Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada pagi 12hb Mac 2014 team Denaihati telah dijemput untuk menghadiri majlis pengumuman dan penyampaian hadiah Contest Video Funderful oleh pihak Yeo’s Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca contest video Funderful adalah permulaan kerjasama antara Denaihati Network dengan Yeo’s Malaysia sehingga membawa kepada penajaan Majlis Sepetang Bersama Blogger Yeo’s 2014. Terima kasih kepada team Yeo’s Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada kami.
Majlis penyampaian hadiah Contest Video Funderful diadakan di Auditorium Tingkat 4, The Summit Subang Jaya. Contest ini telah menerima banyak penyertaan, namun hanya 72 Video yang layak ke peringkat akhir.
Tema dan mesej yang diambil kira dalam contest ini adalah dengan mesej ‘fun‘ dan ‘wonderful‘. Memang banyak video-video menarik yang telah dihantar sebagai penyertaan. Kreativiti orang-orang Malaysia dalam bidang pembikinan video pendek ini memang di tahap yang bagus. Sekiranya anda belum pernah menonton video-video yang dipertandingkan, boleh ke Halaman YouTube Yeo’s Malaysia.
Contest ini telah dihakimi oleh barisan pakar iaitu Ketua Pegawai Operasi Yeo’s, Encik Ong Chay Seng, pengarah filem terknal, Encik Osman Ali dan Encik Dick Chua yang merupakan seorang pengarah yang berbakat.
Contest ini merupakan contest yang pertama kali diadakan oleh pihak Yeo’s Malaysia menggunakan platform media social. Yeo’s ingin memberi inspirasi kepada individu, keluarga dan komuniti untuk melihat perkara yang positif dalam kehidupan dan menyerikannya dengan gelak ketawa dan keceriaan.
Senarai Pemenang Contest Funderful Video Yeo’s
Terdapat 10 pemenang saguhati yang membawa pulang wang tunai RM1000 dan trofi. Tahniah kepada rakan blogger kita abang BoniKacak dan team beliau Penyamun Inc. yang telah terpilih sebagai top 15 dan memenangi hadiah saguhati. 3 hadiah tempat ketiga membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000, tempat kedua RM5000 dan tempat pertama membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.
Berikut adalah senarai pemenang Contest Video Funderful anjuran Yeo’s Malaysia. Boleh klik pada link untuk tengok video yang dihasilkan oleh mereka.
TEMPAT PERTAMA :
Achievement (DanKhoo Productions)
TEMPAT KEDUA :
Funderful (Muhamad Asyraf)
TEMPAT KETIGA :
Always Remember (Tee Keh Ping)
Soya King (Gan Teck Chee)
Missing Soya (Toh Pei Yeon)
HADIAH SAGUHATI :
What Does the fox says?
Funderful Land
The little Funderful Wushu Master
A Funderful Romance
What’s the Magic Words?
A Funderful Way To Start Your Day
Super Yeo’s
Rasa Dapat Dinikmati Bila Bila Masa
Soy Vampire
Goal
VIDEO PALING BANYAK DITONTON :
The Moment
Semua pemenang juga menerima produk Yeo’s Malaysia selain hadiah wang tunai dan trofi tadi. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga para peserta akan dapat menghasilkan lebih banyak video-video berkualiti seperti dalam contest ini untuk tujuan lain pula.
Sejak penghujung tahun lepas, kita dapat lihat Yeo’s Malaysia bersungguh-sungguh untuk bersama-sama penggiat media social tanahair melakukan pelbagai aktiviti seperti Contest Funderful Video, majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 dan terbaru mulai 13hb contest bernilai RM500,000 yang melibatkan penggunaan aplikasi WeChat.
Semoga usaha Yeo’s Malaysia ini untuk bergiat aktif dalam bidang media sosial ini akan mendatangkan manfaat kepada kita semua. Jangan lupa untuk follow rangkaian media social Yeo’s Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter.
51 Comments
tahniah kepada semua pemenang.
mmg terbaik video2 yg terpilih ke peringkat akhir.
mmg kreatif!
Curahan rasa hafizmd @ ..Suka Bawang Putih Tak?
tahniah buat semua..wahh besar punya botol yeos..
Curahan rasa shahfir @ ..MANGSA BAKTERIA PEMAKAN DAGING MANUSIA
Wah..tahniah semua..
Buka laptop nanti nak cuba tengok video2 tu
Hebat dan kreatif dia orang ni. Tahniah semua. Dan tahniah juga untuk Yeos kerana memilih menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan produk mereka. dan untuk HH pastinya bertuah mendapat kepercyaan dari mereka. lepas ni mesti ada stock yeos sepanjang tahun kat rumah..he..he
Curahan rasa Raudzah @ ..Petua Untuk Elak Lupa
tahniah buat semua pemenang
Curahan rasa Juan @ ..Cara Membuat Sambal Hitam Pahang
Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya mendapat hadiah yang amatumayan ini.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..MH370 Misteri Belum Terungkai
Tahniah kepada semua pemenang
Curahan rasa wazy @ ..Koleksi Terbaru NEW BALANCE
Tahniah pada semua pemenang…!!!! Jom kita menang rm500k pula…
Curahan rasa Doctor Blogger @ ..Madu Hadiah Penyembuhan Daripada Allah s.w.t Kepada Manusia
Selamat buat para pemenang…lanjut ke kontes berikutnya dari Yeo’s
Salam denaihati from Sidoarjo, kali pertama kemari ada kontes dengan hadiah luar biasa. Selamat buat yang menang.
Curahan rasa Nunu El Fasa @ ..Duck Land Sarirogo
TAHNIAH kepada pemenang…contest buat video mcm ni patut dianjurkan dgn lebih byk utk mendorong rakyat malaysia lebih kreatif…disamping buat duit..:)
Curahan rasa Zufar @ ..Bercuti ke luar negara dengan Airbnb
lumayan hadiahnya..tahniah untuk pemenang.
Curahan rasa ema @ ..Masalah lagi
tahniah kepada semua pemenang dan tahniah kepada team Penyamun Inc. kerana telah memenangi hadiah saguhati…at least bukan pulang dengan tangan kosong..:D
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?
Hello to all, how is the whole thing, I think every one is getting more from this website, and your views are nice in support
of new users.
Curahan rasa grosir baju distro @ ..grosir baju distro
wah sungguh gempak hadiah pula lumaya.tahniah pada menang
Curahan rasa suri @ ..Menggamit Memori Pertama Kali Menghadiri Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014
Comments are closed.