Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur ALLAH masih pilih aku dan keluarga dapat merayakan kemerdekaan Malaysia kali ke 57. Setelah mengembara berpuluh-puluh negara di Asia dan Eropah aku merasakan Malaysia bukanlah negara paling terbaik tetapi yang terbaik untuk diri aku. Bersyukur sangat dengan segala apa yang aku nikmati di Malaysia, tidak terhitung dengan perkataan banyaknya. Bumi yang aku cintai dan di sinilah lahirnya sebuah cinta abadi.
Malaysia sudah 57 tahun Merdeka tetapi adakah kita sudah merdeka atau kita juga semakin hilang bersama misteri sebuah bangsa yang hilang di timur jauh. Bangsa lain semakin mengorak langkah menguasai segala bidang di bumi tercinta Malaysia tetapi bangsa kita masih bercelaru dengan kuasa politik. Kita masih suka berpolimik di sosial media daripada mengubah jati diri menjadi manusia yang berjaya. Apabila gagal kita mencari berbagai alasan untuk tidak mahu berubah. Sayang betul kita dengan sifat dan tabiat lama walaupun ianya lansung tidak menguntungkan diri sendiri.
Tersentuh hati apabila mendengar setiap patah lirik lagu Warisan nyanyian Datuk Sudirman Haji Arshad.
- Sila tulis satu entri dengan tajuk “Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta” lebih 300 ratus perkataan.
- Publishkan entri anda pada 31/8/2014 (jam 12.00 am – 11.59 pm)
- Entri mesti original bukan copy paste.
- Tampalkan satu banner denaihati yang boleh diambil di SINI (satu banner cukup jadi kalau dah ada tak perlu tapi nak tukar boleh)
- Letakkan sekurang-kurangnya satu backlink ke blog denaihati.com
- Sila kirimkan url entri kemerdekaan anda di SINI.
- Entri yang cukup syarat dan menarik akan mendapat hadiah RM100.
Sudah tiba masanya kita meMERDEKAkan diri dengan mengikut cara dan panduan hidup yang terbaik iaitu cara hidup Rasulullah SAW.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
189 Comments
Saya bersyukur di lahirkan di Malaysia. Negara aman, damai dantiada sengketa. Sedap je bunyi tema hari kemerdekaan tahun ini.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Dari Blogger
Celcom juga memberi inisiatif memberi caller ringtone percuma lagu Warisan yang telah diubah tonenya kepada pelanggan Celcom.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Salam Kemerdekaan buat Denai Hati. Semoga Malaysia akan terus aman dan damai. In sha Allah.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
lagu asal Allahyarham Sudirman memang best dan kita semua tahu terutama old timer lagu-lagu patriotik arwah memang patriotik..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Internet Meragam Hati Tak Tenteram
Allahyarham Sudirman merupakan salah satu ikon yang menunjukkan nilai patriotisme tinggi dan sentiasa terpahat di memori kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
setiap persembahan arwah mempunyai nilai patriotsme. lagu warisan pula dinyanyikan dgn bersemangat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
bertuah buat entri tajuk ni sebab banyak keywords kena…dahla dapat insentif dari denaihati lagi
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
saya ada buat tetapi keyword belum masuk blog lagi..mungkin blog belum power
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Internet Meragam Hati Tak Tenteram
dah terlambat untuk menjoinkan diri dalam segmen nie.diri kita nie pun kenalah merdekakan dari perasaan hasad dengki
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..WW:My Precious Princess
anggap sahaja belum rezeki..namun percayalah rezeki di negara merdeka amat mudah dicari..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Internet Meragam Hati Tak Tenteram
Mendalam juga maksud yang disampaikan melalui lagu tersebut. Sangat beruntung jadi rakyat malaysia. Disini lahirnya sebuah cinta pada pandangan Dina macam pepatah dari mata turun ke hati. Orang yang luar dari Malaysia yang melancong ke Malaysia pasti akan jatuh cinta dengan budaya kita serta kerahmahan rakyat kita. Mereka akan memerhati dahulu sekeliling dan dari situ terbit cinta dalam hati, Mana tidak nya orang luar negara ada yang sanggup meninggalkan kota moden semata-mata ingin menetap di malaysia.
Setuju Merdeka bukan hanya pada negara tapi juga pada diri kita yang sepatutnya bebas dari anasir luar…
Curahan rasa shamiera osment @ ..Happy Birthday Malaysia and Me!
teringat lagu BUtterfingers,
‘apa guna dah merdeka, ikut bontot depa, apa benda dah merdeka’
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Benar. Ramai anak muda seperti saya yang jauh hanyut dalam budaya hedonisme tanpa memikirkan jati diri yang benar benar merdeka.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
mereka terlalu terpengaruh dengan apa yg mereka tonton di tv. dah lupas asal usul dan jat diri
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tema kemerdekaan tahun ini agak unik tetapi sangat menarik dan bertepatan! Tak perlu dah lagu tema baru… Lagu Sudirman itu sudah amat tepat maksudnya!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 51
tapi ada juga lagu tema, bersesuaian juga bila didengar telinga
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
didengar oleh telinga dan dihayati oleh hati..indah sekali penghayatan kemerdekaan pada tahun ini
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Internet Meragam Hati Tak Tenteram
Benar. Rasa sayu dan mengimbau nostalgia bila lagu Warisan diputarkan di corong radio.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
tema tahun ni memang unik dan memberi penghormatan kepada MH17 dan MH370
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kemerdekaan yang dikecapi kini perlu dikekalkan dan hayati erti kemerdekaan yang sebenarnya iaitu kemerdekaan dalam diri dengan mengikut segala perintah Allah melalui Al Quran dan Sunnah.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 51
merdekakan diri sendiri supaya dapat merdeka orang lain..tak gitu!..nasihat untuk diri sendiri sebenarnya!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Internet Meragam Hati Tak Tenteram
Benar. Dalam apa jua urusan sekalipun, pastikan Al Quran dan Hadis menjadi sumber rujukan utama kita sebagai seorang muslim.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Assalam,
Selamat hari kemerdekaan Malaysia dan hari ini juga merupakan hari yg bermakna dlm penubuhan Malaysia… 16 Sept, Selamat Menyambut Hari Malaysia!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 51
Sememangnya kita perlu ada sifat patriotik yang tinggi kerana usaha dalam pembebasan penjajah bukanlah satu kerja yang mudah!
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Syukur berpeluang untuk menyertai segmen ni dan Alhamdulillah turut berjaya memenangi hadiah. Terima kasih!
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Bertuahnya anda kerana dapat menyertai segmen ini. Malangnya saya ketinggalan pula kerana berada dikampung… maklumlah line xde…huhu!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 51
16092014 hari ni hari Malaysia. Selamat menyambut Hari Malaysia.
Bangga menjadi seorang rakyat Malaysia!
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blog FatihahFazlin direviw oleh Denaihati.com
Comments are closed.