Liputan Majlis Pelancaran Pasaraya My Agro Hypermart

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada 6 – 8 Januari 2012 telah berlangsung Karnival Industri Asas Tani 2012 sempena Majlis Pelancaran Pasaraya My Agro Hypermart yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Blog Denaihati telah terpilih sebagai ‘Official Blogger’ bagi membuat liputan di majlis perasmian telah diwakili oleh Blogger Anarm dan Jaws.

my agro hypermart

Suasana pada hari pelancaran sesak dengan kunjungan orang ramai serta pihak media TV3, TV1, TV9, Bernama dan Official Blogger Kak Jie dan Puan Bee. Selepas pelancaran, ada majlis menandatangani MoU antara Rukun Saksama dengan FAMA, Asia Shangtex dan beberapa lagi usahawan IKS yang terlibat (eksport ke China).

kedai ikan rakyat 1Malaysia

tandatangan MoU

MoU MADA

usahawan IKS tempatan

YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar juga telah dibawa melawat sekitar pasaraya My Agro Hypermart. Banyak gerai usahawan IKS memberi peluang kepada orang ramai untuk rasa produk makanan keluaran mereka. Usahawan IKS memang terkenal dengan produknya yang kreatif, berkualiti lagi bermutu.

perasmian my agro hypermart

tandatangan perasmian

lawat my agro hypermart

Kehadiran maskot Upin dan Ipin menambah kemeriahan majlis dan telah menarik perhatian para pengunjung di situ. Ramai yang ambil peluang bergambar dengan Upin dan Ipin, termasuk Puanbee.

ipin

upin

Pasaraya My Agro Hypermart yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) merupakan pasaraya produk IKS tempatan yang pertama di Malaysia di bawah kelolaan Pemandu, Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ianya ditubuhkan sebagai platform bagi membantu para usahawan IKS melebarkan sayap perniagaan ke satu tahap yang lebih baik.

My Agro Hypermart juga menawarkan urusniaga yang telus dan memastikan tawaran harga 30% lebih murah berbanding pasaraya-pasaraya lain. Oleh itu, marilah ramai-ramai kita menyokong produk IKS tempatan.

pasaraya my agro hypermart

makan free

shopping di my agro hypermart

Joom pergi shopping di Pasaraya My Agro Hypermart, kalau kita tidak menyokong produk IKS tempatan siapa lagi?


Spread the love

93 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!