Assalamualaikum san Salam 1Dunia, baru-baru ini aku mendapat satu whatsapp dari seorang rakan yang ada kaitan dengan sebuah entri yang pernah aku tulis beberapa tahun dahulu bertajuk “Life begin at 40“. Banyak ilmu dalam perkongsian ini yang sepatutnya aku kongsikan dengan semua pembaca. Asal usul ilmu ini aku kurang pasti tetapi kepada menulis aku mohon kebenaran untuk berkongsi dengan semua pembaca.
Bila ada persoalan tentang umur 40 tahun manusia, saya terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa sebelum ini. Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan.
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj & Makjuj Terbongkar! Klik Sini
9 Formula Pantas Menarik Rezeki. Klik Sini
Rahsia Kuasa Sedekah Terbongkar. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
“Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,” Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa. Semoga kita digolongkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang mampu mengisi umur kita dengan sebaik-baiknya sehingga meringankan hisab kita di akhirat. Amiin. Istiqamah dan bersederhanalah dalam setiap perkara.
Wallahu a’lam.
156 Comments
tak sangka sebenarnya ada maksud disebalik umur 40 tahun ni. sebab sebelum ini tak pernah terfikir pun
Curahan rasa misz aa @ ..Birthday Giveaway by Shad
Saya pun baru tahu. Syukur denaihati bermurah hati untuk berkongsi ilmu ini bersama sama dengan para pembaca.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Satu entri yang saya kira wajib untuk dibaca oleh semua golongan tak kira muda atau tua kerana ibadat tidak kira usia
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
sedih kerana masih ada yang berumur tetapi masih hanyut mengejar dunia… yang muda pula berkejar untuk akhirat.. wallahualam
Curahan rasa shamiera osment @ ..Salam Aidiladha…
Saya setuju kerana apabila usia menjejak tua kita haruslah bermuhasabah diri dengan sentiasa mengingati mati. Mudah mudahan amalan kita di dunia ini tidak sia sia.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Alangkah baiknya kalau ibadat tak perlu menunggu tua..biarlah dari muda2 sampai ke akhir hayat..
http://www.bondasihat.com
Saya setuju dengan apa yang bro tulis,dan sebaiknya ibadat itu harus di mulakan dari awal iaitu semasa kita masih sihat dan kuat
Betul tu. Ibadat tak semestinya perlu dilakukan ketika kita sudah berumur tetapi sejak kecil lagi kita perlu banyakkan ibadat kepada Allah
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Saya setuju kerana apabila kita ingin beribadat, kita tak perlu kira usia sebaliknya lakukan ibadat itu sebanyak mungkin.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Bknnyr lelaki umur 40an yg just perangai kbnyknnye knape yet Nk tahu gak
Orang yang berumur 40 ke atas ini, kata-katanya boleh membangkitkan motivasi anak muda. Dia memberi inspirasi kepada anak muda.
Namun, ada jugak lelaki yg menginjak umur 40 tahun semakin menjadi perangainya….hehehehe
Kadang2, rasa risau kalau2 tak sempat istiqomah nak improve diri. Smoga kita diberi kesempatan olehNYA. Amin
Baca komen komen kat bawah ni, kelakar. betul lah kata orang. Bila kita bercerita tentang usia 40 tahun dari segi aspek perhubungan, 40 tahun bukan lah usia yang tua atau sudah lanjut, kerana mereka lebih dikejar oleh wanita wanita muda kerana mereka hanya memandang pada kewangan yang wujud pada lelaki berusia 40tahun
Curahan rasa MIEZA SUHAINI @ ..business card MURAH !!!!
orang lelaki umur 40 an anak dara pun mau lg n lg duit poket berkepok kepok..ganteng gitu 🙂
Curahan rasa adna2029 @ ..‘Pemanis SemulaJadi Stevia’
Orang kata, lelaki bila berumur 40 tahun banyak anak dara yang minat. Ni yang ada kes bercerai, tambah isteri dan paling teruk ada perempuan simpanan..
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Membeli Belah Di Lazada Malaysia
6 perkara yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun memang bernas..sangat bermanfaat kepada kita..lagi 10 tahun lagi nak umur 40 ni..doa supaya panjang umur..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Walaupun usia wawa belum mencapai 40 tahun, sekurang-kurangnya boleh juga wawa kongsikan entri ini bersama ibu bapa wawa. 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Aik ibu bapa wawa baru nak masuk umur 40-an ke. Baguslah kongsi dengan ibu bapa.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Membeli Belah Di Lazada Malaysia
terima kasih tuan denaihati.com di atas perkongsian entri diatas. Sangat bermanfaat kepada wawa dan keluarga.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Comments are closed.