London pusing-pusing cuci mata

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam dari London, mata memang mengantuk, badan memang letih tapi tak mahu lelap walaupun selepas dinner di Restoran Haandi Knightsbridge tak jauh dari Harrods. Malam pertama di London sempat juga pusing-pusing di Kotaraya London melihat nightlife in London.

Sempat tidur dua jam, jam 4.30 am pagi terjaga lansung tak nak lelap mata ni akibat Jet Lag perubahan masa tujuh jam dari Malaysia memang sangat terasa.

Hari kedua kami lunch di Restoran Melur yang menghidang makanan Malaysia dan Indonesia. Terletak di Edgware Road selang dari beberapa kedai arab yang aku sarapan pagi semalam. Edgware Road ni lebih bagus tukar nama jadi Arab Street sebab banyak sungguh restoran, market dan kedai arab tu tak masuk lagi orang arab yang bersimpang siur.

Macam-macam menu Melayu dan Indonesia ada paling best dapat pekena teh tarik. Rasa makan yang dipesan memang sedap jadi kepada yang nak ke London mesti singgah sini nikmati kelazatan makanannya. Lain kali kalau dah jemu ngeteh kat Shah Alam bolehlah Abang Ensem dan Zarul Umbrella organise ngeteh kat London … heee.

Selepas lunch naik teksi pergi ke The Square Mile London pusat kewangan London. Mengikut seorang teman yang menemani The Square Mile ini adalah kawasan hartanah termahal di dunia. Boleh lah aku ajak Bro Jomhartanah survey prospek kat sini … mampu ke??

Ni antara pemandangan London dari tingkat 21 sebuah menara perniagaan yang terkenal di The Square Mile London yang kami lawati.

Kota London

Banyak juga bangunan yang cantik di The Square Miles ini gabungan bagunan lama dan baru. Semasa perang dunia ke dua hampir semua bagunan di sini musnah di bom oleh German. Bagunan warna merah ini antara yang cantik dan kreatif.

Trafik di The Square Miles ni pun boleh tahan. Untuk menuju ke Oxford Street kami ambil keputusan untuk naik Tube (keretapi bawah tanah). Kami berjalan ke stesen paling dekat Liverpool Street Station. Boleh tahan besar dan lebih teratur kalau nak dibandingkan di Rome (teringat-ingat pulak kembara di Rome).

Liverpool Street Station
Liverpool Street Station
London Tube
London Tube

Punyalah ramai manusia shopping di Oxford Street. Macam bangsa, rupa dan gaya. Cuaca pun agak sejuk jadi memang seronok duduk ngopi sambil cuci mata melihat simpang siur manusia dengan berbagai ragam. Di Oxford Road ni ada macam-macam kedai dan mall dengan berbagai jenama dari yang murah hinggalah yang super mahal, pilih je apa yang nak ikut bajet yang ada. Kalau dapat shopping dengan Sweetkurma mesti best ni.

Nak pusing-pusing Kota London tak susah sangat boleh naik Tube atau paling popular naik teksi yang unik hanya ada di Kota London sahaja tapi perangai pemandu teksi macam lebih teruk dari pemandu Teksi Malaysia je. Pusing di mana-mana sahaja diaorang nak, bawa laju dan tergesa-gesa macam tak welcome je tapi bukanlah semua. Banyak juga berlaku kemalangan di London ni serupa seperti di Malaysia.

Teksi London

Paling popular dan paling unik boleh juga travel dengan bas double decker.

Malam kalau nak merasa suasa dingin boleh naik beca. Insya Allah ada rezeki nanti bolehlah bawa isteri pusing-pusing Kota London naik beca moden ni.

Kepada yang lebih adventure boleh sewa basikal pusing-pusing Kota London.

Nak bersiar-siar melihat kehebatan London lebih mudah naik London Tour Bus yang akan bawa kita kebermacam tempat yang menarik. Tiket bas boleh dibeli di reception hotel atau di kaunter hentian bas dengan harga 29 pound. Kepada yang nak tengok keindahan London jom terjah blog ini yang dah biasa pusing-pusing London.

Kami akhirkan hari kedua dengan dinner di Restoran China  Tang di Hotel Dorchester yang diperolehi dari aplikasi Zabihah. Bukan senang nak cari Chinese Halal Food di London dan Restoran China Tang antaranya.

Tapi tak sangka rupanya ni upmarket restoran majoriti yang makan di sini Orang Kaya Arab, perut dah lapar kami order je lah. Macam-macam kereta besar dan sport yang parking depan hotel antara yang paling pelik yang ini.

Hari ketiga lebih banyak pusing-pusing London dengan London Tour Bus dan window shopping di Chinatown dan Oxford Street. Puas mencari restoran Halal ikut aplikasi Zabihah, setelah berjalan hampir 1Km baru jumpa C & R Restoran tapi bila tengok menu ada pulak menu yang tak halal. Jalan lagi lebih kurang 400 meter jumpa Restoran Jom Makan tapi dah tutup. Jalan lagi 500 meter sampai di Restoran Melati setakat tengok gambar makanan yang sedap kerana restoran ini pun dah tutup. Akhirnya buat keputusan makan di Restoran Melur. Inilah uniknya kembara ke luar negara mencari Halal Food memang susah tapi pengalaman yang manis.


Spread the love

188 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!