Abang Burn di MMA Santai Corner Nilai
Bagus daftar tu sebab tak ada wakil group kita kat katogeri food
Sudah undi nadot.my
Curahan rasa Bang Iwan @ ..George Ferris – Penemu Komedi Putar di Logo Google Hari Ini
ooohh baru tahu
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Wordless Wednesday # 3 : Dapatkan Segera iPhone Mampu Milik
Semoga bisa menang para rakan blogger yangmengikuti blogger awards ini untuk kategori malaysia tourism
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Perubahan Dalam Masa Kehamilan
salam,
Setelah diamati, Faizalfredley.com banyak benor kes copycat yang beliau telah buat. Sehinggakan “about” pun di tiru bulat-bulat. Setelah ditegur, baru beliau tukar dan tiada maaf diberikan kepada pihak yang telah diplagiatkan. Harap2, kes ini hanya melibatkan beliau dan TIDAK dari blogger tegar yang lain. KEASLIAN itu satu element penting dalam dunia penulisan ini.
tq
Comments are closed.